Recent Posts

Recent comments

Taraf Shah Rukh Khan di Malaysia

KUALA LUMPUR(BebasBersuara): Apakah taraf Shah Rukh Khan (SRK) di Malaysia? Akhbar arus perdana menyatakan bahawa SRK akan datang ke Melaka untuk menerima darjah kebesaran yang dianugerahi kepadanya tempoh hari.

Apabila datangnya SRK ke Melaka untuk menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk ter sebut, sudah pasti akan menyebabkan perbelanjaan yang tinggi. Persoalannya siapakah yang mehu mengeluarkan perbelanjaan tersebut? Dari mana datangnya sumber kewangan untuk membiayai kedatangan SRK dan rombongannya?

BebasBersuara difahamkan bahawa sebulum persetujuaan ini berlaku(sebelum isu menjadi panas dan buah mulut rakyat), ejen atau wakil pihak SRK menetapkan bahawa kedatangan SRK hendaklah ditanggung oleh pihak kerajaan Melaka. Segala perbelanjaan harus dibayar termasuklah dari kalangan ahli rombongan yag turut serta.

Sepatutnya kerajaan Melaka sudah mengerti bahawa SRK bukanlah seorang yang menghormati rakyat dan sensitiviti masyarakat Malaysia dengan tidak menghormati kerajaan Melaka, mengapa hendak diberikan juga anugerah sebegini? Walaupun dia tidak diberi gelaran Datuk, dia sudah kaya, mempunyai harta yang melimpah ruah. Gelaran ini tidak memberi apa-apa makna pun pada nya. Bukankah lebih baik jika dianugerahkan kepada artis atau karyawan dari golongan rakyat Malaysia?

Kini BebasBersuara memohon pihak kerajaan Melaka agar memberikan sedikit sebanyak info berkaitan kedatangan dan persetujuan antara kedua pihak. Kos yang ditanggung juga gembar gemburkan kepada rakyat. Semoga desas-desus yang mengatakan bahawa kerajaan Melaka menanggung segala perbelanjaan SRK dan ahli rombongannya tidak benar.

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: