Recent Posts

Recent comments

Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

Shiela

| 0 comments

PEKAN: Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid, menjunjung kasih kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang melihat bakti dan keringat ditaburnya sepanjang lebih 20 tahun bergelar anak seni bagi memartabatkan industri seni tanah air sekali gus cuba membawanya ke peringkat lebih tinggi.

Sheila atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid antara 90 penerima pingat Darjah Kebesaran Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 baginda di Balairung Seri Istana Abu Bakar, di sini, semalam.

Ketika ditemui, Sheila, 43, menjelaskan beliau terharu dan bangga kerana diberi penghargaan sedemikian kerana sumbangannya diiktiraf bukan saja dalam industri berkenaan malah disokong pemerintah.

“Saya amat berbesar hati atas kurniaan darjah kebesaran oleh Sultan Pahang. Ternyata golongan artis yang dianggap penggerak untuk mengangkat seni dan budaya tempatan tidak pernah dipinggirkan.

“Sejujurnya, saya tidak menyangka akan menerima anugerah seperti ini. Namun bersyukur kerana akhirnya ada pihak yang menghargai sumbangan saya ini,” katanya yang masih aktif menerima tawaran persembahan daripada korporat.

Sheila yang berbaju kurung merah gelap hadir berpakaian sedondon bersama suami, Hashridz Murshim Hassim atau Acis, bekas pemain keyboard kumpulan Gersang.

Beliau berkata, kerajaan Pahang antara pemerintah yang dilihat prihatin dengan usaha penggiat seni tanah air berikutan mengurniakan pingat kebesaran kepada beberapa penyanyi dan pelakon.

“Saya berharap penganugerahan begini kepada anak seni diteruskan pada masa akan datang terutama mereka yang sudah lama bertungkus-lumus menyumbang kepada negara.

“Bagi saya, ini satu kurniaan yang sangat besar daripada pemerintah yang begitu prihatin terhadap kerjaya anak seni bukan saja kepada mereka yang terbabit dalam dunia korporat,” katanya.

Menurut penyanyi yang mula dikenali menerusi hits Pengemis Muda ini, penganugerahan pingat itu juga bukan tiket untuk beliau bermegah diri.

“Saya masih seperti dulu, tiada yang berubah. Cuma selepas ini kenalah panggil saya dengan gelaran baru itu terutama pada majlis protokol bagi menghormati penganugerahan itu sendiri bukan kerana siapa saya.

“Apapun, saya akan terus berbakti kepada masyarakat menerusi cara saya sendiri. Sememangnya bidang nyanyian sudah sebati dalam jiwa saya dan inilah minat saya,” katanya.

BebasBersuara: Bukankah lebih baik pengiktirafan dan pemberian darjah kebesaran diberikan kepada anak seni tempatan? Sekurang-kurangnya anugerah kebesaran ini disumbang kepada anak tempatan yang aktif menyumbang demi kebaikan industri tempatan..... Usah terlalu mengagungkan bakat luar yang tidak tahu menghormati rakyat Malaysia. Tahniah buat Shiela Majid dan menjunjung kasih terhadap Tuanku Sultan. Ampun Tuanku

Rakyat Pahang akan untung besar jika Pakatan Rakyat memerintah

| 0 comments

TEMERLOH, 22 Mei (Hrkh) - Rakyat Pahang telah mengalami kerugian besar kerana tidak memilih PAS dan parti dari Pakatan Rakyat memerintah negeri menyebabkan mereka ketinggalan daripada menikmati arus kebajikan sebagaimana rakyat di negeri lain, kata Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad.

[Lagi berita klik disini]

Sebaliknya kata Suhaimi, rakyat Pahang kini dibebankan dengan pelbagai isu dan konflik politik kepimpinan negeri atas perbalahan terbuka kepimpinan Umno negeri termasuk membabitkan Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob dengan bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pahang, Dato' Tajuddin Sulaiman atas isu penjualan tanah balak kepada bukan Melayu.

Pada ceramah anjuran PAS Temerloh, di Darul Amin, Sungai Gau, dekat sini, baru-baru Suhaimi menambah, selagi Umno diberikan kekuasaan bermakna semakin jauh rakyat menikmati kebajikan kerana amalan kronisme dan kepuakan dalam Umno terlalu menebal.

"Kalau pemimpin Umno kata nak bela Melayu, nak bela rakyat itu satu pembohongan. Kita tengok di Pahang ini pemimpin Umno perintah negeri dia beri tanah pada parti dia tak bagi pada rakyat. Kita perintah negeri, kita tak bagi pada parti kita bagi pada rakyat. Umno susah nak bagi pada rakyat.

"Kita boleh tengok berapa banyak tanah milik Umno. Sekarang ini dia berbalah kita dapat tengok dengan jelas berapa banyak tanah Umno. Kalau tak kroni tak dapat, dia bagi harta pada puak dia," katanya.

Menurut Suhaimi, perbezaan ketara dalam corak pemerintahan antara kerajaan yang dikuasai Umno BN dengan kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat atas isu memberikan kebajikan perlu dinilai rakyat dengan bijak.

"Di Selangor rakyat Selangor dapat air percuma bulan Jun ini tetapi pemimpin Umno kata itu satu pembaziran. Kita tak tahu macam mana otak pemimpin Umno bila kita bantu rakyat dia kata pembaziran. Ini pasal tak ada dalam otak dia nak bantu rakyat.

"Di Kedah, bila kita, PAS dan Pakatan Rakyat perintah, Menteri Besar Kedah umumkan penurunan cukai tanah 25-75 peratus. Di Pulau Pinang guru agama naik gaji sebab itu kita katakan rakyat akan untung besar jika berani buat perubahan," katanya.

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: