baca ni...luahan rasa golongan marhaen.. baguih logik dia...
Mail Sabri kata harga minyak tak naik. Ianya kekal. Sama ja. Ada minyak harga dua hengget. ada minyak ada sringgit lapan kupang. Sama ja. Tadak beza apa pun. Apa pun tak naik.
Semua maintain. Steady. Cuma, katanya, minyak RON97, yang selalu rakyat pakai tu, dia naikkan taraf kepada minyak premium. So, bila dah naik taraf ni, otomatik la harga pun canak naik. RON97 naik dari RM1.80 ke dua ringgit.
Tapi jangan risau, katanya. Sebab rakyat masih boleh isi minyak dengan harga RM1.80 lagi, guna RON95. RON97 dah ' upgrade ' , kalau mau yang ' tak upgrade ' , guna RON95. Harga sama. Warna pun cantik, kuning. La ni petrol pam dah macam lampu trafik light. Ada merah, kuning, ngan hijau. Cantik kan ? Cantik kan ? Kan ? Suke tak? Suke tak? Tutp matee! Tutup matee! Suurrrpriissssseeee!!!
Ada jugak yang kena tendang perut bulan2 posa ni.
Soalan pertama, apakah RON97 yang telah dinaiktaraf menjadi minyak premium itu lebih baik kualitinya sebelum harganya dinaikkan? Adakah minyak ini telah dicampur dengan formula2 hebat yang boleh membantu menambahbaik enjin, samada dari segi ' ketukan ' ka hapa ka? Adakah dengan menggunakan RON97 yang lebih mahal ini, proton wira 1.3 aku bertambah pikapnya sampai ke tahap aku tak perlu tutup ekon setiap kali meghagaih bukit?
Jawapannya sudah tentu tidak! Dan kalau jawapannya adalah ' tidak ' , jadah hapakah yang kamu naikkan harga minyak yang sama kualitinya ni, tapi tiba2 jadi mahal keesokan harinya? Bukankah itu namanya kamu sengaja menaikkan harga minyak? Bukankah harga minyak sebenarnya telah naik?!
Ini macam pi market nak beli ikan temenung, tiba2 tokey cakap sekilo kena tambah lagi dua ringgit. Tanya pasaipa, dia kata ikan temenung dah jadi ikan premium. Tanya dia lagi ikan temenung yang dia jual harini semua masuk univesiti ka? Ada ijazah semua ka? Isi manis lagi ka? Sisik makin kurang ka? Dia kata dak, sama ja. Tanya lagi ikan temenung kurang ka kot tengah laut la ni? Dia kata dak, belunggok huk lagi. Paihtu kenapa naikkan harga ikan temenung? Dia jawab harga tak naik, tapi taraf ikan temenung ni dah naik, jadi premium.
Tapi harga ikan temenung mahai dari kemarin. Kita kata tak puas hati. Dia kata kita bulih beli ikan puyu, ikan puyu harga sama macam ikan temenung kemarin. Tapi ikan puyu bukan ikan temenung! Kita jawab bantah. Tapi ikan jugak! Dia betah. Tapi kita tak bulih makan ikan puyu, nanti naik ruam. Kita bagi sebab. Dia suruh makan ikan temenung. Tapi ikan temenung mahai! Kita jawab. Bukan mahai, itu harga untuk ikan premium!
Last2 ada yang kena takek dengan parang tengah2 market tuh.
Naik harga cakap la naik harga! Dok pebodo orang pasaipa? Cakap. Harga dah naik. Kalau nak murah, beli yang rendah kualiti. Yang ni dah naik harga. Yang sama. Harga ja beza, lebih mahai. Kan senang?
Soalan kedua. Kenapa naik harga petrol? Mail Sabri dilaporkan dalam tibitiga malam tadi sebagai berkata sebab harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong.
Aku tak pernah hisap rokok. Jauh lagi nak hisap dam atau hidu gam. Tapi masa mengaji dulu, ada sekoq dua kawan2 yang dok wat kerja loklaq ni. Jawapan Mail Sabri ingatkan aku kepada sorang kawan yang overdose ganja. Samada dia hidu gam, atau telebih hidu petrol, aku tatau, tapi statistik tahun bila yang dia rujuk kata harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong? Harga minyak dunia tak pernah lepas USD75 selepas merudum jatuh sampai ke USD40 tuhari. Samada dia di bawah pengaruh ganja, ataupun sengaja nak membodohkan rakyat sekali lagi, itu aku serah pada pembaca semua. Tapi mengatakan minyak dunia dah naik ke 82 dolar setong adalah statement yang sangat bengong. Tak masuk akal. Dan hanya boleh dilafazkan oleh orang2 yang hilang akal sahaja!
Jadinya, kalau kenaikan bukan disebabkan oleh kenaikan minyak dunia, jadah hapakah yang dinaikkan jugak harga minyak? Adakah sebab BN dah senak tak tau nak kaut duit tang mana, maka last kopek, pau rakyat sekali lagi?
Soalan terakhir. Adakah kualiti RON95 sama seperti RON97? Jika rendah kualitinya, kenapa harganya sama seperti RON97?
Jawapannya jugak adalah tidak. RON95 lebih rendah kualitinya daripada RON97. Dan ada beberapa laporan mengatakan bahawa sesetengah enjin tidak sesuai menggunakan RON95.
Kesimpulannya?
Harga minyak memang dah naik. BN bodohkan rakyat melalui Mail Sabri mengatakan harga tak naik. Rakyat disuruh menggunakan minyak yang rendah kualitinya, tanpa sebarang kebaikan kepada kenderaan, dan disuruh membayar pada harga yang sama!
Mail Sabri kata harga minyak kenderaan tidak berubah, cuma ianya telah ditingkatkan kepada premium.
Rakyat juga akan kata PRU13 ini kalau kerajaan tidak berubah, kami akan gantikannya dengan kerajaan yg lebih baik!!
Recent Posts
Recent comments
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
9:23:00 AM
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - "Tiada akhbar yang akan laporkan", begitulah yang diluahkan oleh seorang pemberi maklumat berhubung tindakan kerajaan BN Sabah menukar kenderaan rasmi Perdana kepada Volvo 2.5 cc.
[Lagi berita klik disini]
Pemberi maklumat yang enggan namanya disiarkan berkata, Ketua Menteri Sabah Dato' Seri Musa Haji Aman dikatakan telah menukar dari Proton Perdana V6 ke Volvo 2.5 yang baru atas alasan kos senggeraan yang tinggi untuk Perdana.
"Masalahnya di Sabah tiada pengedar dan pusat khidmat Volvo yang disahkan. Kalaulah kerajaan Kelantan pakai Volvo agaknya jadi berita utama dan muka depan TV3, RTM, Utusan, Berita Harian dan yang sewaktu dengannya selama berbulan-bulan," katanya.
Namun ujar beliau, dalam kes kerajaan Sabah ini, tiada akhbar yang mahu melaporkan jauh sekali mensensasikan isu tersebut berbanding isu penukaran kereta kerajaan Selangor sebelum ini, ujarnya. - mns _
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
11:17:00 AM
Wajarkah jawatan Timbalan Perdana Menteri II diwujudkan? MCA telah menyuarakan berkenaan perkara ini. Agaknya apa agenda MCA? Bukankah perkara sebegini adalah agenda asas perjuangan DAP? Konsep Malaysian Malaysia telah dilaungkan oleh Lee Kuan Yew suatu masa lalu dan diteruskan oleh parti serpihan PAP iaitu DAP.
DAP dari awal perjuangan menekankan perkara sebegini. Wajarkah kaum Melayu memberi 'muka' terhadap permintaan ini. Kini permintaan mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II dilakukan oleh MCA pula. Apa tujuannya? Tujuannya tidak lain iaitu meletakkan batu asas untuk mentadbir Malaysia seterusnya menjadi Perdana Menteri. Walaupun perlembagaan tidak membenarkan perkara sebegini berlaku, tetapi sentimen perkauman yang dimainkan oleh pihak media dan ahli politik pasti akan membuatkan rakyat terganggu.
Ketika British meninggalkan Tanah Melayu yang dijajahnya, mereka telah meninggalkan asas yang penting untuk diterima iaitu orang Melayu menguasai politik dan orang cina menguasai ekonomi. Ini asasnya. Orang bukan Melayu seharusnya menerima apa yang dikatakan sebagai perjanjian awal atau terdahulu demi kemakmuran bersama. Akan tetapi kini orang Melayu ingin menguasai ekonomi dan orang cina cuba menguasai politik. Bukankah ini akan membawa kehancuran kepada rakyat marhaen? Ditambah pula dengan sikap pihak media memainkan isu perkauman, rakya bertambah sengsara.
Jawatan Timbalan Perdana Menteri II tidak seharusnya diwujudkan memandangkan ia akan menyebabkan perpecahan dan kemungkinan rasa kurang senang antara kaum terus meningkat. Lihat saja dalam perhimpunan MCA, ada perwakilan yang meminta tambahan peruntukan kepada sekolah jenis kebangsaan cina. Apakah erti semua ini? Tambahan peruntukan bermakna jurang akan terus melebar! Maksudnya intergrasi kaum tidak akan berjaya. Dan akhirnya segalanya pun tidak akan berjaya. Merugikan rakya Malaysia secara keseluruhannya.
Bandingkan dengan negara lain, adakah bangsa asal negara tersebut boleh mamberi 'muka' terhadap bangsa lain yang boleh diistilahkan sebagai kaum pendatang? Tiada bangsa lain di dunia ini yang sanggup memberi 'muka' dan sifat pemurah orang Melayu ini lah yang membuatkan bangsa lain terus menekan orang Melayu yang kononnya meminggirkan mereka. Kemudiannya dicanang ke serata dunia bahawa orang Melayu cuba menindas orang bukan Melayu dengan pelbagai cara. Isu yang sering dimainkan pula ialah kesaksamaan. Mana mungkin orang Melayu boleh berikan hak istimewa orang Melayu untuk dikongsi dengan bukan Melayu!
Renung-renungkan lah....
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
12:07:00 AM
KUALA LUMPUR (BebasBersuara): Usah asyik memberi harapan pada rakyat sedangkan tiada tindakan. Cakap-cakap kosong begini boleh diungkapkan sebangai keanak-anakkan. Hanya mempermainkan perasaan rakyat sedangkan hampas pun tiada.
Bercakap soal penurunan minyak jika harga kekal dibawak 104 USD setong, bukanlah suatu yang menarik sebaliknya kata-kata sebegini hanyalah suatu omongan kosong yang tiada makna. Turunkan harga minyak, laksanakan penguatkuasaan terhadap semua barangan agar boleh di struktur semula supaya tidak membebankan rakyat. Bukankah itu yang sepatutnya wahai Sharil Samad?
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
2:11:00 PM
KUALA LUMPUR (BebasBersuara): Presiden UMNO, Pak Lah mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai presiden UMNO dalam pemilihan UMNO pada Mac 2009. Diharapkan dengan pengumuman ini akan memeri ruang dan peluang untuk calon lain menawarkan diri masing-masing.
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
8:57:00 PM
KUALA LUMPUR (BebasBersuara): Ketua Pembangkang DSAI dijangka akan mengadakan sidang media kira-kira jam 2.00 petang. Dalam sidang tersebut DSAI dijangka menyebut nama Ahli Parlimen BN yang akan "menyeberang" ke Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
11:20:00 AM
Apabila seorang berketerunan Melayu menyebut soal kemelayuan terhadap bangsa lain, Gerakan terus mempertikaikan. Biarpun kaum Melayu menyebut soal hak bangsa sendiri, bangsa lain terus pertikaikan. Apa dah jadi? UMNO, dimana anda apabila salah seorang ketua bahagianmenyebut tentang perkara ini.
Jika kaum lain menyebut tentang perkauman, lihatlah UMNO terus membisu. Dimana tiada tindakan diambil terhadap Hindraf dan paling ketara si mamat yang belajar di Taiwan yang dengan jelas menghina negara, raja-raja Melayu dan agama Islam apabila memperlekeh azan. Tidak pula dituntut untuk minta maaf. Wahai para pejuang UMNO yang sering menyebut soal perjuangan bangsa, sedarlah bahawa anda juga dikawal oleh bangsa lain. Tidak bermakna perjuangan anda tanpa membela ahli anda sendiri. Apa perlunya timbalan presiden UMNO memohon maaf? Sedih apabila perkara seperti ini tiada pembelaan daripada UMNO!
Sifat perkauman dari bangsa lain telah lama wujud. Sedar tidak sedar lihatlah didalam iklan jawatan kosong. Apa perlunya diletakkan syarat kebolehan berbahasa Mandarin? Sedangkan syarikat menjalankan bisnes yang melibatkan tender kerajaan. Sifat perkauman ini telah lama wujud tetapi tiada tindakan dilakukan oleh kerajaan. Sedarlah wahai kerajaan ku tersayang..
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
5:12:00 PM
Ramai yang gembira dengan 'Belanjawan 2009 - kerajaan prihatin' berjumlah RM207.9 billion naik 5.1 peratus berbanding belanjawan 2008 yang dibentang Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, 29 Ogos lalu.
[Lagi berita klik disini]
Gembira juga rakyat marhain mendengarnya apabila bayaran bil eletrik RM20 kebawah dikecualikan pembayaranya. Katanya pengcualian bayaran itu akan memberi manfaat kepada golongan sasar iaitu rakyat miskin walaupun ada yang berpendapat kerajaan BN 'fobia' dengan angka RM20 itu.
Sebagaimana biasa media arus perdana memainkan peranan propagandanya untuk menghebahkan kebaikan bajet kerajaan prihatin itu maka ramailah tokoh-tokoh diemput (dibayar) untuk bercakap memujikan kerajaan BN itu.
Di peringkat rakyat biasa, tidak kurang yang turut membahaskan isu sama di parlimen mereka, iaitu kedai kopi dan warung-warung .
Penulis sempat mencuri dengar perbahasan tanpa speker itu ketika singgah minum teh tarik disebuah warung, isi perbahasan mereka berbeza daripada apa yang dibahaskan oleh wakil rakyat di parlimen.
Namun mereka berbahas dengan telus dan baik tanpa ada yang mencelah atau mengganggu. Perbahasan begitu lancar sekali.
Jika speker parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia melihat perbahasan itu tentu beliau sendiri kagum kerana perbahasan tanpa pengerusi itu berjalan lebih lancar daripada perbahasan di parlimen yang dipengerusikannya.
Antara yang dibahaskan termasuklah isu pengecualian bil eletrik RM20 yang dikatanya sebagai hadiah kerajaan BN kepada rakyat berpendapatan rendah.
Pembahas A di kedai kopi bertanya, siapakah yang menggunakan eletrik dibawah RM20 itu?
"Rumah aku yang tak banyak peralatan eletrik pun kena bayar lebih dari RM20 sebulan dan tidak layak mendapat bil percuma," jelas si A memulakan bicara.
"Aku tahu siapa yang layak tidak perlu bayar bil eletrik itu," kata si B disebelahnya sambil menghirup teh tarik.
"Siapa? tanya si A.
"Mereka ialah pendatang asing," jawab B.
"Kenapa pula pendatang asing mendapat faedah itu, tidakkah kerajaan mengecualikan bayaran itu untuk rakyat miskin," si A inginkan penjelasan.
"Rakyat tempatan biasanya menyiapkan kelengkapan rumahnya dengan peralatan eletrik seperti televisyen, kipas angin, sterika, peti sejuk, peruk eletrik, cerek eletrik dan sebagainya, penggunaan peralatan itu walaupun dikira perlatan asas sahaja bagi sebuah rumah menyebabkan bayaran bil mereka pastinya melebihi RM20 sebulan.
"Bagi pendatang asing yang tinggal sementara di sini sudah pastinya mereka tidak memerlukan peti sejuk, sterika atau periuk eletrik, memadailah dengan televisyen dan kipas angin sahaja, ini menyebabkan bil eletrik bulanan mereka rendah di bawah RM20 sebulan, jadi merekalah yang layak menerima faedah bajet kerajaan prihatin itu," hujah si B.
"Ya tak ya juga, bil aku dah lebih RM20 itu pun aku tak pakai alat pendingin hawa pun, aku setuju dengan awak," kata A.
"Jika demikian Bajet kerajaan prihatin itu adalah untuk warga asing dari Indonesia , Bangladesh dan lain-lainlah ya, rakyat tempatan melopong juga la," kata si A.
"Hehehehe..." Semuanya ketawa mungkin geli hati dengan langkah kerajaan prihatin yang membuat bajet tidak mengenai sasaran.
Terfikir juga penulis kenapalah kerajaan tidak memberikan dalam bentuk rebet RM20 kepada semua pengguna eletrik supaya semua rakyat mendapat faedahnya.
Ini kerana melalui kaedah dalam bajet itu hanya penggunaan eletrik dibawah RM20 kebawah sahaja akan dikecualikan bayarannya, pengguna-pengguna yang menggunakan eletrik dibawah RM20 kemungkinan besar adalah mereka yang tidak tinggal tetap disini dalam erti kata lain adalah warga asing !.
Pendapat si B ada munasabahnya, kerana warga asing yang tinggal sementara disini mereka tidak akan membeli peralatan eletrik ayng besar sebagaimana penduduk tempatan. Apabila mereka tiada peti sejuk, sterika yang mengguna banyak banyak watt sudah tentu bil akan lebih rendah.
Berbeza dengan rakyat tempatan yang memang menetap disini dan inginkan keselesaan hidup sudah tentulah mereka membeli banyak perlatan eletrik .
Persoalanya adakah menteri kewangan berfikir perkara itu semasa membuat cadangan untuk mengecualikan bayaran bil RM20 kebawah itu?
Jika mereka sudah memikirkannya tentulah mereka telah mengenal pasti golongan sasaran sebenar, malanglah jika yang mendapat faedah adalah warga asing sedang rakyat tempatan berputih mata!.
Pengalaman seorang rakan penulis yang menyewakan rumah kepada warga asing dari Indonesia membuktikan kebenaran dakwaan si B.
Menurutnya, penyewa warga asing itu tidak membeli apa-apa peralatan eletrik dirumah sewanya. Mereka hanya mengunakan lampu dan bil eletrik bulanan mereka memang rendah dibawah RM20 sebulan. Nah...terbukti sudah memang warga asinglah yang bakal mendapat manfaat daripada Bajet kerajaan prihatin!.
Rupanya prihatin kerajaan BN bukan kepada rakyat tempatan tetapi kepada warga asing.
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
12:47:00 PM
Agence France-Presse - 8/1/2008 10:10 AM GMT
The popularity of Malaysia's prime minister has hit a new low, a survey said, after an increase in fuel prices compounded rising economic and political concerns.
[Click here for more]
More than half the people surveyed by independent research firm Merdeka Centre said they were dissatisfied with Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, whose ruling party suffered one of its worst electoral defeats in March.
Just 42 percent of the 1,030 people interviewed said they were pleased with his management of the country -- sharply down from around 91 percent when he took power in 2004.
Only 28 percent of registered voters were satisfied with the economic and political direction of the country, said the survey, released late Thursday.
"This may be in part due to a deepening concern over the state of the economy as a majority (59 percent) were worried over economic related issues followed by 10 percent who cited political issues as being most important," the centre's director Ibrahim Suffian said in a statement.
In June, Abdullah announced a deeply unpopular 41 percent increase in fuel prices to cut a ballooning subsidy bill.
Meanwhile, two-thirds of respondents viewed recent sodomy charges against opposition leader Anwar Ibrahim as politically motivated, while only 11 percent believed the accusations.
Former deputy premier Anwar is seeking to return to parliament following a 10-year absence during which he was jailed on separate charges of sodomy -- an offence under Malaysian law -- which were later overturned.
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
11:48:00 PM
BebasBersuara: Hingga saat ini 8:29pm masih tidak dikeluarkan berita berkaitan laporan berkaitan rasuah terhadap Pak Lah. Sedangkan berita rasuah di Kelantan disebut tika ini. Wah simpanlah berita itu selagi boleh simpan.
Petang tadi di radio 24jam kelolaan Bernama telah heboh diperkataan perkara ini. Kini TV3 hanya mampu berdiam saja? Sebut apa saja berita dari hal tanah runtuh, bangunan runtuh malahan bontot runtuh juga sangat teguh usaha TV3 untuk menyiarkan berita tersebut. Akan tetapi perlaku moral runtuh perdana menteri Malaysia masih tidak dikeluarkan (8:32pm). Fikir-fikirkanlah.
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
8:28:00 PM
Putrajaya (BebasBersuara): Pagi ini satu laporan berhubung rasuah politik peringkat tertinggi dibuat kepada BPR oleh Datuk Mazlan Harun berdasarkan surat yang ditulis oleh Kapt(B) Dato' Zahar Hashim selaku Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan.
Ketika tulisan ini ditulis, keterangan masih diberikan oleh Datuk Mazlan Harun.
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
11:36:00 AM
Jika anda telah membaca berita Harakah bertajuk "Ahli-ahli Umno di Dataran Merdeka esok lapor rasuah PM," berikut adalah surat yang dimaksudkan. Terima kasih kepada A Voice.
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
10:23:00 AM
Agence France-Presse - 7/17/2008 10:28 AM GMT
A prominent Malaysian blogger was charged with defamation Thursday over a sworn statement in which he linked the deputy prime minister's wife to a sensational murder.
Abdul Razak Baginda, a close friend of Deputy Prime Minister Najib Razak, has been charged with abetting the murder of 28-year-old Mongolian woman Altantuya Shaariibuu, whose body was blown up with explosives.
Two police officers from an elite force, whose duties included guarding the prime minister and Najib, were also charged with the killing.
Police on Thursday charged Raja Petra Kamaruddin, founder and editor of the Malaysia Today website, after he lodged a statement in court last month linking Najib's wife Rosmah Mansor with the murder.
"He will be facing three charges for criminal defamation on the two colonels and Rosmah, the deputy prime minister's wife," the blogger's wife Marina Lee told reporters.
The military personnel were mentioned in Raja Petra's statement, but are not facing any charges.
Najib -- who is heir apparent to Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi -- has repeatedly denied the allegations, saying he had never even met the murdered woman, and that it was an attempt to tarnish his political career.
Raja Petra, 57, arrived at police headquarters to face the charges, in a defiant mood and accompanied by supporters and fellow bloggers.
"I am ready to face my day in court," he told reporters.
Raja Petra already faces a sedition charge after an article he wrote in May which also implicated Najib and his wife in the case.
The trial on that charge will begin on October 6. If convicted, he faces three years in jail.
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
11:12:00 AM
KUALA LUMPUR (BebasBersuara) : Pujian harus diberikan kepada pihak penganjur yang sudi menganjurkan debat yang bertajuk "Hari ini bentuk kerajaan, esok turun harga minyak". Banyak perkara cuba disentuh oleh kedua-dua pihak walaupun beberapa kali soal peribadi Anwar Ibrahim disentuh oleh Shabery.
Anwar dilihat agak bijak kerana tidak menggunakan masa yang diperuntukkan utk menjawab soalan-soalan yang berkaitan hal peribadi sebaliknya lebih fokus kearah tajuk yang dibincangkan. Sungguhpun begitu Anwar tidak berdiam diri sebaliknya sesekali cuba pertahankan diri dengan jawapan yang menakjubkan yang tidak terduga oleh Shabery.
Jika dilihat dari sudut teori yang dikemukakan oleh para pendebat itu, boleh disimpulkan bahawa fakta yang dikemukakan oleh mereka sangat releven. Malangnya fakta yang diberikan oleh Anwar jauh lebih releven dalam menurunkan harga minyak berbanding fakta oleh Shabery yang mempertahankan tindakan kerajaan menaikkan. Anwar mempunyai matlamat untuk menurunkan harga minyak sebanyak rm0.50 untuk permulaan. Sebaliknya Shabery mempunyai matlamat menyokong kenaikan minyak yang mana kelihatan seperti agak mustahil untuk diturunkan oleh BN memandangkan tiada usaha untuk menghalang kebocoran dan ketirisan dalam sistem sekarang. Dua matlamat berbeza tetapi kesannya dapat dirasai oleh rakyat jika keputusan kerajaan tidak memikirkan nasib para petani, penternak, nelayan serta yang berpendapatan rendah.
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
1:56:00 PM
Kuala Lumpur (BebasBersuara) : Teluskah BPR? persoalan yang timbul ekoran siasatan keatas Datuk Yong setelah hampir 12 tahun tuduhan "tertangguh". Pokoknya tuduhan itu datang selepas pengumumam Datuk Yong selaku ketua SAPP. Agak malang apabila BPR terus dipergunakan untuk menghalang kebangkitan rakyat seterusnya mengekalkan BN di tampuk pemerintahan. Bagaimana pula undi tak percaya yang bakal diusulkan oleh wakil SPP di Parlimen?
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
12:06:00 AM
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka akan melepaskan jawatannya secepat mungkin sebelum usul undi tidak percaya di bawa ke Dewan Rakyat.
[Lagi berita klik disini]
Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar hari ini ketika mengulas mengenai kenyataan Parti Maju Sabah (SAPP) mengenai sokongan terhadap undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri yang mungkin akan dibawa ke Dewan Rakyat isnin ini.
Beliau menjangkakan bahawa akan ramai lagi ahli Parlimen Umno dan BN yang akan membuat kenyataan bagi menyokong langkah SAPP itu sebelum sidang Dewan Rakyat Isnin ini.
Justeru, baginya Perdana Menteri mungkin akan berbuat demikian bagi mengekalkan pemerintahan kerajaan BN hari ini, dan hal ini mungkin mendapat sokongan di kalangan ahli Parlimen BN.
Namun kata Mahfuz, beliau lebih melihat bahawa 'taktik' ini tidak akan memberi impak kepada rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga minyak dan beban kerana kelemahan kerajaan.
Sebaliknya, jika Abdullah mengundur diri, kemungkinan besar Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah seterusnya mengemudi kerajaan dengan 'beban' yang masih sama.
"Saya pernah ingatkan dahulu bahawa Najib dan Abdullah adalah liabiliti kepada negara, malah parti BN itu sendiri adalah beban kepada rakyat.
"Justeru bagi saya bukan sahaja Abdullah perlu melepaskan jawatan, sebaliknya undi tidak percaya perlu dibuat kepada kerajaan BN seluruhnya dan gantikan dengan kerajaan yang baru," ujar Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.
Sementara itu beliau juga menyatakan bahawa PAS menyambut baik tindakan SAPP itu dan menyeru parti komponen BN bukan sekadar membuat undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.
Sebaliknya membawa usul undi tidak percaya kepada kerajaan yang ada hari ini atas alasan kerajaan kini terlalu lemah dan tidak berupaya membela rakyat, ujarnya.
Di pihak Pakatan Rakyat sendiri, pakatan akan membincangkan hal ini semasak-masaknya kerana bimbang kemungkinan taktik ini hanya akan menyebabkan peralihan kepimpinan bukan kerajaan.
"Apa yang penting dan boleh menyelamatkan rakyat ialah dengan hanya menukar kerajaan," tegasnya.
Beliau turut menyokong kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang mendesak Abdullah melepaskan jawatan.
Namun beliau juga melahirkan kebimbangan dengan senario ini hanya akan menyebabkan 'peralihan kepimpinan' bukan 'peralihan kerajaan'.
Paling penting dalam hal ini, rakyat adalah perkara pokok yang perlu diambil kira oleh seluruh ahli Parlimen BN dalam membuat keputusan, tegas Mahfuz.
Semalam, pengumuman yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia akhirnya terjawab apabila ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) dikatakan akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dalam sidang Dewan Rakyat Isnin ini.
Tindakan ini adalah sejarah yang mungkin tidak dapat dilupakan Perdana Menteri dan rakyat Malaysia bahawa usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap perdana menteri.
"Sewaku sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini, 23 Jun, ahli-ahli Parlimen kita akan menyokong undi tidak percaya kepada PM.
Sama ada usul itu akan dikemukakan oleh ahli Parlimen kita atau ahli Parlimen lain, akan diputuskan bila tiba masanya,ujar satu kenyataannya semalam.
SAPP mempunyai dua ahli Parlimen, iaitu Dato' Dr Chua Soon Bui (Tawau) dan Dato' Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) selain empat ahli dewan undangan negeri.
Majimbun yang kini berada di luar negeri, telah menyatakan sokongannya terhadap keputusan parti itu dengan menandatangan kenyataan tersebut.
Chua turut hadir dalam sidang akhbar yang diadakan khas di Kota Kinabalu memberi empat sebab mengapa beliau menyokong usul tidak percaya terhadap PM itu.
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
2:42:00 PM
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Usul tergempar di bawah Perkara 18 (1) yang dibawa Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) ke Dewan Rakyat mengenai kes Pulau Batu Puteh ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meskipun beberapa kali ditegaskan Salahuddin supaya ia dibahaskan.
Salahuddin yang bangun membacakan usul itu tidak berpuas hati dengan alasan Pandikar yang enggan membenarkan usul itu untuk dibahaskan.
Bagi Salahuddin perkara itu perlu dibahaskan kerana ia adalah soal kedaulatan dan keselamatan negara.
"Saya bangun merayu dan menggunakan pelbagai peraturan mesyuarat di bawah perkara 18 (1) 3B, saya merayu demi rakyat Malaysia, demi maruah dan kedaulatan negara supaya usul ini diambil perkiraan oleh Dewan Rakyat.
"Biarlah negara mencacatkan sejarahnya sendiri apabila Parlimen hari ini membincangkan soal kedaulatan negara yang terlepas kepada Singapura ini, ini soal kedaulatan saya tidak akan duduk selagi ia tidak dibincangkan," ujarnya dengan nada yang tegas.
Menurut Salahuddin, perbahasan usul ini amat penting bagi Parlimen merakamkan penjelasan bagaimana kegagalan dan kelemahan pasukan pembela kerajaan dalam menyediakan bahan bukti dalam membawa kes Batu Puteh ke Makhamah Antarabangsa (ICJ).
Beliau mahu pengajaran dalam kes Pulau Batu Puteh diambil iktibar oleh kerajaan kerana kes yang serupa (tuntutan sempadan dengan Singapura) juga akan berulang selepas ini.
Bagaimanapun Speaker Dewan Rakyat enggan membenarkan Salahuddin meneruskan usul itu untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.
Timbul kekecohan sebelum itu apabila Salahuddin beberapa kali bangun mendesak budi bicara Speaker Dewan Rakyat meluluskan usul tersebut untuk dibahaskan.
Beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat bangun untuk menyokong usul itu apabila Salahuddin meminta sekurang-kurangnya 15 orang ahli Dewan Rakyat bangun bagi menyokong permintaannya di bawah Perkara 18 (1) 3B.
Antara yang bangun semua ahli Parlimen PAS termasuk, Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena); Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) dan Pakatan Rakyat yang lain antaranya dari DAP dan KeADILan.
Kedengaran suara-suara sinis dari ahli Parlimen Pakatan Rakyat memperli ahli-ahli Parlimen BN yang enggan bangun menyokong usul itu untuk dibahaskan.
Namun akhirnya usul itu tetap ditolak Speaker Dewan Rakyat dari dibahaskan.
[Sambungan]
BN bakulsampahkan usul Batu Puteh
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Rakyat yang mempunyai semangat patriotisme boleh menilai dan menghakimi sendiri sikap dan gelagat Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional ketika usul mengenai kehilangan Pulau Batu Puteh dibentangkan di Dewan Rakyat pagi ini.
"Ketika saya menggunakan peraturan yang memerlukan sekurang-kurangnya 15 Ahli Parlimen bangun untuk menyokong supaya usul itu dibahaskan, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) bangun beramai-ramai sebagai tanda sokongan.
"Malangnya, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), khususnya yang mewakili Umno Johor, enggan bangun untuk menyokong supaya usul itu dibahaskan. Hebat Umno Johor.
"Saya sangat kagum dengan semangat patriotisme mereka sehingga enggan menyokong supaya isu kehilangan Pulau Batu Puteh dibincangkan!" kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang membentangkan usul tersebut.
Hakikat bahawa usul tersebut tidak dibentangkan bukan untuk kepentingan PAS atau PR, sebaliknya demi kedaulatan negara, menambahkan kekaguman Ahli Parlimen Kubang Kerian itu kepada semangat patriotisme ahli-ahli Parlimen BN itu.
"Usul itu tidak bersifat politik kepartian dan yang pertama mengenai Pulau Batu Puteh dalam sesi Parlimen kali ini. Sepatutnya semua ahli Parlimen BN menyokong usul itu," kata Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Mat Ramli.
Tetapi, kata Ahli Parlimen Kuala Krai itu, sikap divisif yang memandang pembangkang sebagai lawan menyebabkan isu tersebut sekalipun menjadi isu yang dibakulsampahkan.
"Kalau ahli-ahli Parlimen BN bangun untuk menyokong supaya usul itu dibahaskan tadi, saya yakin keputusan Yang DiPertua dewan boleh berubah," kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar yang juga amat kagum dengan semangat patriotisme ahli-ahli Parlimen BN itu.
Lebih mengkagumkan, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, ialah sikap ahli-ahli Parlimen BN yang hanya menjadi tukang angguk walaupun dalam isu membela kedaulatan negara yang telah tercalar dengan kehilangan Pulau Batu Puteh.
Walaupun mengakui semua pihak bersedih atas kecuaian yang berlaku sehingga negara kehilangan Pulau Batu Puteh tetapi Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tetap dengan keputusannya menolak usul Salahuddin untuk membincangkan kehilangan Pulau Batu Puteh.
Beliau sebelum itu menolak usul tersebut kerana berpendapat usul tersebut tidak perlu disegerakan kerana Malaysia telahpun bersetuju dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Setelah usul itu ditolak untuk dibahaskan, Salahuddin kemudiannya menggunakan peruntukan dengan meminta sekurang-kurangnya 15 ahli Dewan Rakyat untuk bangun menyokong usul tersebut.
Kesemua Ahli Parlimen PR bangun untuk menyokong usul itu supaya dibahaskan.
Ketika itu, Mahfuz berkata kepada ahli-ahli Parlimen BN "sebelah sana tak bangun!"
Terdengar juga suara Ahli Parlimen PR yang berkata "takutkah, larikah?".
Meskipun begitu, Yang Dipertua dewan tetap dengan keputusannya yang menolak usul itu dibahaskan.
Ketika itu, beliau ditanya "macam mana tak puas hati?"
Sambil membangkitkan keputusan ICJ itu telah dipersetujui oleh kerajaan Malaysia, Pandikar Amin menjawab: "Ada kala saya puas hati (untuk dibahaskan) umpamanya dalam isu beras".
Ketika itu, Salahuddin terus merayu agar usul itu dibahaskan kerana usul tersebut adalah isu keselamatan dan kedaulatan negara.
"Saya menghormati, saya merayu, saya merayu atas nama negara, saya merayu atas nama rakyat, saya merayu atas nama kedaulatan ngara, saya merayu agar dibahaskan.
"Ini bukan isu PR, ini isu negara!" Ahli Parlimen Kubang Kerian itu merayu.
Ketika itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat menyatakan beliau juga merasa sedih dengan kehilangan Pulau Batu Puteh itu.
"Perasaan Yang Berhormat adalah perasaaan kita semua, saya setuju kita ambil iktibar.
"Kalau itu kesilapan kita semua, kita ambil iktibar, di masa akan datang simpan rekod dengan cara baik.
"Mohon maaf kerana tidak dapat layan," kata beliau sambil mencadangkan Salahuddin mengemukakan usul di bawah Peraturan 43 Dewan Rakyat.
Salahuddin menjawab, kalau dibahaskan di bawah peraturan 43 akan hilang kesegeraan.
"Apa salahnya Parlimen yang mulia merakamkan apa sebab kita kalah?" tanya beliau sambil menekankan jawapan menteri mengenai kekalahan di dalam ICJ itu sepatutnya dirakamkan oleh Dewan Rakyat.
Pandikar Amin kemudiannya menerangkan bahawa sebelum beliau menolak usul itu, beliau telah "ambil kira dengan baik" dan kalau dibahaskan sekalipun, katanya lagi, hanya iktibar sahaja yang boleh diambil.
Salahuddin mencelah, "kita ada banyak lagi pulau yang kita berhadapan dengan Singapura!"
Yang Dipertua dewan kemudiannya bertanya, tidak cukupkah dengan mengambil iktibar kerana "kalau bahas pun keputusannya juga ambil iktibar".
"Kita ambil iktibar bahawa perkara seperti ini tidak harus berlaku, saya cukup bersimpati, saya faham perasaan Kubang Kerian. Kita semua mempunyai perasaan yang sama seperti Kubang Kerian," katanya.
Memandangkan Yang Dipertua dewan bersungguh-sungguh merayu dan menyarankan pula Salahuddin agar membahaskannya dalam perbahasan tambahan, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu akhirnya beralah.
Ketika membentangkan usulnya, Ketua Pemuda PAS itu menekankan bahawa keputusan ICJ melenyapkan kedaulatan negara ke atas pulau tersebut.
Hakikat bahawa pulau itu diserahkan kepada British dengan kebenaran Sultan Johor ketika itu, kata beliau, menunjukkan Pulau Batu Puteh milik Malaysia.
Memandangkan begitu banyak isu tertunggak dengan Singapura termasuk isu pembekalanair ke pulau itu, isu Pulau Api di Pulau Pisang dan lain-lain, beliau mahu kehilangan kedaulatan negara itu menjadi pengajaran yang amat besar bagi menjaga kedaulatan negara.
Beliau menyarankan Dewan Rakyat membahaskan apakah punca kekalahan Malaysia di ICJ.
Adakah kekalahan itu akibat "kelemahan hujah" atau "kelemahan persediaan".
"Rakyat Malaysia amat meragui kemampaun pasukan yang diketuai oleh Peguam Negara," kata beliau sambil menekankan perlunya usul itu dibahaskan kerana ia melibatkan kedaulatan negara.
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
9:26:00 PM
oleh Dr Mahathir Mohamad
Saya telah ikuti laporan berkenaan keputusan saya keluar dari Umno yang disiarkan RTM 1, 8 malam, 19 Mei. Komen oleh dua pemimpin Umno amat menggelikan hati saya.
Tun Musa Hitam dakwa saya adalah 'duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.'
Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging Umno tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden Umno. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.
Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.
Akhirnya pecahlah Umno dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada Umno Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun. Syabas Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli Umno atau tidak.
Satu lagi pemimpin Umno ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar Umno, jadi calon bebas dan lawan dengan Umno, dalam Pilihan raya Kecil dengan simbol kunci.
Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato' dibenar kembali ke pangkuan Umno, Dato' akan jadi duri dalam daging Umno lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihan raya kecil saya bersetuju Dato' masuk balik Umno.
Saya ucap tahniah kerana Dato' dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.
Tepuk dulang paku serpih,
Katakan orang awak yang lebih. - chedet.com
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
1:47:00 PM
KUALA LUMPUR (BebasBersuara): Tun Mahathir telah mengumumkan keluar dari parti UMNO sebagai tanda protes terhadap kelemahan kepimpinan Pak Lah. Beliau yang juga ahli seumur hidup mengumumkannya pada 19 Mei ditanah kelahirannya sendiri.
Pengumuman ini sudah pasti melegakan KJ yang dilihat sebagai punca keretakan dan kerosakan dalam UMNO itu sendiri malahan mungkin dengan keretakan ini akan memberikan peluang yang sebenarnya cukup besar buat KJ untuk terus menguasai mentuanya. Dengan keluarnya Mahathir untuk "sementara waktu" maka rakyat perlulah bersedia menghadapi kemungkinan pilihanraya umum dalam waktu terdekat.
Dikhabarkan juga Mahathir membuat pengumuman keluar dari UMNO atas cabaran oleh seorang peserta dalam majlis tersebut. Dengan keluarnya Mahathir dari UMNO, BebasBersuara melihat bahawa beliau sudah bosan dan fed-up dengan tingkah laku serta kelemahan Pak Lah. Pak Lah bukan sahaja melemahkan parti sebaliknya melemahkan negara ini termasuk dari segi keselamatan negara, ekonomi dan juga imej di peringkat antarabangsa.
Dengan ini, maka Mahathir bukanlah keluar dari UMNO berseorangan sebaliknya para pengikut yang setia di peringkat bawahan (rakyat jelata) kemungkinan akan turut serta. Bagaimanapun arah tujuan para pengikut yang turut serta tidak dapat dipastikan samada bersikap tidak menyertai mana-mana parti pembangkang atau kemungkinan akan menyertai parti pembangkang. Rakyat melihat dengan keluarnya Mahathir dari UMNO adalah kemuncak kebencian dan protes yang tinggi malahan mungkin senjata terakhir untuk menuntut agar Pak Lah turun dari "singgahsana" itu kerana kegagalannya memimpin dengan baik menyebabkan berlakunya kekacauan dan ketidakstablilan terhadap parti dan ekonomi negara.
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
1:53:00 PM
PULAU PINANG (BebasBersuara) - Bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon semalam mengumumkan keluar parti itu selepas keputusannya untuk menerima tawaran jawatan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang tidak dapat diterima oleh kepimpinan parti.
Wahai para pemimpin BN, marilah bersama Pakatan Rakyat demi manfaat rakyat sekalian. Cuma diingatkan agar tidak pentingkan diri sendiri dengan cara merompak wang rakyat. Sebaliknya contohilah para pemimpin PAS yang diyakini lebih bersih dan telus dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat.
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
12:43:00 PM
