Recent Posts

Recent comments

Showing posts with label Siapa Derhaka. Show all posts
Showing posts with label Siapa Derhaka. Show all posts

'Bapa Tajol Rosli juga tidak letak jawatan...'

SLIM RIVER, 22 Feb (Hrkh) - Pada 1974, Menteri Besar Perak ketika itu, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaitu bapa bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Tajol Rosli juga tidak meletakkan jawatan walaupun dititahkan oleh Sultan Idris Shah.

[Lagi berita klik disini]

Ketika itu tidak ada satu 'suara' daripada Umno yang mengatakan bahawa keengganan Ghazali itu sebagai menderhaka kepada Sultan bahkan menyokong sebagai tindakan yang mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Demikian dijelaskan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin berhubung sejarah dan isu lantikan dan perletakan jawatan seseorang menteri besar di negeri ini.

Sultan Idris Shah tidak berkenan dengan perlantikan Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua namun atas nasihat beberapa pihak, baginda melantiknya semula dengan syarat hanya selama dua tahun dan dipersetujui namun setelah 'tamat' tempoh, Ghazali tidak meletakkan jawatan.

Sultan ketika itu kata Nizar tidak dapat berbuat apa-apa kerana tertakluk kepada undang-undang negeri yang mana tidak ada kuasa memecat atau mengarahkan menteri besar meletakkan jawatan.

"Bapa Tajol Rosli juga enggan letak jawatan walupun dititahkan Sultan dan mentadbir negeri selama dua tahun, kemudian meletakkan jawatan secara sukarela dengan nasihat Presiden Umno," katanya dalam ceramah di Kg. Serigala, dekat sini semalam.

Malah ketika itu Pemuda Umno mengadakan rapat umum mempertahankan tindakan Ghazali itu dan dilaporkan Pemuda Umno pernah mengeluarkan kenyataan yang bermaksud:"Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden Umno."

Gara-gara keengganan Ghazali itu kata Nizar menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB dan untuk beberapa ketika baginda tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjambang sebagai menzahirkan kemurkaan baginda.

"Ghazali meletakan jawatan menjadi MB Perak hanya setelah dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu (Tun) Hussein Onn pada 1977.

"Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak.

"Sekarang mana dia Tajol Rosli? Senyap saja...iyelah ayah dia pun pernah kena macam ini juga." kata Nizar disambut sorakan ketawa lebih 1,000 hadirin yang membanjiri pekarangan markas PAS Kg Serigala.

Nizar menjelaskan bahawa istilah 'sembah derhaka' yang dipersembahkan kepada Sultan Perak telah disalah tafsirkan sebagai menderhaka akibat manipulasi pihak media yang ingin menjejaskan imej beliau sebagai MB yang sah.

"Itu istilah yang diguna dalam istana dan ketika berhadapan dengan Sultan membawa maksud, tidak setuju bukan istilah yang diguna orang awam sebagai derhaka yang sebenarnya," katanya dan turut yakin orang ramai khususnya rakyat Perak tidak terpedaya dengan 'hasutan' dan tohmahan yang dilemparkan ke atasnya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.-azm _

Reformasi Kedua di Kuala Kangsar

Setelah lebih sepuluh tahun reformasi berkaitan pemecatan Anwar Ibrahim, kali ini berlaku peristiwa seumpamanya berkaitan pemecatan tidak sah Nizar Jamaluddin.

[Lagi berita klik disini]

Jika gelombang reformasi tahun 1998 berlaku di Kuala Lumpur kemudian merebak ke seluruh negara, reformasi kali ini berlaku di Kuala Kangsar dan bakal merebak ke seluruh Perak, malah mungkin ke seluruh negara. Sekiranya reformasi sebelum ini kerana tidak puas hati dengan Dr Mahathir Mohamad, reformasi kali ini disebabkan tidak puas hati dengan Sultan Perak dan pimpinan Umno. Yang sama, kedua-dua reformasi itu tercetus disebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang membuak-buak terhadap ketidakadilan.

Dalam reformasi tahun 1998, Dr Mahathir yang mengukir nama baiknya hampir 18 tahun sekali tersalah tindakannya, nama beliau menjadi busuk dan dibenci oleh ramai rakyat Malaysia.

Demikianlah juga Sultan Perak yang telah memerintah hampir 25 tahun sebagai Sultan yang dihormati, sekali beliau bertindak secara tidak adil rakyat Perak kiri dan kanan sudah mula mencemuh.

Dikatakan Sultan Perak dan Raja Muda begitu terkejut dengan reaksi rakyat Perak menentang tindakan baginda.

Baginda menyangka bahawa rakyat Perak akan akur dengan keputusannya, tetapi peristiwa di Kuala Kangsar ini sememangnya di luar dugaan baginda. Kedudukan baginda sama seperti kedudukan Dr Mahathir pada tahun 1998.

Baginda Raja Muda Nazrin yang menaiki takhta dengan melangkaui giliran pastinya terkejut keretanya telah dibaling batu oleh para penunjuk perasaan. Baginda yang sejak sehari dua ini bertitah dengan tulus dan mulus menyatakan peranan Raja yang mesti mendukung keadilan, dapat melihat sendiri apabila rakyat memberontak setelah dirasakan Raja tidak adil dan berpihak.

Sehari dua ini kalau baginda turun kepada rakyat, tidak mustahil peristiwa yang berlaku kepada Bush akan turut berlaku kepada baginda. Cuma rakyat Perak mungkin tidak baling kasut sebab ramai di kalangan mereka yang tidak berkasut cuma berselipar. Kalau rakyat Perak membaling selipar apalagi jenis selipar jamban, maka sudah tentu Raja Nazrin akan rasa lebih terhina.

Demikianlah juga ayahanda Baginda Sultan Azlan, baginda juga pasti terkejut apabila rakyat sudah berani mempertikaikan kewibawaan baginda. Dalam laman-laman web kutukan demi kutukan telah dilempar kepada Sultan Azlan. Malah lebih mengejutkan lagi dalam web rasmi Sultan Perak, rakyat telah mencaci nista baginda di dalam buku pelawat web tersebut.

Perkataan-perkataan yang dilempar kepada Dr Mahathir, kini dilemparkan pula kepada Sultan Azlan. Sambutan 25 tahun baginda di atas takhta telah dicemari dengan kemarahan rakyat. Sepanjang 25 tahun baginda dihormati, kali ini rakyat tidak lagi menghormati baginda malah dicaci nista oleh mereka.

Dalam artikel kami yang lalu, kami telah menyatakan kalau Sultan Perak memilih untuk untuk menerima pandangan BN, maka sejarah hitam akan terpalit dalam 25 tahun pemerintahan baginda. Rakyat sekarang bukan lagi rakyat yang tidak bijak. Mereka telah mendapat ilmu setaraf dengan baginda, malah mungkin lebih.

Rakyat hari ini telah menolak propaganda media sebagaimana yang dilakukan dalam pilihan raya umum dan dua pilihanraya kecil yang lalu. Mereka telah mendapat berita dari pelbagai sumber.

Minda politik mereka telah beranjak kepada minda politik kelas pertama seperti di negara maju. Golongan yang sebaya dengan Baginda Sultan Perak ramai yang telah kembali menemui Allah, justeru rakyat baginda sekarang benar-benar telah berubah.

Peringatan yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS, supaya Sultan Perak meneliti keputusan baginda supaya selaras dengan kehendak rakyat seharusnya diberi perhatian. Sekiranya tidak peristiwa yang berlaku hari ini adalah natijahnya. Lebih daripada itu, sebagaimana yang disebutkan oleh Mursyidul Am PAS, kemungkinan sistem beraja di negara ini akan turut menjadi sejarah sebagaimana yang telah berlaku di negara-negara lain.

Tindakan baginda dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk di kalangan vateran Umno sendiri seperti Dr Mahathir, Tengku Razaleigh dan Rais Yatim. Demikian juga dengan SUHAKAM, turut mempertikaikan pembentukan kerajaan BN yang tidak sah ini.

Reformasi kali kedua ini mewarisi semangat reformasi kali pertama. Rakyat bangun menyatakan bantahan atas ketidakadilan. Kali ini mereka tidak mempedulikan siapa, kerana jelas kemarahan mereka ditujukan kepada Sultan Perak selain daripada pimpinan Umno.

Biarpun media massa memainkan peranan untuk mengelirukan rakyat bahawa Nizar dan penentang keputusan Sultan ini sebagai derhaka, hari ini telah diterima umum derhaka kepada kezaliman itu sesuatu yang mulia.

Zaman feudalisme dunia dan negara ini telah lama berlalu. Sekiranya Hang Tuah dan Hang Jebat menjadi calon Menteri Besar Perak sekarang, rakyat hari ini akan memilih Hang Jebat.

Sebagaimana propaganda media memburuk Anwar dan mewajarkan tindakan Dr Mahathir semasa reformasi 1998 tidak ditelan oleh rakyat, maka dipercayai propaganda media pada kali ini juga tidak akan berkesan.

Betapa lagi kalau Pakatan Rakyat bertindak bijak sepertimana tindakan mereka tahun 1998 yang lalu. Kalaupun kerajaan haram BN tidak tumbang, nama pemimpin mereka termasuklah nama Istana Perak akan terus buruk di mata rakyat.

Hari ini bukan sekadar zaman feudal telah berlalu, tetapi zaman politik perkauman juga hampir tamat. Faktor ini akan menjadikan reformasi kali kedua ini mungkin lebih berjaya. Cuma mungkin bahangnya hanya dirasai di Perak tidak di negeri yang lain.

Siapa perkauman?

Apabila seorang berketerunan Melayu menyebut soal kemelayuan terhadap bangsa lain, Gerakan terus mempertikaikan. Biarpun kaum Melayu menyebut soal hak bangsa sendiri, bangsa lain terus pertikaikan. Apa dah jadi? UMNO, dimana anda apabila salah seorang ketua bahagianmenyebut tentang perkara ini.

Jika kaum lain menyebut tentang perkauman, lihatlah UMNO terus membisu. Dimana tiada tindakan diambil terhadap Hindraf dan paling ketara si mamat yang belajar di Taiwan yang dengan jelas menghina negara, raja-raja Melayu dan agama Islam apabila memperlekeh azan. Tidak pula dituntut untuk minta maaf. Wahai para pejuang UMNO yang sering menyebut soal perjuangan bangsa, sedarlah bahawa anda juga dikawal oleh bangsa lain. Tidak bermakna perjuangan anda tanpa membela ahli anda sendiri. Apa perlunya timbalan presiden UMNO memohon maaf? Sedih apabila perkara seperti ini tiada pembelaan daripada UMNO!

Sifat perkauman dari bangsa lain telah lama wujud. Sedar tidak sedar lihatlah didalam iklan jawatan kosong. Apa perlunya diletakkan syarat kebolehan berbahasa Mandarin? Sedangkan syarikat menjalankan bisnes yang melibatkan tender kerajaan. Sifat perkauman ini telah lama wujud tetapi tiada tindakan dilakukan oleh kerajaan. Sedarlah wahai kerajaan ku tersayang..


Siapakah sebenarnya Ramlang bin Porigi.? Kenapakah tetiba sahaja namanya begitu hangat dikalangan mereka yang terlibat dengan dunia tanpa batasan ini(internet).? Begitu cepat namanya tersebar di blog-blog dan juga forum-forum.

Bagi yang tinggal di kampung atau tidak mendapat kemudahan internet taupun mereka yang berinternet tapi tidak ambil kisah sangat pasal semua ini., mungkin mereka tidak mengetahui sangat siapakah sebenarnya Ramlang bin Porigi ini.?

Untuk merungkai sedikit sebanyak perihal Ramlang bin Porigi ini,

- Beliau merupakan imam yang dinyatakan di media masa sebagai imam yang terlibat semasa upacara angkat sumpah oleh Saiful.(tidak kenal Saiful? ala, yang terlibat dengan Anwar pasal kes liwat tu)

-Nama beliau tidak dinyatakan didalam media masa dan juga media cetak.( Kalau tidak silap tv3 hanya menyatakan disaksikan oleh seorang imam, tetapi tidak dinyatakan namanya dan wajahnya)

-Beliau merupakan ahli pemuda UMNO cawangan Seri Macang.


-Termasuk dalam senarai pengundi berdaftar dalam data SPR bagi parlimen Permatang Pauh

So, sekarang ini apa.? Ketika ramai yang mempertikaikan segalanya pasal apa yang berlaku sekarang ini. terpikir juga aku bagaimanakah perasaan Ramlang binPogiri ini. Tetiba sahaja menjadi begitu glamour.:)_. Entah la, aku nak komen banyak2 pun , aku bukanlah tahu segalanya. Takut nanti aku dituduh memfitnah pula.:). Cuma apa yang aku ingin lakukan adalah untuk berkongsi apa yang aku tahu kepada mereka yang tidak tahu dan ingin mengetahui..:).

fikir-fikirkanlah..:)

Pendirian KeADILan Mengenai Krisis Menteri Besar Terengganu

Kuala Lumpur, 25 Mac - Timbalan Presiden KeADILan Dr. Syed Husin Ali hari ini menyatakan pendirian parti mengenai krisis di Terengganu.

“Dalam demokrasi, suara ramai rakyat dan majoriti ahli-ahli dipilih Dewan Undangan perlu dihormati, tidak kira siapa atau parti mana yang memiliki majoriti itu. Pihak istana sewajarnya tidak patut menyekat, melainkan ada alasan yang begitu kuat sehingga tidak boleh diterima sama sekali seseorang calon MB yang dikemukakan oleh majoriti ADUN” kata beliau.

Menurut Dr. Syed, alasan-alasan yang boleh dianggap wajar termausk hal-hal peribadi seperti moral dan korupsi serta akibat buruk ke atas negeri dan rakyat seandainya seorang calon dilantik.

“Sehubungan ini, maka perlulah pihak istana memberikan penjelasan mengapa ia membuat keputusan yang berbeza untuk menenangkan keadaan” terangkan Dr. Syed.

Beliau juga membandingkan sikap Umno di Terengganu berbanding dengan Perak.

“Apabila seorang pemimpin DAP menganjurkan agar semua ADUN dari partinya memboikot angkat sumpah MB Perak baru-baru ini, beliau bertubi-tubi dituduh dalam tunjuk-tunjuk perasaan yang dikaitkan dengan sesetengah ahli Umno sebagai menderhaka, walaupun setelah beliau meminta maaf.

“Mengapakah pimpinan tertinggi Umno tidak mahu menyekat ADUN-ADUN Umno di Terengganu yang merancangkan boikot juga? Adakah parti luar kerajaan tidak boleh melakukan apa yang pihak kerajaan Umno boleh bermaharajalela melakukan?” tanya Dr. Syed, yang menegaskan bahawa Umno hendaklah memberhentikan amalan dwi-standard seperti ini.

Siapa dituduh binatang? Sultan?

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Perdana Menteri (PM) yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti menjelaskan siapakah yang dimaksudkan binatang dalam sepanduk tunjuk perasaan penyokong-penyokong Ketua Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Sepanduk itu tertulis "Kami nak Idris, natang".

"PM, TPM (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak), Idris dan 23 Adun yang dilaporkan dikurung oleh Idris untuk memastikan mereka menyokong cita-citanya menjadi Menteri Besar (MB) kini dilihat sebagai pihak yang bertanggungjawab merestui sepanduk di dalam demonstrasi penyokong-penyokong Idris Jusoh itu.

"Siapa dituduh binatang? Sultan (Terengganu)?" tanya beliau.
Sambil menyifatkan perbuatan itu lebih buruk dari kebiadaban dan sifat kurang ajar, Mahfuz mengingatkan Perdana Menteri dan penyokong-penyokongnya bahawa merekalah yang dituduh sebagai pihak yang bertanggungjawab dengan sepanduk itu.

"Tunjuk perasaan itu menyokong Idris. Idris adalah kehendak PM (untuk menjadi MB). TPM pula hanya ikut sahaja kehendak PM sebab beliau kini didakwa terlalu takut kepada PM.
"Sebab itulah saya diberitahu sudah bertebaran SMS di sana sini yang menuduh PM, TPM, Idris serta 23 Adun tersebut yang 'buat' sepanduk itu," kata beliau.

Polis tidak cari?

Mahfuz menuntut pihak polis bertindak segera ke atas sesiapa sahaja yang terlibat dengan sepanduk itu yang turut ditayangkan dalam laporan berita sebuah stesen TV tempatan semalam.

"Tahun lalu, ketika polis menuduh pembangkang mengadakan perhimpunan haram di Batu Burok, sibuk sangat mereka mencari siapa membakar jalur gemilang untuk menutup perbuatan mereka menembak rakyat yang tidak bersenjata dengan peluru hidup.
"Kenapa tidak cari siapa yang buat dan pamer sepanduk-sepanduk yang dilihat menghina Sultan itu? Amboi, bukan main lembut dan mesra Ketua Polis Terengganu memberi nasihat," kata beliau.

Bernama melaporkan, Ketua Polis Terengganu Datuk Ayub Yaakob menasihati pihak-pihak yang terlibat dalam kemelut berhubung pelantikan Menteri Besar Terengganu agar tidak menghadiri atau terlibat dalam mana-mana perhimpunan haram.
Ayob terkenal berikutan tindakan polis menggunakan peluru hidup menembak rakyat yang dituduh menghadiri perhimpunan haram di Batu Buruk tahun lalu.

Kedegilan

Sambil menyifatkan apa yang berlaku itu adalah akibat kedegilan Abdullah untuk melantik Idris sebagai MB sehingga mengetepikan perubahan dan keamanan di Terengganu, Mahfuz meminta rakyat Terengganu membuat lebih banyak laporan polis ke atas Abdullah, Najib serta 23 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang terlibat.

Malaysiakini melaporkan, petang tadi, Angkatan Muda KeADILan (AMK) membuat laporan terhadap PM, TPM serta 23 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang didakwanya ?bersikap biadap dan menderhaka? kepada Sultan Terengganu.
Laporan tersebut dibuat oleh Timbalan Ketua AMK pusat, Fariz Musa, di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu jam 4.30 petang tadi.

"Lebih banyak laporan polis ke atas mereka perlu dibuat kerana apa yang berlaku itu mencabar kedaulatan undang-undang dan keluluhuran perlembagaan.
"Rakyat tidak boleh biarkan perbuatan itu, nanti Umno dan BN akan pijak lagi kedaulatan undang-undang dan keluluhuran perlembagaan. Selepas (dibuat laporan polis) itu, rakyat boleh tengok sendiri apa polis buat," katanya.

Kurang ajar

Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al- Habshee berkata, tindakan Umno Terengganu yang menentang secara terang-terangan pilihan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) itu secara tidak langsung mencerminkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati kedaulatan kesultanan Melayu.
"Kalau kita ada masalah kita kena duduk berbincang, sultan adalah kedaulatan orang Melayu, saya khuatir rakyat hilang kepercayaan.

"Bukan dengan cara macam ini (bantah), kurang ajar dengan Sultan," katanya.
"Kita marah apabila DAP memulaukan keputusan Istana Perak, malah, kita memaki-hamun DAP kerana menderhaka kepada Sultan tetapi di Terengganu keadaan terbalik pula, Umno Terengganu sanggup menentang Sultan yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong secara terbuka," katanya lagi.

Akhbar tersebut juga melaporkan, rakyat Terengganu mahu semua pihak menerima dan menghormati keputusan MPPR yang melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Tinjauan akhbar itu di sekitar Kuala Terengganu mendapati, rakyat berpendapat, keputusan yang dibuat oleh MPPR perlu diterima bagi mengelak dituduh menderhaka kepada istana.
"Kita sebagai rakyat Terengganu perlu menerima keputusan yang dibuat oleh MPPR kerana jika tidak ikut, kita seperti menderhaka kepada sultan," akhbar itu memetik seorang peniaga buah, Zainal Abidin, sebagai berkata.

[updated 25/03/2008]

Salahuddin Ayub (Ketua Pemuda PAS)

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Tindakan Umno dan penyokong Dato' Seri Idris Jusoh dianggap sebagai keterlaluan apabila berlaku penentangan secara terang-terangan terhadap Istana Terengganu berikutan isu lantikan Menteri Besar.

Terkini Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mendakwa kain rentang yang bertulis 'KAMI NAK IDRIS, NATANG' telah digunakan oleh penyokong Idris Jusoh, ditujukan kepada Sultan Terengganu.

Salahuddin dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS hari ini menegaskan kain rentang yang tertulis perkataan tersebut boleh dianggap hasutan dan tidak sepatutnya berlaku apabila sesuatu keadaan tidak berpihak kepada mereka.

"Seharusnya mereka bersikap 'gentleman' dalam menghadapi apa jua kondisi politik. Saya yakin dan percaya bahawa sultan dan raja hari ini menunjukkan keprihatinan mereka dan bukan disebabkan mereka ingin campur tangan. Sultan akan memilih sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar sama ada di kalangan PAS, Barisan Nasional atau DAP yang menang," katanya.

Sehubungan itu katanya, Pemuda PAS Terengganu akan membuat laporan polis di Balai Polis Terengganu hari ini agar satu siasatan dilakukan siapakah dalang di sebalik tulisan kain rentang tersebut.

Dalam sidang media yang turut dihadiri Setiausaha Pemuda PAS, Sabki Yusuf dan Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Dato' Mohamad Shahir, Salahuddin turut menunjukkan salinan foto kain rentang yang bertulis perkataan tersebut.

Jelas Salahuddin, selain diletakkan di kediaman Menteri Besar, kain rentang tersebut juga didapati digantung di tempat-tempat strategik di seluruh Terengganu.

Salahuddin menegaskan beliau tidak menuduh individu atau pihak tertentu di sebalik tulisan di kain rentang tersebut, namun apa yang penting siasatan perlu dilakukan agar tidak wujud suasana yang tidak baik.

"Apa yang berlaku hari ini biarlah undang-undang yang menyelesaikan, bukan dengan campur tangan atau menghina serta memperlekeh mana-mana institusi di raja hari ini.

"Jika Perdana Menteri menyatakan interpretasi perlembagaan masih berhak menyatakan kerajaan berhak mendengar pendangannya, itu interpretasi beliau," katanya.

Salahuddin juga berkeyakinan sultan mempunyai penasihat undang-undang sendiri dan menggunakan undang-undang tersebut untuk melantik siapakah Menteri Besar yang diyakini.

"Sultan juga 'membaca' suasana politik yang berlaku hari ini dan melihat perubahan siapa yang dikehendaki rakyat. Mungkin sudah sampai masanya sultan memilih yang terbaik di kalangan ahli dewan undangan negeri yang telah dipilih bagi memenuhi hasrat rakyat.

"Jika di Perak, tiga nama dikemukakan sebagai calon MB, kenapa di Terengganu hanya satu nama sahaja dikemukakan. Persoalannya ialah kenapa Abdullah tetap mahukan Idris? Dan kenapa Umno hanya serahkan satu nama sahaja calon MB? "soalnya.

Dalam pada itu sewaktu ditanya pandangannya kenapa Idris tidak layak dilantik sebagai Menteri Besar, jelas Salahuddin masyarakat sedia maklum dan 'orang kampung' juga mengetahui 'siapa Idris Jusoh yang sebenarnya'.

Selain itu Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian juga percaya bahawa berdasarkan bukti yang diperolehinya, Idris terlibat dengan beberapa kes rasuah sewaktu menjadi Menteri Besar Terengganu.

"Ya, saya memiliki fail yang tebal membuktikan Idirs terlibat dengan rasuah. Tunggu dan lihat, saya akan bongkarkan isu ini dalam sidang Parlimen akan datang," katanya.

Menantu PM punca pergolakan antara Umno dan Istana Terengganu?

Pergolakan di Terengganu mengenai perlantikkan Menteri Besar adalah berpunca dari menantu Perdana Menteri.

==>> Lagi berita klik disini

Beliau tetap mahukan Idris Jusoh walaupun pihak istana terang-terangan tidak mahukan boneka kepada Patrick Lim itu.

Mengapa menantu PM mahukan Idris Jusoh terus berkuasa?

Hanya Idris Jusoh yang akan mempertahankan Patrick Lim untuk terus bermaharajalela di Terengganu. Patrick Lim adalah sumber kewangan terbesar untuk Abdullah dan Menantu.

Jika projek-projek Patrick Lim terus berjalan di Terengganu, menantu Abdullah akan terus mempunyai dana untuk menguasai negara.

Dengan kuasa yang ada pada bapa mertuanya, Ahmad Said telah dipecat kerana menerima watikah perlantikkan Menteri Besar daripada pihak istana. Adun Kijal itu disingkirkan daripada Umno hanya kerana beliau setia dan patuh kepada Sultan Terengganu.

Umno yang selama ini jaguh kepada perjuangan mempertahankan kedaulatan Raja dan orang-orang Melayu kini telah bertukar menjadi penderhaka kepada Raja dan orang-orang Melayu.

Semua ini kerana adanya menantu PM yang menang di Rembau dengan cara penipuan.

Raja disanggah hanya kerana ingin mempertahankan Abdullah, Menantu dan Patrick Lim! Bangkitlah wahai orang-orang Umno. Kami di Rembau tidak akan mengalah dalam perjuangan untuk Menyingkirkan Abdullah dan menantunya dari Umno.

Kami telah membuktikan dengan memboikot menantu PM di Rembau. Jika tidak ada penipuan, beliau sudah pasti akan kalah dalam pilihanraya umum yang lalu.

Jawatan Ketua Pemuda Umno � Norza ganti?

Kuat mengatakan bahawa menantu Abdullah terpaksa melepaskan cita-cita untuk menjadi Ketua Pemuda buat masa ini. Ini adalah untuk mengelakkan dari Umno terus dikritik dan dihina.

Perlepasan cita-cita hanya seketika. Lepas itu boleh dibolot kembali bila Umno dapat sapu semula negeri-negeri yang terlepas dari BN.

Ini mungkin dilakukan untuk menyelamatkan nasib bapak mertuanya yang hari ini terus di desak untuk meletak jawatan.

Tapi...siapa Ketua Pemuda Umno kalau bukan menantu Abdullah nanti. Biasa la proksi menantu Abdullah adalah Norza Zakaria.

Beliau akan di junjung untuk mengambil alih Ketua Pemuda Umno. Ini akan memastikan peluang menantu terus wujud dan Norza Zakaria pasti akan terhutang 'body'.

Mampukah Norza untuk ganti Ketua Pemuda Umno. Beliau yang asal dari rusuk menantu Abdullah terma yang pernah kami baca � dan adalah Norza ini akan diterima kerana dia adalah penjilat Khairy No 1.

Inilah senario yang jelas terdengar dalam formulasi untuk mengadakan perubahan palsu dalam Umno. Kami dimaklumkan bahawa Pemuda Umno akan dijadikan jentera untuk mengambil balik negeri-negeri yang sudah terlepas.

Pemuda Umno akan menjadi jentera untuk terus menipu dengan perubahan kononnya menantu Abdullah tidak akan memegang jawatan lain selain untuk menumpukan peranan sebagai ahli parlimen.

Apa pun, menantu Abdullah akan terus berada di situ dan Abdullah akan terus terikat dengan idea usang menantu itu. Perubahan dalam Umno seperti yang di gembar gembur adalah dengan pemupusan menantu dan bapak mertua ini.

Tanpa itu Umno akan terus berkubur. Semangat anti khairy akan terus memburu dia dan rakan-rakan dia. Nyah ko menantu Abdullah dari bumi bertuah Malaysia.

Kini giliran UMNO pula menderhaka kepada Sultan

KUALA LUMPUR (BebasBersuara): TV3 hari ini (23 Mac 2008) melalui saluran Buletin Utamanya menyiarkan laporan bahawa kebanyakan ADUN nya membantah perlantikan menteri besar baru. Mereka sepakat untuk tidak menghadiri majlis angkat sumpah yang bakal berlangsung keesokan harinya.

Jika benar bahawa kebanyakan ADUN tersebut tidak akan menghadiri majlis angkat sumpah tersebut, maka ianya boleh disimpulkan bahawa ADUN tersebut juga mengkhianati dan menderhaka kepada Sultan Terengganu! Jika sebelum ini UMNO Perak sibuk mengatakan bahawa Lim Kit Siang derhaka kepada Sultan Perak berikutan arahan tidak menghadiri majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak kepada DAP Perak. Kini giliran ADUN Terengganu pula dilihat seperti ingin memboikot majlis berikutan ketidak puasan hati yang timbul berikutan ketua mereka iaitu Idris Jusoh tidak dipilih menjadi MB.

Agaknya siapa pula yang akan menderhaka selepas ini?



Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: