Recent Posts

Recent comments

Bukit Antarabangsa - Tanah Runtuh

KUALA LUMPUR (BebasBersuara): Kejadian tanah runtuh berlaku lagi di Bukit Antarabangsa. Kejadian dilaporkan oleh saksi yang terdengar bunyi mencurigakan dan waktu itu dianggarkan pada pukul 3.30 pagi. Dalam kejadian ini 14 buah banglo ranap dibawa tanah runtuh.


Tinjauan BebasBersuara pada jam 10 pagi kelihatan kenderaan penyelamat dan ambulan keluar masuk ke jalan utama. Tidak dapat dipastikan samada terdapat mangsa atau tidak didalam kenderaan ambulan tersebut.

Pada jam 3.30 petang pula hujan lebat telah menyebabkan jalan alternatif yang dibuat oleh anggota penyelamat tidak dapat digunakan memandangkan air sungai melimpah akibat dari timbunan tanah yang menyekat aliran sungai. Difahamkan air tersebut meningkat dengan pantas mencapai paras pinggang. 

[Lagi berita menyusul kemudian]

[kepada sesiapa yang mempunyai gambar terkini, sila emailkan kepada bebasbersuara[at]gmail.com]

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: