KUALA LUMPUR (BebasBersuara): Tun Mahathir telah mengumumkan keluar dari parti UMNO sebagai tanda protes terhadap kelemahan kepimpinan Pak Lah. Beliau yang juga ahli seumur hidup mengumumkannya pada 19 Mei ditanah kelahirannya sendiri.
Pengumuman ini sudah pasti melegakan KJ yang dilihat sebagai punca keretakan dan kerosakan dalam UMNO itu sendiri malahan mungkin dengan keretakan ini akan memberikan peluang yang sebenarnya cukup besar buat KJ untuk terus menguasai mentuanya. Dengan keluarnya Mahathir untuk "sementara waktu" maka rakyat perlulah bersedia menghadapi kemungkinan pilihanraya umum dalam waktu terdekat.
Dikhabarkan juga Mahathir membuat pengumuman keluar dari UMNO atas cabaran oleh seorang peserta dalam majlis tersebut. Dengan keluarnya Mahathir dari UMNO, BebasBersuara melihat bahawa beliau sudah bosan dan fed-up dengan tingkah laku serta kelemahan Pak Lah. Pak Lah bukan sahaja melemahkan parti sebaliknya melemahkan negara ini termasuk dari segi keselamatan negara, ekonomi dan juga imej di peringkat antarabangsa.
Dengan ini, maka Mahathir bukanlah keluar dari UMNO berseorangan sebaliknya para pengikut yang setia di peringkat bawahan (rakyat jelata) kemungkinan akan turut serta. Bagaimanapun arah tujuan para pengikut yang turut serta tidak dapat dipastikan samada bersikap tidak menyertai mana-mana parti pembangkang atau kemungkinan akan menyertai parti pembangkang. Rakyat melihat dengan keluarnya Mahathir dari UMNO adalah kemuncak kebencian dan protes yang tinggi malahan mungkin senjata terakhir untuk menuntut agar Pak Lah turun dari "singgahsana" itu kerana kegagalannya memimpin dengan baik menyebabkan berlakunya kekacauan dan ketidakstablilan terhadap parti dan ekonomi negara.
Recent Posts
Recent comments
Posted by .::BebasBersuara::. at 1:53:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment