KUALA LUMPUR – Harga minyak dunia yang terus merudum ke paras AS50 (RM175) setong semalam, sewajarnya mendorong penetapan harga baru di bawah RM1.92 sen untuk pasaran tempatan.
Malah, kepada Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Abdul Rahim Anuar, masanya kini sudah sesuai untuk ia diselaraskan kepada RM1.62 seliter.
“Pada saya, harga runcit petrol seharusnya diturunkan kepada RM1.62 seliter, namun apa sahaja harga di bawah RM1.92 sebenarnya sudah pasti menggembirakan rakyat,” ujarnya ketika dihubungi semalam.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad semalam bahawa harga petrol mungkin diturunkan kepada RM2 selain cadangan penetapan paras minimum.
Mengenai cadangan itu, Abdul Rahim lebih selesa membiarkan harga runcit petrol dan diesel ditentukan oleh pasaran tanpa menetapkan paras minimum jika tidak mahu rakyat disekat daripada menikmati keselesaan ketika harga minyak dunia turun.
“Purata rakyat membelanjakan hampir 30 peratus pendapatan untuk membeli minyak dan jika kerajaan menurunkan lagi harga runcit petrol di bawah paras RM2, pendapatan boleh guna mereka akan meningkat,’’ jelasnya.
Recent Posts
Recent comments
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
4:20:00 PM
KUALA LUMPUR (BebasBersuara): Usah asyik memberi harapan pada rakyat sedangkan tiada tindakan. Cakap-cakap kosong begini boleh diungkapkan sebangai keanak-anakkan. Hanya mempermainkan perasaan rakyat sedangkan hampas pun tiada.
Bercakap soal penurunan minyak jika harga kekal dibawak 104 USD setong, bukanlah suatu yang menarik sebaliknya kata-kata sebegini hanyalah suatu omongan kosong yang tiada makna. Turunkan harga minyak, laksanakan penguatkuasaan terhadap semua barangan agar boleh di struktur semula supaya tidak membebankan rakyat. Bukankah itu yang sepatutnya wahai Sharil Samad?
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
2:11:00 PM
KUALA LUMPUR (BebasBersuara) : Pujian harus diberikan kepada pihak penganjur yang sudi menganjurkan debat yang bertajuk "Hari ini bentuk kerajaan, esok turun harga minyak". Banyak perkara cuba disentuh oleh kedua-dua pihak walaupun beberapa kali soal peribadi Anwar Ibrahim disentuh oleh Shabery.
Anwar dilihat agak bijak kerana tidak menggunakan masa yang diperuntukkan utk menjawab soalan-soalan yang berkaitan hal peribadi sebaliknya lebih fokus kearah tajuk yang dibincangkan. Sungguhpun begitu Anwar tidak berdiam diri sebaliknya sesekali cuba pertahankan diri dengan jawapan yang menakjubkan yang tidak terduga oleh Shabery.
Jika dilihat dari sudut teori yang dikemukakan oleh para pendebat itu, boleh disimpulkan bahawa fakta yang dikemukakan oleh mereka sangat releven. Malangnya fakta yang diberikan oleh Anwar jauh lebih releven dalam menurunkan harga minyak berbanding fakta oleh Shabery yang mempertahankan tindakan kerajaan menaikkan. Anwar mempunyai matlamat untuk menurunkan harga minyak sebanyak rm0.50 untuk permulaan. Sebaliknya Shabery mempunyai matlamat menyokong kenaikan minyak yang mana kelihatan seperti agak mustahil untuk diturunkan oleh BN memandangkan tiada usaha untuk menghalang kebocoran dan ketirisan dalam sistem sekarang. Dua matlamat berbeza tetapi kesannya dapat dirasai oleh rakyat jika keputusan kerajaan tidak memikirkan nasib para petani, penternak, nelayan serta yang berpendapatan rendah.
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
1:56:00 PM

Beras melambung naik, seiring kenaikan seluruh dunia. Agaknya apakah yang tidak akan naik? Apabila barangan asas naik, maka secara teorinya barangan lain akan turut naik. Harga makanan siap untuk dimakan juga akan meningkat seiring kos operasi. Jika dua bulan lalu di sekitar Lembah Klang, harga sebungkus nasi putih ialah RM1 kini kenaikan sehingga Rm1.50 pasti akan berlaku.
Tindakan menyalahkan kerajaan dalam hal ini bukanlah sesuatu yang bijak sebaliknya golongan pendesak mesti mendesak kerajaan agar mengurangkan malahan menyekat terus kemasukan pekerja asing ke bumi bertuah ini. Alasannya cukup mudah, dengan kebanjiran warga asing tidak kira dari India, Bangladesh, Myanmar, Nepal, Vietnam yang bekerja secara sah mahupun haram maka kekurangan bekalan makanan domestik pasti berlaku. Apa yang pasti ialah kira-kira 1.5 juta warga asing turut sama berkongsi barangan harian, makanan, mahupun kemudahan seolah-olah Malaysia mempunyai lebihan sumber!. Akan tetapi benarkah akibat dari pembelian dari pihak warga asing tersebut menyebabkan bekalan kurang seterusnya harga melambung naik? Soalan sebegini wajar dijawab oleh pihak kerajaan memandangkan kebanjiran warga asing seolah-olah tidak dapat dibendung dan semacam ada keseronokan di pihak terbabit atas kemasukan warga asing ini atau ada pihak yang mengaut keuntungan diatas kebanjiran warga asing ini.
Jika diamati dengan lebih teliti, kekurangan bekalan makanan atau lebih tepat kenaikan harga di pasaran, pasti akan menyebabkan kenaikan index jenayah. Ini disebabkan oleh teori manusia perlu terus hidup dan untuk terus hidup manusia perlu mendapatkan makanan. Jika harga terus meningkat, tekanan terus meningkat dan kuasa membeli semakin kurang sudah pasti berlakunya jenayah kecurian, ragut, rompakan, pecah rumah. Lebih memburukkan keadaan apabila pencuri tersebut juga terlibat dalam kegiatan mencuri barangan awam seperti besi penutup longkang, kabel elektrik atau telekomunikasi dan sebagainya. Secara kebetulan di Sabah juga berlaku kehilangan besi penyokong menara elektrik yang menyebabkan rakyat Sabah bergelap beberapa hari lalu.
Pihak kerajaan diharapkan agar lebih prihatin terhadap rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan bukan sahaja sekadar menyarankan rakyat berpada-pada dalam berbelanja dalam erti kata lain berbelanja mengikut kemampuan! Prihatin yang dimaksudkan bukan juga sekadar memberi bantuan beras, susu, tepung dan lain-lain sebaliknya mencari punca kekurangan bekalan domestik yang menjadi asas kehidupan rakyat Malaysia seterusnya bertindak agar rakyat tidak terus tertindas menghadapi kemelesetan ini.
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
11:59:00 AM
KUALA LUMPUR (BebasBersuara) : Sudah kedengaran suara sumbang yang meminta agar monopoli beras oleh bernas dilepaskan kepada para pemborong lain. Jika ini terjadi, maka harga runcit makanan ruji tersebut akan terus meningkat.
Percaya atau tidak, itu adalah kenyataan yang harus difikirkan bersama. Jika dilihat dan diperhalusi tentang perkara ini, BebasBersuara bimbang sekiranya para pemborong atau peruncit dalam ertikata lain persatuan yang disertai oleh pemborong tersebut merancang untuk menaikkan harga barang atau menuntut kenaikan barang kawalan ini dari kerajaan, maka hancurlah negara dan semakin ramai rakyat menderita kerana tidak mampu membeli beras!
Fikirkanlah bagaimana dalam keadaan para peniaga menyorok gula dan minyak masak yang bertujuan mengaut keuntungan suatu ketika dulu. Persoalannya siapakah golongan peniaga tersebut? Mana mungkin makanan ruji rakyat Malaysia diberikan hak kepada pemborong lain kecuali Bernas. Jika diamati dalam keadaan semasa, golongan inilah yang bertindak menaikkan harga barang atau menuntut kenaikan harga dari kerajaan. Siapa mereka? Fikir-fikirkanlah.
BebasBersuara memohon agar pihak kerajaan tidak melepaskan monopoli yang dimainkan oleh Bernas. Biarkan terus Bernas memonopoli beras dan elakkan dari dipecahkan oleh mana-mana individu atau syarikat. Secara ilmiahnya jika Bernas menaikkan harga sesuka hati dan rakyat mulai bising, kerajaan berkuasa menghalang kenaikan harga beras tetapi jika persatuan yang memaksa menaikan harga barangan terutamanya makanan, kerajaan serba-salah dan kemungkinan besar membenarkan kenaikan tersebut. Percaya atau tidak? Percayalah....
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
7:52:00 PM


