Recent Posts

Recent comments

Tanah Runtuh - Nasihat bencana

|

Sekiranya anda adalah mangsa kejadian bencana alam seperti tanah runtuh ini ada sedikit nasihat keselamatan buat anda.


1) Jangan gunakan lilin sebagai ganti kepada bekalan elektrik yang terputus. Bimbang berlaku kebakaran dan akan menyulitkan bomba datang menyelamatkan anda. Terutama apabila laluan masuk terputus akibat ditenggelami tanah atau rimbunan pokok yang tumbang.

2) Jika anda terperangkap didalam rumah, cubalah membuka dan menutup kembali pintu kayu rumah anda. Jika agak ketat dari kebiasaan, kemungkinan besar struktur rumah anda telah berubah dan bersedialah dengan segala kemungkinan.

3) Sekiranya terperangkap dan tidak dapat keluar dari rumah, pastikan hanya dokumen penting sahaja yang dicapai.  Ambil segelas air dan letakkan di tempat yang rata. Jika berlaku gegaran atau gerakan didalam tanah, pasti anda akan nampak pergerakan air didalam gelas juga.

4) Sediakan bekalan ubatan asas didalam satu beg kecil. Jika ada makanan yang berlebihan berkongsilah bersama jiran yang memerlukan. 

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: