Recent Posts

Recent comments

Showing posts with label SPR. Show all posts
Showing posts with label SPR. Show all posts

Anwar Sedang Mendahului

Permatang Pauh (BebasBersuara): Kiraan undi terkini menunjukkan Anwar Ibrahim sedang mendahului semua peti undi. Secara tidak rasminya Anwar Ibrahim boleh diishtiharkan sebagai pemenang.

[Lagi berita menyusul kemudian]

[8.20mlm] Kini kawasan yang dikhaskan untuk penyokong UMNO telah hampir kosong.

[9.00mlm] Keputusan tidak rasmi yang diterima adalah Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,949 undi manakala calon BN mendapat 14,297 undi manakala calon bebas hanya 74 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 17,652 undi.

Rashid SPR syok sendiri

KUALA LUMPUR (BebasBersuara) : Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman nampaknya seolah-olah sedang syok sendiri apabila mengatakan imej SPR telah melonjak naik. Dalam laporan kosmo.com.my yang dipetik berkata

"Memang imej dan kredibiliti SPR melonjak dengan mendadak selepas keputusan pilihan raya diumum.

"Malah ramai yang menelefon serta menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) mengucapkan terima kasih kerana berlaku adil termasuk dari kalangan calon parti-parti yang bertanding,'' katanya ketika dihubungi semalam.


src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js"

type="text/javascript">

Nampak gayanya Rashid sangat pandai memanipulasi keadaan ketika kekalahan BN hangat diperkatakan. Umum mengetahui bahawa integriti dan tahap kepercayaan masyarakat telah berkurangan akibat dari tindakannya yang dilihat lebih menjurus kepada BN. Ini berikutan dari tindakannya yang membatalkan penggunaan dakwat kekal ketika hari pengundian cuma berbaki 2 hari sahaja. Sedangkan dakwat kekal tersebut telah dibeli dengan kos hampir RM2.5 juta.

Rentetan dari sikapnya yang berat sebelah ini lah antara punca rakyat hilang percaya terhadap ketelusan SPR.

Pada malam pengumuman kemenangan di TV3, jurukamera telah fokus kearah Rashid yang dalam keadaan muka seolah-oleh sedang marah. Samada kejadian disengajakan, tidak dapat dipastikan. Tapi yang pasti ketika jurukamera sedang fokus kearah Rashid, ketika krew masih lagi sedang "setting" microfon dan kamera. Seraya Rashid bertanya samada sudah selesai "setup" atau belum.

Dengan muka yang kelihatan seolah-oleh cacing kepanasan, Rashid mengumumkan kepada media berkenaan kemenangan calon-calon yang terlibat. Secara tidak sengaja wartawan telah mengajukan soalan "berapakah kerusi yang dimenangi oleh pembangkang?". Dengan nada marah Rashid menjawab "Itu saya tak tau! Tak ada tulis kat kertas ini!".

Semoga Rashid akan tenang selepas ini. Amat memalukan disaat-saat akhir sebelum bersara, BN telah tewas dan Rashid masih boleh mengatakan bahawa imej dan integriti SPR naik mendadak!

Identiti dua pengundi dicuri hantu di Rawang

Di Dun Rawang, Selangor, Cikgu Razak memaklumkan bahawa dua orang pengundi dihalang dari mengundi setelah mendapati identiti mereka dicuri oleh ‘hantu’ untuk membuang undi di Pusat Undi Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) San Yuk, Rawang pada pukul 10.30 pagi tadi. Kecurian identiti ini ini disahkan oleh SPR.

==>> Lagi berita klik disini

Salah seorang daripada mangsa kecurian tersebut enggan bekerjasama setelah diugut oleh seorang pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat rendah agar tidak memfailkan laporan polis. Jentera parti digerakkan untuk memburu pegawai polis terbabit. Berita diterima pukul 12.57 tengahari. Laporan penuh akan menyusul.

Pada ketika ini, KeADILan sedang berusaha mendesak agar saluran dua Pusat Undi San Yuk ditutup, atau proses pengundian seluruh pusat mengundi San Yuk dihentikan, sehingga pihak SPR daerah datang meneliti, menyiasat dan menangani isu ini.

Dalam perkembangan yang sama, Cikgu Razak memberitahu KeADILan sudah membuat laporan polis di Balai Polis Rawang berkenaan campurtangan polis terhadap proses pengundian. Salinan laporan akan diserahkan kepada pihak SPR di peringkat daerah dan negeri.

8 Mac penentu segalanya!!

KUALA LUMPUR (BebasBersuara) : Rakyat diminta keluar mengundi pada esok hari bagi menetukan tampuk pemerintahan negara. Tindakan rakyat yang memboikot pilihanraya diharapkan tidak dilakukan kerana ini pasti akan memberikan kemenangan mudah kepada Barisan Nasional.

Walaupun kelihatan seperti ada unsur-unsur sabotaj kepada parti pembangkang, rakyat diingatkan agar menjaga tingkah laku sepanjang tempoh mengundi. Jangan ada tindakan yang berbau provokasi kerana ini akan merugikan negara. Biarlah kita "berperang" sebelum mengaku kalah kepada Barisan Nasional.

Rakyat yang keluar mengundi juga diingatkan agar mengundi dengan bijak agar tidak menghina bangsa dan agama sendiri. Jadilah bangsa yang bermaruah. Elakkan diri dipergunakan oleh BN.

Ingatlah hari ini meraka mampu membayar anda dengan nilai yang tidak seberapa, tetapi jangan dilupa bahawa BN akan "memancung" anda selepas pilihanraya. Cara yang agak mudah iaitu dengan kenaikan harga-harga bahan api, barang runcit dan barang keperluan harian lain. Inilah waktu untuk anda berubah!! Pastikan negara ini menjadi milik rakyat dan bukannya milik kroni dan ahli keluarga BN sahaja!!

PRU ke 12 - MASA UNTUK BERUBAH!!

Ekoran sabotaj BN, PAS cetak 1 juta Harakah, edar percuma pada rakyat

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Akhbar Harakah akan dicetak sebanyak 1 juta naskhah dan akan diedarkan secara percuma kepada rakyat di seluruh negara esok.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar yang menyatakan hal tersebut adalah kesan daripada reaksi takut dan cemas pihak Umno-BN terhadap laporan yang disiarkan pada muka surat belakang keluaran terbaru akhbar itu.

Image "Kenyataan Tun Dr Mahathir yang disiarkan Harakah telah menimbulkan reaksi yang menakutkan pihak Umno-BN sehingga memaksa mereka bertindak membeli akhbar tersebut secara luar biasa di seluruh negara.

"Pendapat Tun saya umpamakan boleh menjadi tsunami kepada senario politik tanah air, sebab itu Umno-BN jadi begitu," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau mendapat maklumat daripada banyak pihak mengenai masalah kesukaran mendapatkan akhbar tersebut di merata tempat termasuklah di kawasannya iaitu pekan Pokok Sena, Kedah.

"Kita dapat mengesan bahawa pihak yang membeli Harakah adalah orang Umno secara pukal di kedai-kedai. Bahkan saya mendapat maklumat daripada seorang peniaga Harakah yang didatangi orang Umno-BN yang berhasrat membeli kesemua akhbar yang dijualnya, tetapi beliau enggan menjualkannya," katanya.

Menceritakan situasi yang berlaku, Mahfuz berkata ia sesuatu yang pelik apabila akhbar tersebut habis dijual menjelang jam 10.00 atau 11.00 pagi kerana ia tidak pernah terjadi.

Berdasarkan maklumat yang diterima Harakahdaily, banyak pelanggan Harakah mengadu sukar mendapatkan akhbar tersebut di beberapa tempat seperti di utara, selatan, barat dan tengah semenanjung Malaysia lalu mengesyaki sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

"Saya percaya ia adalah disebabkan oleh kenyataan Tun Mahathir tersebut memandangkan beliau yang berpengalaman menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun mendakwa rekod Abdullah Ahmad Badawi sebagai terburuk ekoran kegagalan pentadbiran negara sepanjang empat tahun lalu," ujarnya.

Bahkan ujarnya, isu-isu yang dimuatkan Harakah juga dipercayai boleh mempengaruhi pengundi khususnya isu yang gagal dijelaskan oleh media tajaan Umno-BN pada pilihan raya 8 Mac ini.

"Sudahlah media arus perdana dilacurkan, SPR diperkudakan, kini mereka kian terdesak sehingga sanggup melakukan apa sahaja," katanya lagi.

Bagaimanapun, akhbar Harakah masih boleh didapati di Pejabat Harakah, Jalan Pahang Kuala Lumpur, atau menghubungi talian 03-4021 3343.

Doa Tuan Guru Nik Aziz

"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."

Orang Ramai Simbah Rumah Rashid Dengan ‘Dakwat Kekal’

TERKINI: Pagar dan lantai rumah Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Abdul Rashid Abdul Rahman di Bukit Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur, disimbah cat merah awal pagi ini (6 Mac) oleh orang ramai yang tidak berpuas hati berhubung isu dakwat kekal.

Pada 4 Mac lalu, Abdul Rashid mengumumkan SPR menarik semula rancangan untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam proses pengundian. Ketika ditanya wartawan, beliau berkata keputusan itu dibuat atas alasan ia mengganggu-gugat keselamatan negara; serta melanggar hak-asasi pengundi-pengundi yang tidak mahu jarinya dicop dakwat itu.

Penggunaan dakwat kekal dicadangkan bagi menangani gejala pengundian berulang-kali, penyamaran identiti dan penipuan undi.

Perbuatan menyimbah tiga tin kecil cat merah di depan pagar rumahnya di Lorong Bukit Pantai 7, Lembah Pantai itu dipercayai dilakukan tiga lelaki kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

Sebagai respon kepada tindakan mengejut kerajaan itu, pegawai-pegawai kanan badan pemantau pilihanraya Mafrel bertindak menarik diri dari PRU-12. Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) mengkritik tindakan SPR itu, dan badan hak asasi manusia dunia, Human Rights Watch turut membidas SPR dan menjangka PRU-12 akan menjadi pilihanraya terkotor dalam sejarah.


Kenapa slip daftar pemilih SPR, Umno berbeza nombor siri?

TEMERLOH, 5 Mac (Hrkh) - Ketua Unit Peti Undi Labak, Ustaz Abu Hassan AL Asaari mempersoalkan tindakan Umno menghantar slip daftar pemilih kepada pengundi yang berbeza nombor sirinya dengan slip Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

==>> Lagi berita klik disini

Menurut Abu Hassan, beberapa pengundi yang menerima slip daftar saluran mengundi daripada Umno telah membuat semakan di internet melalui laman web SPR tetapi mereka terkejut apabila mendapati nombor siri slip berkenaan didapati berbeza dengan nombor siri SPR.

Abu Hassan memberi contoh, seorang pengundi bernama Shahanuddin Abu Bakar, No.kad pengenalan 670916 06 5051, no sirinya 847 tetapi apabila disemak dengan laman web Spr No sirinya ialah 677.

"Kita bimbang perbezaan maklumat itu akan menyukarkan pengundi mencari nama dan saluran tempat mengundi pada hari pembuangan undi.

"Saya hairan kenapa terdapat perbezaan no siri antara daftar pemilih Umno dengan daftar pemilih SPR sedang daftar tersebut datang daripada SPR," ujar Abu Hassan.

Selain dari Shahanudin, pihak BA mengesan beberapa orang lagi yang menghadapi masalah sama.

"Saya mahu SPR menjelaskannya seberapa segera sebelum hari mengundi," katanya.

SPR dan Rashid perlukan Viarga

KUALA LUMPUR (BebasBersuara): Rakyat kesal dengan keputusan yang diumumkan oleh Rashid yang dilihat hanya bertujuan menghalalkan kemenangan BN. Keputusan membatalkan penggunaan dakwat kekal hanyalah satu alasan yang tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia yang umum mengetahui bahawa pembelian dakwat tersebut menyebabkan pembaziran wang rakyat sebanyak RM 2 juta.

Ketika mengumumkan pembatalan tersebut, Pak Rashid menekankan bahawa ia adalah kerana soal keselamatan negara yang seperti tidak logik untuk diterima akal. Bagi rakyat perkara seperti ini haruslah difikirkan demi menjaga hati rakyat Malaysia.

Kini, slogan 'Selamat, Aman, Makmur 'yang menjadi raja dihati pemimpin BN sudah tidak layak untuk diterima rakyat memandangkan jaminan keselamatan negara sudah tidak dapat diberikan oleh BN. Mungkinkah anggota keselamatan dan kastam sama-sama mengikut jejak Pak Lah (tidur ka?). Kenyataan Pak Lah juga seolah-olah menghina pasukan keselamatan terbabit dimana ia juga dibawah kementerian Pak Lah.

Agaknya itulah Viagra yang diperlukan oleh BN dan juga SPR untuk pilihanraya ke 12 ini.

SPR jangan bodohkan rakyat dengan alasan tidak logik - Husam

KOTA BHARU, 5 Mac (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat kekal pada kuku dan jari dalam pilihan raya umum kali ini boleh dianggap bertujuan memudahkan Barisan Nasional (BN) melaksanakan pengundian bertindih.

==>> Lagi berita klik disini

"SPR membuka jalan kepada BN untuk menang dengan cara yang sangat terdesak - membolehkan BN menggunakan apa jua cara untuk melintasi halangan kebangkitan rakyat," katanya.

Beliau mengingatkan SPR supaya jangan memperbodohkan rakyat dengan alasan "yang sangat tidak logik".

"Rakyat India boleh faham, takkan rakyat Malaysia di bawah kerajaan cemerlang, gemilang dan terbilang tak reti. Rakyat semakin cerdik, jangan diperbodohkan," katanya.

Bagi beliau, kalaupun benar dakwaan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman kononnya empat individu yang dikatakan sudah membeli dakwat khas dari luar negara untuk dicalit pada kuku pengundi sebelum hari pengundian, penggunaan dakwat kekal itu tidak sepatutnya dibatalkan.

"Kalau ada sekeping duit palsu, takkan bakar semua duit," katanya.

Sambil menyifatkan dakwaan kononnya ada pihak yang telah membeli dakwat khas dari luar negara sebagai imaginasi liar, Husam mempersoalkan mengapa SPR tidak memikirkan kemungkinan tersebut sebelum ini.

"Dulu tak fikir. Beli dakwat berjuta-juta, baru fikir. Macam (keputusan) membina jambatan bengkok (ke Singapura)," katanya.

Ketika ditanya apakah kejutan SPR yang seterusnya selepas pembatalan penggunaan dakwat kekal itu, Husam sekadar menjawab: "Mereka memerlukan viagra".

SPR tipu rakyat Malaysia hidup-hidup

BACHOK, 5 Mac (Hrkh) – ‘Tipu hidup-hidup’ - lapor akhbar Siasah sebelum ini terhadap ‘main silap mata’ Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap cadangan penggunaan dakwat pada pilihan raya umum ini.

==>> Lagi berita klik disini

Akhirnya ia benar-benar menjadi kenyataan apabila Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat pada kuku atau jari pengundi semalam.

Sebelum ini SPR seperti tidak yakin dengan keputusannya sendiri bagi menggunakan dakwat, apabila tidak melakukan sebarang pindaan terhadap akta pilihan raya.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, SPR akhirnya terbukti tunduk terhadap desakan Umno dan Barisan Nasional setelah melihat gelombang kebangkitan rakyat tidak lagi berpihak kepada mereka.

“Tekanan yang begitu hebat terhadap Umno dan BN akhirnya menyebabkan SPR sebuah badan yang kononnya didakwa bebas terpaksa akur dengan kehendak pemerintah.

“Andaian yang dibuat banyak pihak sebelum ini termasuk Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) sudah menjadi kenyataan sekarang hanya dua hari lagi menjelang hari mengundi,” katanya di sini.

Semalam SPR mengumum membatalkan cadangan penggunaan dakwat pada kuku atau jari pengundi pada pilihan raya kali ini.

Pengerusinya, Abdul Rashid dilaporkan berkata, laporan keselamatan yang diterima SPR mendedahkan terdapat pihak tertentu di Malaysia telah membeli dakwat di luar negara untuk dicalit pada kuku pengundi di luar bandar.

Nasharuddin yang juga calon PAS di parlimen Bachok berkata, SPR membuat keputusan di saat-saat akhir selepas melihat mood rakyat semakin membara untuk menolak BN.

“Apa yang dilakukan SPR secara jelas terpaksa tunduk terhadap desakan pemimpin Umno dan BN. Ini sesuatu yang cukup memalukan bagi sebuah badan yang mendakwa dirinya sebagai bebas,” katanya.

Pengarah Mafrel Wilayah Timur, Dr Abdul Halim Yusof turut melahirkan rasa kecewa di atas keputusan terbaru SPR membatalkan penggunaan dakwat pada hari mengundi Sabtu ini.

Katanya, banyak pihak termasuk Mafrel cuba menyakinkan rakyat terhadap SPR, namun dengan pembatalan penggunaan dakwat masyarakat tambah mencurigai peranan badan itu.

“Sebelum ini pun sudah banyak pihak melahirkan tidak puas terhadap SPR yang kelihatan tidak telus dalam pengendalian perjalanan pilihan raya di negara ini.

“Dan dengan pengumuman membatalkan penggunaan dakwat semalam kepercayaan orang ramai terhadap SPR terus pudar,” katanya.

Menurutnya juga Matrel akan membuat sidang akhbar mengenai pembatalan penggunaan dakwat oleh pengerusinya, Abdul Malek Hussin di pejabat Jemaah Islam Malaysia di Kuala Lumpur jam 2 petang ini.

Bekas ketua pemuda Umno bahagian di Kelantan memberitahu alasan yang diberi SPR atas aspek keselamatan bagi membatalkan penggunaan dakwat langsung tidak masuk akal.

“Siapa sebenarnya dimaksudkan membeli dakwat di luar negara seperti dituduh pengerusi SPR. Rakyat mahu SPR mendedahkan nama-nama orang yang terlibat dan bukannya membuat kenyataan secara rambang.

“Orang ramai pun belum tengok lagi jenis dakwah yang dibeli SPR sebelum ini. Kalan bukan orang dalam siapa lagi yang terlibat dalam dakwaan sabotaj itu.

“Berdasar kepada kenyataan SPR seolah-olah mereka cuba menunding jari kepada pembangkang di atas kegagalan SPR dan kerajaan sendiri,” katanya.

Kenyataan PM hina kastam dan polis, gambarkan manifesto BN lemah

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) - Pengakuan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa pembatalan penggunaan dakwat celup jari oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas alasan soal keselamatan dan faktor penyeludupan bahan itu hanya menghina pasukan polis dan kastam.

==>> Lagi berita klik disini

Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, kenyataan itu seolah-olah menuduh dua pihak berkuasa ini seperti tidak boleh mengawal keselamatan sehingga ia terpaksa dibatalkan kerana aspek keselamatan.

Kenyataan bahawa adanya unsur seludup dakwat itu dan ia dibatalkan kerana soal keselamatan sekaligus juga menafikan ikrar BN dalam manifestonya 'Selamat Aman Makmur', katanya.

"Kedua-dua badan ini (kastam dan polis) adalah agensi di bawah kementerian yang dikepalai Abdullah.Ini bermakna Abdullah menghina kakitangan kementeriannya, selain mengesahkan bahawa keselamatan di bawah BN tidak terjamin," kata Mahfuz.

Kata Mahfuz, rakyat dan anggota keselamatan perlu melihat bahawa sebenarnya kerajaan Umno/BN tidak mampu mengotakan manifestonya terutamanya soal keselamatan.

Justeru rakyat perlu menolak kerajaan pimpinan Abdullah ini yang sudah ternyata tidak mampu mengotakan ikrar dalam manifestonya terutama dalam soal keselamatan.

Beliau turut mengutuk pembatalan penggunaan dakwat oleh SPR itu disaat akhir.

Beliau menyifatkan pengumuman ini adalah menunjukkan usaha terdesak Umno/BN untuk menyelamatkan mereka dari kekalahan.

SPR semalam memutuskan penggunaan dakwat pada kuku semasa pengundian pada pilihan raya umum 8 Mac ini dibatalkan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman membuat pengumuman itu pada sidang akhbar di sini yang turut dihadiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Batal celup dakwat, Rashid perlu letak jawatan !

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) - Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat celup jari semasa hari pembuangan undi 8 Mac ini disifatkan sebagai langkah untuk menyelamatkan Barisan Nasional (BN) semata-mata.

==>> Lagi berita klik disini

Dalam respons awal Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng mendesak Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang sering dipertikai integritinya meletak jawatan segera berikutan pembatalan itu.

Pengerusi SPR, membuat pengumuman tersebut dengan bersama-sama dengan Peguam Negara, Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan.

DAP katanya, mengecam keras tindakan itu kerana ia sekali lagi mengkhianati amanah rakyat, kerana SPR sebelum ini menyatakan bahawa badan itu benar-benar telus dan adil dalam mengendalikan proses pilihan raya.

Namun, segala kenyataan itu sebenarnya satu penipuan, selepas SPR sekali lagi membuat tindakan yang hanya akan memberi faedah besar kepada BN sahaja, kata Lim hari ini.

"Pembatalan awal ini membayangkan bahawa SPR sebenarnya tidak ada komitmen untuk menjalankan proses pilihan raya di negara ini secara telus, adil dan wibawa," katanya.

Beliau juga mengutuk alasan SPR berhubung pembatalan penggunaan dakwat itu di saat akhir, selain mempersoalkan pembaziran RM2 juta wang rakyat untuk membeli 47,000 botol dakwat tersebut.

Beliau seterusnya menggesa masyarakat negara ini serta antarabangsa mengutuk dan memprotes tindakan SPR ini yang hanya mengesahkan bahawa badan itu sebenarnya dipergunakan sebagai jentera memenangkan BN.

Sementara itu, Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) dalam satu kenyataan awal kepada penyokong berkata, berikutan dengan pengumuman SPR untuk membatalkan penggunaan dakwat kuku, semua penyokong Bersih diminta bertenang.

Tindakan Rashid mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat kuku empat hari sebelum hari mengundi dilihat sebagai satu unsur provokasi yang boleh membangkitkan kemarahan penyokong-penyokong parti pembangkang dan Bersih.

Sebelum ini, Bersih mendapat laporan bahawa t-shirt badan itu telah dicetak sebanyak 2000 helai di Klang , Selangor oleh pihak yang disyaki penyokong BN.

Baju berkenaan dikatakan akan digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan huru-hara yang boleh merosakkan imej pembangkang.

Jesteru itu, penyokong-penyokong Bersih diminta agar tidak terpengaruh dengan sebarang tindakan provokasi dan menunggu kenyataan rasmi daripada pimpinan Bersih.

Pembatalan Penggunaan Dakwat Kekal - Keadilan Online

Dengan keputusan terkini Suruhanjaya Pilihanraya membatalkan penggunaaan dakwat kekal, tidak ada sebab untuk rakyat menafikan bahawa wujud kerjasama SPR dan Barisan Nasional (BN) untuk menghalalkan penipuan di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

==>> Lagi berita klik disini

Meskipun pelbagai jaminan diberikan dan kesilapan yang berlaku dengan ketara, kini jelas terbukti bahawa Tan Sri Rashid kini terlibat untuk melaksanakan perjalanan Pilihanraya Umum ke-12 dalam keadaan integrity pilihanraya tercabul sepenuhnya.

Menggunakan alas an ‘arahan awam’ dan ‘keselamatan’ juga adalah alasan yang amat tidak munasabah, di mana alasan ini adalah selari dengan alasan-alasan yang diberikan seluruh dunia oleh pihak yang mahu menafikan kebebasan demokratik.

BERSIH yang bukan sekadar mewakili parti-parti politik tetapi juga lingkungan besar badan-badan masyarakat telah berkempen sepenuh upaya untuk memastikan perlaksanaan dakwat kekal diimplementasi untuk memerangi gejala pengundi hantu.

Ada di kalangan calon-calon yang telah menyaksikan pelbagai penipuan di dalam proses pengundian pos, dan mendedahkan ratusan malah ribuan alamat-alamat yang tidak sah, pengundi yang telah mati dan juga pengundi yang berusia lebih daripada 100 tahun di dalam daftar pengundi. SPR telah menafikan sepenuhnya tuntutan BERSIH untuk menyelesaikan masalah-masalah ini dan kini tuntutan ketiga BERSIH juga telah dinafikan.

Pada ketika ini di saat seluruh dunia memerhatikan kita, SPR akhirnya telah menunjukkan sebenar-benarnya bahawa sebarang usaha ke arah reformasi untuk memperbetulkan system dalam waktu yang begitu penting dan mendesak, SPR akan ‘cuci tangan’ demi menurut kehendak penguasa politik yang rakus.

KeADILan, bagaimanapun melihat satu indikator positif daripada perkembangan ini. Kelihatan perisik-perisik BN sudah jelas menunjukkan bahawa akan wujud kecenderungan rakyat yang sangat besar kepada pembangkang, lantas terdesak untuk menggunakan saluran pengundi hantu dan pelbagai kaedah penipuan lain untuk mengurangkan risiko kekalahan yang mereka ramalkan. BN pastinya tidak akan memberi ruang.

Kami mendorong dan menyeru kepada semua penyokong dan indidvidu yang bersimpati kepada pembangkang untuk memperkukuhkan tekad dan usaha mereka untuk kita menggempur fasa terakhir pilihanraya ini demi menyebarluas kempen ke arah Malaysia yang lebih baik.

Dr Syed Husin Ali
Timb Presiden KeADILan

Reaksi Pembangkang Pembatalan Dakwat Kuku

KOTA BHARU, 4 Mac (Hrkh) - Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat pada kuku dalam pilihan raya umum 8 Mac ini mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi amat terdesak untuk mendapat mandat yang beliau anggap selesa bagi meneruskan pemerintahan beliau yang sepatutnya sepenggal sahaja, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.


==>> Lagi berita klik disini

Tindakan itu, katanya, boleh dituduh mempunyai tujuan untuk membolehkan pengundi-pengundi yang ditaja oleh Barisan Nasional (BN) mengundi berikali-kali untuk memastikan kemenangan parti itu.

Tindakan itu juga sekaligus menyebabkan ramai pihak semakin yakin bahawa kad-kad pengenalan palsu telah dikeluarkan secara besar-besaran untuk membolehkan seseorang pengundi mengundi sehingga berkali-kali, katanya lagi.

Malah, kata Mahfuz, pembatalan itu mengesahkan jangkaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa pilihan raya kali ini adalah yang paling kotor dalam sejarah.

Petang ini, dalam sidang akhbar di sini yang turut dihadiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Pengerusi SPR, Tan Sri Ab Rashid A Rahman mengumumkan bahawa SPR memutuskan penggunaan dakwat pada kuku semasa pengundian pada pilihan raya umum 8 Mac ini dibatalkan.

"Penggunaan dakwat pada kuku boleh membantu mengelakkan pengundian berkali-kali oleh seseorang pengundi yang ditaja oleh pihak yang mempunyai kuasa. Pembangkang tidak ada kuasa.

"Sebab itulah tindakan ini boleh dituduh mempunyai tujuan untuk membolehkan "hantu- hantu" tajaan Perdana Menteri dan BN, yang dibekalkan dengan kad-kad pengenalan yang dikeluarkan secara besar-besaran, mengundi berkali-kali," katanya ketika dihubungi.

Tindakan SPR itu juga mengesahkan bahawa BN berada dalam keadaan yang sangat terdesak berikutan kebangkitan rakyat yang sudah tidak tahan lagi menanggung kesengsaraan selama empat tahun di bawah pemerintahan Abdullah.

"Bagaimana hendak menafikan bahawa BN khususnya Perdana Menteri yang mengarahkan pembatalan penggunaan dakwat kuku itu?

"Bagaimana hendak menafikan bahawa BN khususnya Perdana menteri telah mengarahkan supaya disediakan kad-kad pengenalan palsu untuk membolehkan pecacai-pecacai upahan mereka mengundi berkali-kali demi menjamin mandat kepada kepimpinan Perdana Menteri tidak dipersoalkan oleh ahli-ahli Umno sendiri selepas ini?" beliau mempersoalkan.

Beliau menyeru Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan perlantikan Abdul Rashid dan ahli-ahli SPR yang lain supaya campur tangan untuk menyelamatkan rakyat dari terus dihina dengan pembohongan-pembohongan SPR khususnya Abdul Rashid.

"Dulu kata hendak pakai dakwat pada kuku, lepas itu kata ia hanya pilihan dan sekarang membatalkan pula. Mula-mula kata mesti matikan setem pada borang pencalonan dan selepas itu kata tidak perlu pula. Suruhanjaya pembohong seperti ini memalukan Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan perlantikan mereka.

"Saya menyeru Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya campur tangan," katanya.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bangkit menentang penghinaan SPR ke atas mereka

Penggunaan Dakwat Dibatalkan

KUALA LUMPUR(4 mac 2008): Pengerusi SPR hari ini membatalkan penggunaan dakwat kuku berikutan tertangkapnya empat individu di Perlis dan Kelantan. Empat individu terbabit adalah peniaga yang didakwa membeli dakwat dari luar negara bertujuan untuk digunakan kepada pengundi di luar bandar atau pendalaman yang kurang faham terhadap penggunaan dakwat kuku.

Beliau berkata bahawa individu-individu tersebut berniat mengucar-kacirkan keadaan dan menimbulkan kekakutan dikalangan pengundi.

BebasBersuara berpendapat bahawa kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku disaat-saat genting hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Untuk rekod, SPR telah menolak sekeras-kerasnya penggunaan dakwat kuku sebelum Bersih bertindak menghantar memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong sebelum ini.

Dengan membatalkan penggunaan dakwat kuku ini maka "Pengundi Hantu" akan terus berleluasa pada pilihanraya kali ini. Benarlah kata pembangkang bahawa pilihanraya kali ini mungkin akan menjadi yang terkotor dalam sejarah pilihanraya Malaysia. SPR telah merialisasikan apa yang didakwa oleh pembangkang selama ini.

SPR dibidas, lebih 8,600 pengundi berusia 100 tahun!

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak mempunyai alasan sama sekali untuk menyatakan tidak sempat mengeluarkan nama 8,666 pengundi berusia lebih 100 tahun dari daftar pengundi yang sebenarnya sudah meninggal.

==>> Lagi berita klik disini

Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali berkata perkara tersebut telah ditimbulkan oleh KeADILan berkali-kali sebelum dan semasa pilihanraya kecil Ijok lagi.

"Sekiranya SPR telus serta bertanggungjawab, mereka sepatutnya sudah lama membetulkan segala yang salah.

"Kami mendapat laporan daripada ramai sekali pengundi bahawa nama mereka telah dipindahkan ke tempat lain di merata Semenanjung, termasuk Sabah dan Sarawak, walaupun mereka masih tinggal dalam kawaan Kuala Lumpur dan Selangor," katanya

Malah Syed Husin menjelaskan pengundi lebih 100 tahun dan mereka yang dipindah ke tempat lain dan tidak boleh atau tidak mampu ke sana untuk mengundi, dengan mudah saja boleh diambil tempat mereka oleh pengundi hantu.

"SPR mengetahui tentang hal ini sebab berkali-kali telah dibangkitkan sebelum,semasa dan selepas Ijok oleh KeADILan serta parti-parti lain dan juga oleh Bersih.

"Akan tetapi SPR membiarkannya saja, mungkin kerana hendak memberi peluang kepada Umno-Bn mengambil kesempatan," katanya dalam satu kenyataan media membidas sikap SPR.

Beliau turut mendakwa mendapat laporan bahawa tidak kurang dari 40,000 orang pengundi hantu akan ke Kelantan dari merata tempat di Semenanjung dan juga Selatan Thai dan menggesa SPR memastikan undi-undi hantu ini tidak akan dibenarkan menjalankan 'kerja haram' mereka.

Semalam Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor mengesahkan terdapat 8,666 pengundi berusia 100 tahun ke atas tersenarai dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) 2007 yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 5 Februari lalu dan akan diguna pakai pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Pengundi berkenaan paling ramai didaftarkan di Sabah iaitu 2,096 orang; diikuti Sarawak (1,458); Johor (976); Perak (959); Selangor (549); Pulau Pinang (442); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (367), Kedah (356) dan Wilayah Persekutuan Labuan (46).

#%&* To SPR

Adakah ini namanya pengundi hantu yang dipertikaikan oleh pembangkang? Anda semak sendiri

terbukti!PEngundi hantu???? sila semak no i/c dibawah ….
SEmua diharap berjaga-jaga….

  1. 801018775059
    800311086231
    811028045577
    830416610017
    841207065917
    851222740019
    850513106435
    851117106729
    850802106378
    850916086838
    860320145365
    861101105077
    860208145701
    860320145357
    861217145011
    860126145839
    871205740015
    870914105781
    870418105790
    871016146308
    881231100432
    881103750027
    880505066047
    880906087033
    881030136332
    891102740096
    891129740088
    890520610089
    890112146416
    890920076065
    890403615016
    910609755079
    920622710069
    920612740045

Gara-gara batal duti setem, Rashid 'takut' jumpa calon PAS

PUTRAJAYA, 25 Feb (Hrkh) - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman enggan berdepan dengan calon-calon PAS ketika menyerahkan memorandum bantahan berhubung pembatalan 'duti setem' tidak sampai 24 jam sebelum hari penamaan calon.

==>> Lagi berita klik disini

Dalam rombongan itu, Calon Parlimen Kuala Terengganu, Mohamad Sabu; Calon Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali; calon Parlimen Tanjung Karang, Hanipa Maidin dan calon Parlimen Putrajaya, Mohammad Nor Mohamad yang tiba di lobi SPR meminta Pegawai Perhubungan Awam (PR) SPR membawa mereka untuk bertemu dengan Abdul Rashid.

Bagaimanapun PR SPR Sabri Said memberitahu beliau hanya dibenarkan menerima memo bantahan daripada PAS di lobi sahaja.

Kata-kata Sabri itu, membuatkan Mohamad Sabu, Hanifa, Lo'Lo' tidak berpuas hati dan mendesak Sabri untuk memanggil Abdul Rashid turun bertemu mereka atau mereka bertemu Abdul Rashid.

Keadaan menjadi sedikit kecoh apabila Sabri terus menegaskan beliau menerima arahan untuk menerima memo di lobi sahaja selepas beliau menghubungi Rashid melalui telefon bimbitnya.

"Sila panggil dia turun, atau kami yang naik, apa..SPR ni..biadap, pilihan raya kali ini lebih teruk dan kotor daripada tahun 2004," kata Mohamad Sabu dengan nada marah.

"Tak ada, tak ada... kami nak jumpa dia sekarang! Telefon dia sekarang atau biar kami bercakap dengan dia," tegas Hanipa Maidin.

"Sekejap cakap nak duti setem, kejap cakap tak perlu duti setem, bila Umno tidak mampu buat duti setem, SPR terus batalkan arahan itu," tambah Hanipa yang mahukan penjelasan daripada Abdul Rashid sendiri berhubung perkara itu.

"Kalau dia tak mahu jumpa kami boleh kami bercakap dengan dia atau ada mana-mana 'line' telefon di sini boleh sambungkan kepada dia, kami nak bercakap dengan dia juga," celah Dr Lo' Lo'.

"Kenapa beliau tidak mahu jumpa dengan kami, atau SPR takut untuk berdepan dengan kami, kami nak jumpa orang yang mengeluarkan arahan kepada kita, dia (Rashid) yang keluarkan surat itu jadi dia berhak untuk memberi penjelasan," kata Dr Lo'Lo'.

Keadaan bertambah tegang, apabila Sabri memaklumkan kepada rombongan PAS mereka tidak akan menerima memo itu jika PAS berkeras untuk berjumpa dengan Abdul Rashid.

Bahkan Sabri turut mengarahkan beberapa pegawai keselamatan untuk menghalau rombongan PAS kira-kira 30 orang.

Atas sikap Pengerusi SPR yang enggan bertemu dengan PAS itu, Mohamad Sabu bertindak mengoyak kertas memo yang hendak disampaikan kepada Abdul Rashid di depan lobi kemudian melempar cebisan kertas itu di situ.

Sebelum ini, SPR mengarahkan calon yang bertanding mendapatkan pengesahan duti setem, arahan itu dikeluarkan pada jam 3 petang hari Khamis (21 Februari 2008).

Bagaimanapun, SPR juga membatalkan arahan tersebut pada tengah malam hari Sabtu iaitu beberapa jam sebelum penamaan calon.

Arahan tersebut tidak dimaklumkan kepada calon-calon pembangkang di kalangan PAS menyebabkan PAS membuat bantahan di lima kerusi Dun Marang dan Parlimen Titiwangsa kerana tidak mengetahui arahan memansuhkan 'duti setem' itu.

PAS terkejut bantahan mereka ditolak kerana 'duti setem' itu terus dimansuhkan melalui surat yang ditunjukkan oleh wakil SPR ketika penamaan calon di Marang. -

SPR cuba banyakkan 'menang tanpa bertanding' di pihak BN?

APABILA Pengawai Pengurus Pilihan raya bagi Parlimen Titiwangsa enggan memberikan kerjasama dengan pihak PAS ketika bantahan dibuat, maka tentulah terdapat "sesuatu isu" tersembunyi yang hanya mereka (SPR) sahaja yang tahu.

==>> Lagi berita klik disini

Jika kerja mereka (SPR) profesional dan telus, dan memang sebuah badan bebas tulen, maka tiada sebab pegawai yang bertugas tidak mahu menunjukkan atau membuktikan kepada calon PAS tentang dua bantahan serius yang dikemukakan.

Tiada salah dan cacatnya, jika mereka (SPR) menunjukkan Borang Pencalonan calon BN, Dato' Aziz Jamaluddin Md. Tahir kepada mereka yang membuat bantahan bagi mengesahkan sama ada benar atau tidak calon BN itu tidak mendutistemkan kertas pencalonannya.

Maka, apabila diminta untuk menyemak kesahihan borang itu, mereka (SPR) enggan menunjukkannya - tentu sekali ada yang tidak kena.

Maknanya, borang itu tiada duti stem yang boleh membawa kepada kertas pencalonan tersebut ditolak (jika mengikut pekeliling awal SPR bertarik 21 Februari 2008).

Sikap memihak SPR dalam bantahan berkenaan sama ada calon BN membayar wang deposit pencalonan bernilai RM10,000 menggunakan cek atau bank draf juga ditangani penuh prajudis.

PAS membantah kerana apa yang difahamkan pada peringkat awal, deposit calon BN dijelaskan melalui sekeping cek.

Ini tentulah bertentangan dengan peraturan kerana cek tidak boleh gunapakai sedangkan deposit mestilah dibayar terus ketika penyerahan borang pencalonan tersebut.

Penamaan calon jatuh pada hari cuti hujung minggu, Ahad. Semua bank tutup. Cek tersebut tidak dapat ditunaikan pada hari itu.

Sebab itu ia tidak boleh dibayar melalui cek, kerana tidak semestinya cek tersebut laku. Mungkin cek kosong! Siapa sahaja boleh mengeluarkan cek.

Lazimnya, untuk urusan jual beli, setelah cek benar-benar tertunai, maka barulah jualbeli itu sah. Produk boleh dihantar. Selagi cek tidak clear, maka tiada penghantaran produk dilakukan.

Apabila dibantah, timbul pula kononnya calon BN ini, menjelaskan wang deposit tersebut menggunakan bank draf. Tadi katanya menggunakan cek, kini bertukar sekelip mata.

Isunya, PAS mahu melihat sendiri sebagai pengesahan benar atau tidak, deposit itu dibayar menggunakan bank draf.

Sekali lagi, pegawai bertugas (SPR) enggan memberikan kerjasama yang sepatutnya diberikan kepada bantahan tersebut.

Di manakah nilainya sebuah "bantahan" jika si pembantah tidak dapat mempastikan hakikat sebenarnya dan SPR pula menyorok bahan bukti(pengesahan) yang sepatutnya boleh dilihat dengan mata si pembantah.

Mengapa perlu mengemukakan pelbagai alasan, dan enggan memberi kerjasama yang semudah itu?

Inilah satu lagi "ketololan" Rashid Abdul Rahman dalam mengendalikan SPR. Dan orang inilah yang sangat-sangat dimahukan oleh anak Badawi untuk menjaga badan bebas yang tidak bebas ini!

Apa yang terjadi pada hari penamaan calon, banyak kes dikatakan calon-calon BN tidak mendutistemkan kertas pencalonan mereka.

Walhal, sebelum itu, pekeliling telah dikeluarkan SPR agar semua kertas pencalonan mesti didutistemkan bagi melayakkan mereka menjadi calon. Ini katanya, kehendak perundangan!

Tanpa duti stem, pencalonan seseorang boleh ditolak. Jika pekeliling ini tidak "gila" maka Dr. Lo' Lo' Ghazali yang bertanding di Titiwangsa, sudah patut diistihar menang tanpa bertanding.

Seperti yang terjadi di Marang, Terengganu, kelima-lima calon BN tidak mendutistemkan kertas pencalonan mereka. PAS membuat bantahan berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh SPR itu.

Maka ketika itulah kononnya SPR sudah memansuhkan arahan yang tadinya dikenakan duti setem. Yang peliknya surat arahan dikeluarkan pada 23hb. Februari 2008 yang jatuhnya pada hari cuti hujung minggu, Sabtu.

Bolehkah surat rasmi kerajaan dikeluarkan pada hari cuti umum? Siapa pula mengeluarkannya? Lakukah surat itu?

Ini persoalan baru di sebalik isu duti setem yang dipercayai akan meragut lebih banyak "nyawa calon" dari BN jika ia terus dilaksanakan.

BN dan calon-calonnya memang memandang enteng dalam soal teknikal ini, sebab itu calonnya di Dun Kijang terjerat dengan salahlaku kebankrapan.

Walhal, ia boleh dikesan tetapi calon dan BN Kelantan tidak boleh mengesan perkara ini? Jawabnya mudah, mereka tidak ambil berat!

Apabila niat asal untuk menjerat calon-calon pembangkang tidak kesampaian, maka pekeliling baru terpaksa dikeluarkan kerana sudah dihidu lebih ramai calon BN yang tidak berdutisetem.

Inilah demokrasi ala Malaysia. Dan inilah, Pengerusi SPR yang disifatkan "gila" oleh Mahfuz Omar... Dan Pengerusi SPR inilah yang telah menambah waktu mengundi di Selangor pada pilihan raya umum 1999 dulu.

Pada saya, secara peribadi, penama Tan Sri Rashid Abdul Rahman ini ada sesuatu yang "tidak kena" sama ada pada mentalnya mahupun pada hubungan kerjanya dengan BN.

Apa yang jelas, SPR dan dia tidak profesional, tidak telus, tetapi licik mengisi kepentingan tuannya dari BN!

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: