KUALA LUMPUR, 12 Nov (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan adakah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim tidak menutup peguam Bumiputera jika pendapatannya yang tinggi datang daripada urusan-urusan berkaitan dengan kes-kes penswastaan kerajaan.
"Apakah mungkin pendapatan yang tinggi dan banyak ini datang daripada urusan-urusan berkaitan dengan kes-kes penswastaan Kerajaan dan lain-lain keperluan "conveyancing" Kerajaan? Ini sangkaan saya sahaja. Jika tidak benar tunjuk bukti yang ianya tidak benar.
"Jika benar patutkah bekas Menteri ini tutup mata pencarian yang lumayan ini kepada peguam Bumiputera yang lain kerana ingin dikenali sebagai seorang yang liberal yang tolak Dasar Ekonomi Baru dengan peluang-peluang untuk Bumiputera?" beliau mempersoalkan ketika mengulas kenyataan Zaid bahawa bahawa bayaran ex-gratia kepada hakim-hakim yang dipecat oleh tribunal dalam krisis kehakiman 1988 adalah bersesuaian.
"Saya bersetuju dengan Datuk Zaid Ibrahim, bekas (mantan) Menteri Undang-undang de fakto bahawa bayaran ex-gratia RM5 juta adalah bersesuaian jika dibanding dengan pendapatan peguam terkemuka di negara ini yang mencecah RM2 juta setahun.
"Bahawa peguam terkemuka di Malaysia mendapat RM2 juta setahun amat memberangsangkan saya. Jelas sekali saya telah pilih karier yang salah kerana Perdana Menteri mendapat hanya RM240,000 setahun. Ini tentulah kerana tanggungjawab Perdana Menteri tidak seberat peguam," kata Dr Mahathir dengan nada sinis yang menjadi kebiasaannya.
Dakwaan Zaid tentang pendapatan peguam terkemuka tentulah diasaskan kepada pengetahuan dan pengalaman beliau sebagai pemilik firma guaman yang mempunyai 100 peguam, kata Dr Mahathir.
"Saya tidak pernah baca berkenaan Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri Undang-undang mempertahankan mana-mana penjenayah atau anak guam dalam mahkamah.
"Jadi saya tertanya-tanya daripada manakah datangnya pendapatan yang lumayan bagi firma guamannya dan sudah tentu dirinya sendiri," katanya.
Dengan nada sinis Dr Mahathir bertanya "apa perlunya dasar-dasar DEB selepas kita sudah sampai ke atas?"
"Buang sahajalah supaya orang lain tidak mendapat manfaat daripadanya".
Parti Keadilan sedang menggamit, katanya lagi.
"Tempat tertentu boleh dikosongkan supaya calon baru dapat mengisinya. Duit tak penting. Apabila pendapatan sudah sebanyak RM2 juta setahun siapa perlu jawatan Menteri yang tidak menjanjikan pendapatan yang setanding?"
Recent Posts
Recent comments
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
4:01:00 PM
The Malaysian flag or Jalur Gemilang consists of 14 horizontal red and white stripes of equal width; a dark blue canton occupying the upper left quarter of the flag; and within the canton, a crescent, and a 14-pointed star.
The stripes represent the equal status in the federation of the 13 member states – namely Johor, Kedah, Kelantan, Malacca, Negri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Penang and Terengganu – and the Federal Government, as represented by the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan.
The colours red and white symbolise courage and purity respectively.
The canton symbolises the unity of the people of Malaysia. The crescent is the symbol of Islam, the official religion of Malaysia; and the 14 points of the star signify the unity of the 13 states of the federation with the Federal Government. The colour yellow signifies the royal colour of the Rulers.
After 40 years without a name, the Malaysian flag was officially named Jalur Gemilang on the 40th anniversary of the country's independence, Aug 31, 1997. Malaysia's fourth Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad made the announcement at midnight in conjunction with the National Day celebrations.
The name Jalur Gemilang is the Bahasa Malaysia term for “Stripes of Glory”.
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
12:28:00 PM
Agence France-Presse - 8/10/2008 3:22 AM GMT
Former Malaysian premier Mahathir Mohamad has denied speculation he will run against his arch-foe, opposition leader Anwar Ibrahim, in a by-election expected to return Anwar to parliament.
[click here for more]
Anwar was Mahathir's deputy and heir apparent until 1998 when he was sacked and jailed on sodomy and corruption charges widely seen as retribution for challenging his one-time mentor.
Mahathir, who has also had a serious falling out with his successor, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, said the ruling party has no one who can beat Anwar in the August 26 by-election.
"At the moment I do not see anyone who can give Anwar a run for his money," Mahathir said, according to the New Straits Times newspaper.
But Mahatir said he would not challenge Anwar for the seat vacated by Anwar's wife after he was charged with sodomy once again last week.
"No way, I have resigned in 2003 and I have said that I'm not coming back," he said, according to the state Bernama news agency.
Despite the new allegations that he sodomised a young male aide -- a serious offence in Malaysia that carries a penalty of 20 years imprisonment -- Anwar has said he is still on track to seize power.
Landmark general elections in March handed the opposition an unprecedented one-third of parliamentary seats, and Anwar would need just 30 lawmakers from the ranks of the ruling coalition to switch sides.
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
11:46:00 PM
oleh Dr Mahathir Mohamad
Adalah agak menghairankan apabila orang seperti Param Cumaraswamy menuduh orang lain bersifat perkauman kata-kata mereka mendedahkan sifat perkauman mereka sendiri.
Bagi mereka, seseorang itu 'racist' (bersifat perkauman) cuma apabila bercakap mengenai bangsa Melayu dan keperluan mereka untuk berusaha mengejar pencapaian bangsa lain.
Tetapi, jika mereka bercakap mengenai masalah kaum lain yang tidak berasas dan tidak benar seperti membuat kenyataan karut bahawa kaum India Tamil di Malaysia menghadapi 'penghapusan etnik' yang masyarakat tahu ianya tidak terjadi, ini tidak dianggap bersifat perkauman.
Cuma di Malaysia sahaja orang daripada kaum pendatang, atas kehendak mereka sendiri dikenali dan dikaitkan dengan negara asal mereka, telah diterima sebagai warga negara.
Di negara-negara lain, termasuklah di negara Barat yang demokrasi mereka begitu dikagumi, warga negaranya tidak dikaitkan mahupun diklasifikasikan mengikut negara asal mereka.
Mereka juga selalu menggunakan bahasa kebangsaan, negara berkenaan, bersekolah dimana bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar dan menerima adat resam bangsa pribumi ataupun bangsa yang mula-mula menubuhkan negara itu (apabila bangsa pribumi telah dihapuskan secara terancang).
Tetapi di Malaysia walaupun bahasa kebangsaan adalah bahasa pribumi, ramai rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur bahasa tersebut, malahan secara lazimnya tidak menggunakan bahasa itu di rumah mahupun dengan rakyat Malaysia yang lain.
Apabila orang asing bercakap dalam Bahasa Malaysia mereka akan menjawab dalam Bahasa Inggeris. Orang asing tidak mengerti mengapa mereka kelihatan merendah-rendahkan bahasa kebangsaan mereka sendiri. Di dalam masa yang sama mereka ini menyoal mengapa tiada Bangsa Malaysia.
Sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa negara asal mereka bukan sahaja dibenarkan malahan dibiayai oleh Kerajaan. Cuba cari sekolah sebegini di Asia Tenggara ataupun di negara-negara maju yang dianggap liberal dan didakwa tidak berlaku diskriminasi kaum.
Sebenarnya terdapat lebih ramai orang keturunan India di United Kingdom daripada di Malaysia. Tetapi tidak ada sebuah sekolah pun yang mengguna bahasa-bahasa India sebagai bahasa pengantar di United Kingdom.
Orang seperti Param tidak akan nampak semua ini. Sebaliknya dia melihat sebarang usaha untuk meningkatkan keupayaan rakyat pribumi supaya setanding dengan rakyat bukan pribumi sebagai bersifat perkauman. Dengan bongkak dia seolah-olah mahu melihat rakyat pribumi semuanya mengemis didalam negara mereka sendiri.
Saya mengaku saya bercakap mengenai Ketuanan Melayu semasa di Johor. Sebelum itu, cendekiawan-cendekiawan Melayu telah begitu lama bercakap mengenainya.
Tidak pernah ada pandangan bahawa mereka itu bersifat perkauman ataupun ada cadangan supaya mereka ditahan dibawah Akta Dalam Negeri (ISA � Internal Security Act).
Saya bercakap mengenai isu itu secara kritis kerana saya menganggap mendakwa diri kita sebagai tuan bila kita bukan tuan adalah aneh.
Bagaimanakah boleh seorang pemandu Melayu yang memandu kereta kepunyaan orang lain menganggap dirinya 'Tuan' dan pemilik kereta itu berkedudukan lebih rendah daripada dirinya? 'Tuan' yang sebenarnya adalah pemilik kereta dan orang yang membayar gajinya.
Di dalam ucapan saya, saya menasihatkan orang Melayu supaya menimba ilmu dan kemahiran supaya boleh digunakan untuk mencari kekayaan bagi diri mereka kerana cuma dengan cara demikian sahaja mereka akan dianggap 'Tuan' oleh orang suruhan dan pekerja mereka.
Adakah ini hasutan ataupun menghasut? Adakah membicarakan mengenai bangsa Melayu dan kepentingan mereka menjadi satu hasutan?
Sebaliknya, cuba kita teliti memorandum Hindraf kepada pihak British. Ramai termasuk kaum India tidak membacanya. Untuk mendapatkan sokongan kaum India Tamil, Hindraf mendesak pihak British supaya membayar gantirugi 1 juta pound sterling (lebih kurang RM 7 juta) kepada setiap orang kaum India Tamil yang terdapat di Malaysia.
Ini sudah pasti berupaya mempengaruhi bukan sahaja mereka yang berpendapatan rendah tetapi juga golongan pertengahan dari keturunan Tamil India. Sudah pasti golongan pekerja kaum India terpengaruh.
Terdapat juga didalam memorandum Hindraf sedutan-sedutan seperti berikut yang jelas bersifat perkauman:
1) "Kaum India Komanwel yang merupakan rakyat yang mencintai keamanan di Malaysia ditindas oleh Kerajaan yang didokong oleh pengganas bersenjata kelompok ekstremis Islam telah dengan ganasnya melancarkan satu serangan bersenjata sebelum subuh dan memusnahkan Tokong Hindu Mariamman di Kampung Jawa pada pukul 4 pagi ini (15.11.07)."
2) "Memohon kepada United Kingdom untuk membentangkan satu resolusi tergempar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengutuk 'Penghapusan Etnik' di Malaysia."
Saya tidak mahu menambah lagi lain-lain kenyataan yang begitu mengapi-ngapikan perasaan perkauman yang terdapat didalam memorandum Hindraf tersebut.
Walau bagaimanapun, saya ingin menyebut mengenai ugutan yang dibuat oleh Hindraf didalam kesimpulannya;
"Kami risau kaum India berketurunan Tamil yang cintakan keamanan setelah dipinggirkan dan ditindas, semakin hari semakin teruk, akan pada satu ketika, secara terpaksa mengambil langkah keganasan sebagaimana yang terjadi kepada kaum Tamil di Sri Lanka."
Adakah Hindraf bercadang menjadikan Malaysia sebagai Sri Lanka di Asia Tenggara? Saya tidak percaya majoriti orang Tamil di Malaysia bersetuju dengan gambaran yang dibuat oleh Hindraf. Malangnya, seperti orang Melayu, cuma beberapa orang sahaja yang membaca memorandum yang sebenarnya. Jadi mereka menyokong Hindraf secara membuta-tuli.
Tetapi jika anda membaca apa yang telah saya nyatakan tidakkah anda akan membuat satu kesimpulan bahawa Hindraf dan Param Cumaraswamy, yang membantah penahanan mereka dibawah ISA bersifat perkauman, terutama di atas kehendaknya supaya saya ditahan dibawah Akta itu kerana menyatakan kepada orang Melayu supaya menyedari yang mereka bukan 'Tuan' apabila mereka terpaksa mencuci kasut orang lain.
Jika mereka ingin menjadi 'Tuan', mereka mesti menimba ilmu dan kecekapan untuk berjaya didalam kehidupan. Dan apabila mereka berjaya martabat mereka akan meningkat samada mereka dipanggil 'Tuan' ataupun tidak.
Nampak jelas menurut Param Cumaswamy , bercakap mengenai orang Melayu adalah satu hasutan yang berbau perkauman.
Jadi siapa yang bersifat perkauman; Param Cumaraswamy atau Dr Mahathir?
Saya tidak akan meminta supaya dia ditahan.
Sebagai seorang peguam yang memahami undang-undang, dia perlu menilai dirinya sama ada dia seorang yang bersifat perkauman dan perlu ditahan atau tidak
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
8:16:00 AM
Oleh Dr Mahathir Mohamad
Saya kurang faham dakwaan pemimpin-pemimpin tertentu Umno bahawa mengkritik atau mendesak Presiden Umno berhenti bermakna tidak setia kepada Umno.
Tun Razak dan beberapa pemimpin Umno yang lain telah tidak bersetuju dengan yang di-Pertua Umno Dato Onn Jaafar berkenaan dengan cadangannya untuk buka Umno kepada semua kaum sehingga Dato Onn terpaksa berundur.
Apakah sikap dan perbuatan Tun Razak dan rakan-rakannya ketika itu bermakna mereka tidak sayang dan tidak setia kepada Umno?
Pada 1969-71 Tun Razak dan lain-lain pemimpin Umno secara tidak langsung tidak bersetuju dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tunku telah undur diri.
Apakah Tun Razak kerana menolak kepimpinan Tunku, iaitu tidak setia kepada Tunku sebagai Presiden Umno maka dianya tidak setia kepada parti?
Pada tahun-tahun 1986-7 [Tun] Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan DATO' SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI bertindak untuk menjatuhkan saya sebagai Presiden Umno. Mereka jelas tidak setia kepada saya.
Apakah saya tuduh mereka tidak setia kepada parti? Apakah mereka dilarang berjumpa ahli-ahli Umno? Apakah mereka ditegah berkempen untuk memburukkan nama saya, tidak undi saya? Apakah tentangan terhadap saya dianggap oleh saya dan oleh mereka sebagai tidak setia ada parti?
Sepatutnya setelah Dato' Seri Abdullah kalah dia tidak diterima masuk Umno Baru kerana tidak setia kepada saya.
Tetapi dia diterima masuk dan dibenar bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi dan kemudian Naib Presiden.
Jika saya pegang kepada tafsiran sesiapa yang tidak setia kepada saya tidak setia kepada parti, apakah akan saya lantik sekali lagi Dato' Seri Abdullah sebagai Menteri dan kemudian sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan seterusnya.
Saya tak suruh ahli Umno sokong apa yang saya lakukan.
Tetapi fikirkanlah akan kewajaran dakwaan sesiapa yang tidak setia kepada Dato' Seri Abdullah adalah tidak setia kepada parti Umno.
Apakah Umno adalah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah Umno?
Jika Abdullah Ahmad Badawi dengan Umno adalah sama dan satu, maka parti ini bukan lagi Umno. Apa perlunya saya jadi ahli dalam parti Abdullah Ahmad Badawi?
Hanya mereka yang berkepentingan sahaja yang menyebar dan mendokong konsep Umno adalah Dato' Seri Abdullah dan tanpa kesetiaan kepada Dato' Seri Abdullah maka ahli tidak setia kepada Umno. - www.chedet.com
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
7:54:00 PM
oleh Dr Mahathir Mohamad
Saya telah ikuti laporan berkenaan keputusan saya keluar dari Umno yang disiarkan RTM 1, 8 malam, 19 Mei. Komen oleh dua pemimpin Umno amat menggelikan hati saya.
Tun Musa Hitam dakwa saya adalah 'duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.'
Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging Umno tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden Umno. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.
Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.
Akhirnya pecahlah Umno dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada Umno Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun. Syabas Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli Umno atau tidak.
Satu lagi pemimpin Umno ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar Umno, jadi calon bebas dan lawan dengan Umno, dalam Pilihan raya Kecil dengan simbol kunci.
Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato' dibenar kembali ke pangkuan Umno, Dato' akan jadi duri dalam daging Umno lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihan raya kecil saya bersetuju Dato' masuk balik Umno.
Saya ucap tahniah kerana Dato' dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.
Tepuk dulang paku serpih,
Katakan orang awak yang lebih. - chedet.com
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
1:47:00 PM

Ini adalah surat yang diperolehi dan hangat diperkatakan oleh masyarakat politik. Kini Tun telah memberikan penjelasan berhubung surat ini. Samada surat ini benar dihantar oleh Tun atau tidak, tidak dapat dipastikan oleh BebasBersuara. Anda nilaikan sendiri. Berikut adalah penjelasan Tun didalam blog beliau:
1. There is a letter being circulated purporting to be from me when I was Prime Minister, to Ehud Barak, Prime Minister of Israel congratulating him on his appointment and requesting for the “Clinton Fund”, for “the purpose of withstanding the onslaught of Islamic Fundamentalist in Malaysia”.
2. This letter is not from me or from my office. Firstly, the font used is not the same as the type in all my letters from the Prime Minister’s office.
3. The Malaysian Coat of Arms at the top is not similar to the one on all my letters from the Prime Minister’s office.
4. The address at the side of the Coat of Arms is not the same as on my official paper. Often no address is printed, only “Prime Minister Malaysia” on the top right-hand corner.
5. The contents of the letter is totally different from the one I sent to Ehud Barak. Unfortunately, the Government of Abdullah Ahmad Badawi refuses permission to reproduce my letters to Israeli Prime Ministers condemning them for their oppression of the Palestinians. This action by the Abdullah Government will lend credence to the letter that is being circulated.
6. I deny categorically that the letter which is being circulated with annotation “Sumbangan kakitangan JPM untuk Rakyat Malaysia” originated from me. This is the kind of dirty tricks that my detractors have to resort to because they have found nothing to blacken my name with.
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
5:38:00 PM
KUALA LUMPUR (BebasBersuara): Tun Mahathir telah mengumumkan keluar dari parti UMNO sebagai tanda protes terhadap kelemahan kepimpinan Pak Lah. Beliau yang juga ahli seumur hidup mengumumkannya pada 19 Mei ditanah kelahirannya sendiri.
Pengumuman ini sudah pasti melegakan KJ yang dilihat sebagai punca keretakan dan kerosakan dalam UMNO itu sendiri malahan mungkin dengan keretakan ini akan memberikan peluang yang sebenarnya cukup besar buat KJ untuk terus menguasai mentuanya. Dengan keluarnya Mahathir untuk "sementara waktu" maka rakyat perlulah bersedia menghadapi kemungkinan pilihanraya umum dalam waktu terdekat.
Dikhabarkan juga Mahathir membuat pengumuman keluar dari UMNO atas cabaran oleh seorang peserta dalam majlis tersebut. Dengan keluarnya Mahathir dari UMNO, BebasBersuara melihat bahawa beliau sudah bosan dan fed-up dengan tingkah laku serta kelemahan Pak Lah. Pak Lah bukan sahaja melemahkan parti sebaliknya melemahkan negara ini termasuk dari segi keselamatan negara, ekonomi dan juga imej di peringkat antarabangsa.
Dengan ini, maka Mahathir bukanlah keluar dari UMNO berseorangan sebaliknya para pengikut yang setia di peringkat bawahan (rakyat jelata) kemungkinan akan turut serta. Bagaimanapun arah tujuan para pengikut yang turut serta tidak dapat dipastikan samada bersikap tidak menyertai mana-mana parti pembangkang atau kemungkinan akan menyertai parti pembangkang. Rakyat melihat dengan keluarnya Mahathir dari UMNO adalah kemuncak kebencian dan protes yang tinggi malahan mungkin senjata terakhir untuk menuntut agar Pak Lah turun dari "singgahsana" itu kerana kegagalannya memimpin dengan baik menyebabkan berlakunya kekacauan dan ketidakstablilan terhadap parti dan ekonomi negara.
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
1:53:00 PM


