Recent Posts

Recent comments

Showing posts with label Minyak oh Minyak. Show all posts
Showing posts with label Minyak oh Minyak. Show all posts

Ngomelan RON95 - dipetik dari blog rakyat yg terrtindas

baca ni...luahan rasa golongan marhaen.. baguih logik dia...

Mail Sabri kata harga minyak tak naik. Ianya kekal. Sama ja. Ada minyak harga dua hengget. ada minyak ada sringgit lapan kupang. Sama ja. Tadak beza apa pun. Apa pun tak naik.

Semua maintain. Steady. Cuma, katanya, minyak RON97, yang selalu rakyat pakai tu, dia naikkan taraf kepada minyak premium. So, bila dah naik taraf ni, otomatik la harga pun canak naik. RON97 naik dari RM1.80 ke dua ringgit.

Tapi jangan risau, katanya. Sebab rakyat masih boleh isi minyak dengan harga RM1.80 lagi, guna RON95. RON97 dah ' upgrade ' , kalau mau yang ' tak upgrade ' , guna RON95. Harga sama. Warna pun cantik, kuning. La ni petrol pam dah macam lampu trafik light. Ada merah, kuning, ngan hijau. Cantik kan ? Cantik kan ? Kan ? Suke tak? Suke tak? Tutp matee! Tutup matee! Suurrrpriissssseeee!!!

Ada jugak yang kena tendang perut bulan2 posa ni.

Soalan pertama, apakah RON97 yang telah dinaiktaraf menjadi minyak premium itu lebih baik kualitinya sebelum harganya dinaikkan? Adakah minyak ini telah dicampur dengan formula2 hebat yang boleh membantu menambahbaik enjin, samada dari segi ' ketukan ' ka hapa ka? Adakah dengan menggunakan RON97 yang lebih mahal ini, proton wira 1.3 aku bertambah pikapnya sampai ke tahap aku tak perlu tutup ekon setiap kali meghagaih bukit?

Jawapannya sudah tentu tidak! Dan kalau jawapannya adalah ' tidak ' , jadah hapakah yang kamu naikkan harga minyak yang sama kualitinya ni, tapi tiba2 jadi mahal keesokan harinya? Bukankah itu namanya kamu sengaja menaikkan harga minyak? Bukankah harga minyak sebenarnya telah naik?!

Ini macam pi market nak beli ikan temenung, tiba2 tokey cakap sekilo kena tambah lagi dua ringgit. Tanya pasaipa, dia kata ikan temenung dah jadi ikan premium. Tanya dia lagi ikan temenung yang dia jual harini semua masuk univesiti ka? Ada ijazah semua ka? Isi manis lagi ka? Sisik makin kurang ka? Dia kata dak, sama ja. Tanya lagi ikan temenung kurang ka kot tengah laut la ni? Dia kata dak, belunggok huk lagi. Paihtu kenapa naikkan harga ikan temenung? Dia jawab harga tak naik, tapi taraf ikan temenung ni dah naik, jadi premium.

Tapi harga ikan temenung mahai dari kemarin. Kita kata tak puas hati. Dia kata kita bulih beli ikan puyu, ikan puyu harga sama macam ikan temenung kemarin. Tapi ikan puyu bukan ikan temenung! Kita jawab bantah. Tapi ikan jugak! Dia betah. Tapi kita tak bulih makan ikan puyu, nanti naik ruam. Kita bagi sebab. Dia suruh makan ikan temenung. Tapi ikan temenung mahai! Kita jawab. Bukan mahai, itu harga untuk ikan premium!

Last2 ada yang kena takek dengan parang tengah2 market tuh.

Naik harga cakap la naik harga! Dok pebodo orang pasaipa? Cakap. Harga dah naik. Kalau nak murah, beli yang rendah kualiti. Yang ni dah naik harga. Yang sama. Harga ja beza, lebih mahai. Kan senang?

Soalan kedua. Kenapa naik harga petrol? Mail Sabri dilaporkan dalam tibitiga malam tadi sebagai berkata sebab harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong.

Aku tak pernah hisap rokok. Jauh lagi nak hisap dam atau hidu gam. Tapi masa mengaji dulu, ada sekoq dua kawan2 yang dok wat kerja loklaq ni. Jawapan Mail Sabri ingatkan aku kepada sorang kawan yang overdose ganja. Samada dia hidu gam, atau telebih hidu petrol, aku tatau, tapi statistik tahun bila yang dia rujuk kata harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong? Harga minyak dunia tak pernah lepas USD75 selepas merudum jatuh sampai ke USD40 tuhari. Samada dia di bawah pengaruh ganja, ataupun sengaja nak membodohkan rakyat sekali lagi, itu aku serah pada pembaca semua. Tapi mengatakan minyak dunia dah naik ke 82 dolar setong adalah statement yang sangat bengong. Tak masuk akal. Dan hanya boleh dilafazkan oleh orang2 yang hilang akal sahaja!

Jadinya, kalau kenaikan bukan disebabkan oleh kenaikan minyak dunia, jadah hapakah yang dinaikkan jugak harga minyak? Adakah sebab BN dah senak tak tau nak kaut duit tang mana, maka last kopek, pau rakyat sekali lagi?

Soalan terakhir. Adakah kualiti RON95 sama seperti RON97? Jika rendah kualitinya, kenapa harganya sama seperti RON97?

Jawapannya jugak adalah tidak. RON95 lebih rendah kualitinya daripada RON97. Dan ada beberapa laporan mengatakan bahawa sesetengah enjin tidak sesuai menggunakan RON95.

Kesimpulannya?

Harga minyak memang dah naik. BN bodohkan rakyat melalui Mail Sabri mengatakan harga tak naik. Rakyat disuruh menggunakan minyak yang rendah kualitinya, tanpa sebarang kebaikan kepada kenderaan, dan disuruh membayar pada harga yang sama!

Mail Sabri kata harga minyak kenderaan tidak berubah, cuma ianya telah ditingkatkan kepada premium.

Rakyat juga akan kata PRU13 ini kalau kerajaan tidak berubah, kami akan gantikannya dengan kerajaan yg lebih baik!!

Harga minyak sudah sepatutnya RM1.62

KUALA LUMPUR – Harga minyak dunia yang terus merudum ke paras AS50 (RM175) setong semalam, sewajarnya mendorong penetapan harga baru di bawah RM1.92 sen untuk pasaran tempatan.

Malah, kepada Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Abdul Rahim Anuar, masanya kini sudah sesuai untuk ia diselaraskan kepada RM1.62 seliter.

“Pada saya, harga runcit petrol seharusnya diturunkan kepada RM1.62 seliter, namun apa sahaja harga di bawah RM1.92 sebenarnya sudah pasti menggembirakan rakyat,” ujarnya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad semalam bahawa harga petrol mungkin diturunkan kepada RM2 selain cadangan penetapan paras minimum.

Mengenai cadangan itu, Abdul Rahim lebih selesa membiarkan harga runcit petrol dan diesel ditentukan oleh pasaran tanpa menetapkan paras minimum jika tidak mahu rakyat disekat daripada menikmati keselesaan ketika harga minyak dunia turun.

“Purata rakyat membelanjakan hampir 30 peratus pendapatan untuk membeli minyak dan jika kerajaan menurunkan lagi harga runcit petrol di bawah paras RM2, pendapatan boleh guna mereka akan meningkat,’’ jelasnya.

Keselamatan Anwar rapuh?

KUALA LUMPUR (BebasBersuara): Mereka berhenti di stesen minyak berhadapan Giant?Persoalan yang ditimbulkan oleh BebasBersuara ini berasas. Bagaimana kereta-kereta yang membawa pemimpin beserta kereta yang 'escot' pemimpin boleh berhenti di stesen minyak? Perlukah berbuat demikian?

BebasBersuara yang mengekori kenderaan vip setelah tamat acara di Stadium Kelana Jaya amat terkejut apabila mereka berhenti di stesen minyak tersebut. Tidak dapat dipastikan apa tujuan berhenti di sana. Walaubagaimanapun bagi pihak BebasBersuara, tindakan menghentikan kenderaan samada untuk mengisi minyak, membeli bekalan makanan atau apa jua alasan adalah tidak wajar.

Sepatutnya kenderaan yang membawa pemimpin rakyat samada pemimpin PR atau BN serta kenderaan 'escot' tidak boleh sama sekali berhenti terutama dalam acara rasmi kecuali ada sebab-sebab teknikal yang memaksa kenderaan tersebut berhenti seketika.

Jika beginilah kawalan keselamatan yang diberikan, maka amat mudah untuk BebasBersuara nyatakan disini bahawa tahap kawalan keselamatan untuk Anwar adalah sangat rapuh. Sedar atau tidak, pelbagai perkara boleh berlaku dalam tempoh pemberhentian kenderaan tersebut.

Walaubagaimanapun sejak tamat acara hingga ke kenderaan vip, BebasBersuara dapat melihat kesungguhan para 'human shielder' yang melindungi Anwar sehingga masuk kedalam kenderaan. Mereka telah menggunakan badan sendiri untuk menutupi cermin sehingga kenderaan melewati kumpulan hadirin. Cuma apa yang ingin di suarakan oleh BebasBersuara ialah tahap kawalan keselamatan yang agak rapuh. Semoga mereka sedar bahawa tugas mereka tidak hanya berakhir di tempat acara berlangsung malahan ia lebih dari itu, sehingga selamat sampai ke destinasi.

Anwar sedia bersumpah

Kelana Jaya (BebasBersuara): Anwar dalam ucapannya menyatakan bahawa beliau sanggup bersumpah dan mengikut segala undang-undang syariah jika dicabar oleh pihak yang menuduh (Saiful). Sumpah itu juga mesti dibuat oleh kedua-dua pihak dan pihak yang menuduh pula mesti kemukakan segala bukti. Bagaimana pun menurut mufti Perak dan bekas mufti Wilayah Persekutuan, tertuduh tidak perlu bersumpah memandangkan ia hanya membabitkan hukum kazaf dan bukannya li'an. Untuk li'an biasanya digunakan terhadap suami isteri yang menghadapi masalah kepercayaan terhadap rumah tangga.

Tambah beliau lagi, tertuduh mesti membawa bukti dan saksi ke mahkamah dan sekiranya didapati tidak benar maka pihak yang menuduh boleh dikenakan 80 kali sebatan.

Menjelaskan tuduhan yang dibangkitkan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamid Albar sambil berseloroh ini jawapannya. "Kepada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamid Albari, kamu dengar baik-baik ya... Jika tak faham bahasa Melayu, kita cakap bahasa arab". Nada seloroh itu disambut dengan sorakan gemuruh dari hadirin. Tambah beliau "pada hari tersebut jika kamu dapat membuktikan aku membuat satu panggilan telipon atau menghantar surat kepada Amerika, aku sedia menerima segala segala hukuman. Tapi, jika kamu gagal membuktikan bahawa aku ejen Amerika, aku saman kamu!" sorakan dari hadirin terus menggamatkan keadaan.

Kelihatan seperti Anwar yakin dengan apa yang diungkapkan. "Selama 6 tahun saya dipenjara, adakah politik baik, rasuah turun dan harga minyak turun?" Beliau menambah politik negara sudah tidak terkawal, dan Pakatan Rakyat mahu memulihkan keyakinan pelabur.

Kira-kira 10.50 malam keadaan bersuarai dengan aman. Tiada sebarang rusuhan atau keganasan. Kelihatan helikopter PDRM juga menutup lampu limpah dari helikopter sekitar jam 11 malam.

Protes Minyak- rakyat semakin memenuhi stadium

KELANA JAYA (BebasBersuara) : Setakat jam 1.00 tengah hari ini rakyat semakin memenuhi ruang stadium kelana jaya untuk 1 tujuan, 1 matlamat iaitu menurunkah harga minyak. Dianggarkan seramai 8000 orang telah berkumpul di tempat tersebut.

Kelihatan beberapa pemimpin dari parti politik, NGO, dan pemimpim mahasiswa memberikan ucapan kepada hadirin. Antara yang turut serta ialah para pemimpin Pas, Keadilan dan Dap serta parti sosialis. Mahasiswa pula diwakili oleh pemimpin muda dari Utara yang memberikan ucapan bersemangat sebagai tanda protes dari pihak mahasiswa.

Sepanjang aktiviti sehingga tengah hari ini, ucapan berkait dengan rasa ketidakpuasan rakyat terhadap harga bahan bakar yang naik mendadak sebanyak 41% (petrol) dan 63% (diesel). Serentak dengan penarikan subsidi bahan api ini telah menyebabkan kenaikan hampir kesemua barang keperluan dan perkhidmatan. Laungan "turun-turun, harga minyak!" turut kedengaran sepanjang aktiviti berlangsung. Pintu inflasi telah dibuka oleh kerajaan BN dan kini telah menyebabkan rakyat yang berpendapatan rendah merana.

Didalam lautan manusia ini kelihatan para wartawan dari kalangan media alternatif dan beberapa blogger yang merakam gambar keadaan semasa. Terdapat juga beberapa wartawan antarabangsa yang cuba mendapatkan laporan mengenai situasi semasa daripada orang ramai.

Difahamkan para pemimpin Pakatan Rakyat dari 5 buah negeri akan hadir pada petang ini untuk bersama-sama dengan rakyat marhaen.

Desas-desus yang mengatakan tentera berkampung di sekitar stadium adalah tidak benar sama sekali. BebasBersuara telah melakukan pemantauan di sekitar Kelana Jaya terutamanya di premis-premis kerajaan persekutuan dan sehingga jam 1 tengah hari tadi mendapati bahawa perkara ini adalah tidak benar.

updated 02.32 pm [14:32]

[Lagi berita akan menyusul]

Peta Ke Himpunan Protes Di Stadium Kelana Jaya 6 Julai.

Jika anda tertanya-tanya dan Mencari jalan ke Himpunan PROTES Di Stadium Kelana Jaya pada 6 Julai ini…silakan copy peta ini.

Untuk yang tidak biasa dengan jalan-jalan di KL…bolehlah menggunakan LRT Putra di KL Sentral dan berhenti di Stesen LRT Kelana Jaya.Dari Stesen Kelana Jaya, ambil ‘Public Transport’ bas atau teksi untuk menuju ke Stadium Kelana Jaya.

atau boleh terus ke link : http://www.wikimapia.org#lat=3.098752&lon=101.593586&z=17&l=0&m=h&v=2

Peace Walk’ menuju Sogo anjuran Geramm, esok jam 3.00 petang

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Hrkh) - Kempen Perhimpunan Sejuta Rakyat pada 6 Julai nanti diteruskan dengan program berjalan secara aman (Peace Walk) yang akan diadakan esok bermula jam 3.00 petang di empat tempat pertemuan.

ImageProgram anjuran Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) itu akan disertai oleh generasi muda yang terdiri daripada AMK KeADILan, Pemuda PAS dan Pemuda DAP.

Selain itu kumpulan NGO yang diterajui golongan muda seperti Karisma, PKPIM, Youth For Change, Dema dan Gamis dijangka menyertai program yang bertujuan membantah kenaikan harga minyak.

Sekretariat Geramm, Shamsul Iskandar Mat Akin dalam sidang media selepas demonstrasi aman di Masjid Negara hari ini menjelaskan program tersebut akan bermula serentak di empat titik pertemuan iaitu di Ampang Park, Bukit Bintang, Puduraya dan PWTC menuju ke pusat membeli belah Sogo. Semua peserta digalakkan memakai baju berwarna merah.

Katanya, Kempat-empat tempat pertemuan ini akan disertai minima 50 orang anak muda yang bergabung dalam Geramm.

Beliau yang juga Ketua AMK mengalukan masyarakat untuk ikut serta dalam ‘Peace Walk’ tersebut.

Image“Ini bukan demonstrasi tetapi merupakan berjalan kaki secara aman untuk memberikan kesedaran kepada rakyat. Dan apabila berkumpul di Sogo, kami akan mengedar risalah mengenai kesan kenaikan harga minyak serta ucapan daripada beberapa orang pimpinan kami,” katanya.

Di samping itu katanya, pihaknya juga akan berusaha untuk mengumpul satu juta petisyen rakyat yang dilakukan secara online dan bertulis.

Katanya, orang ramai yang ingin melakukan petisyen secara online boleh melayari laman web Geramm di www.geramm.org.

Tambahnya, sejak seminggu petisyen tersebut dilancarkan, Geramm berjaya mengumpul 10,000 tanda tangan. Beliau menaruh keyakinan Geramm dapat mengumpul sejuta tanda tangan daripada rakyat seluruh negara sama ada secara online atau bertulis.

Sementara itu, Shamsul menegaskan pihaknya juga akan mengerahkan seluruh jentera Pemuda di peringkat negeri bagi mendapatkan tanda tangan daripada orang ramai dan akan diserahkan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang akan turut serta dalam perhimpunan 6 Julai nanti.

Image“Pada 7 Julai, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan membawa usul bantahan kenaikan harga minyak di parlimen berdasarkan bantahan sejuta rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad yang turut serta dalam sidang media tersebut menyatakan Pemuda PAS telah menggerakkan semua ahlinya terutama di Wilayah Persekutuan dan Selangor bagi memastikan sasaran sejuta rakyat tercapai dalam perhimpunan 6 Julai nanti.

Katanya, bermula esok Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan turun ke pasar malam di seluruh kawasan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kesan kenaikan harga minyak ini.

Dalam pada itu katanya, sehingga hari ini lebih 40,000 tanda tangan berjaya dikumpul Pemuda PAS.

Sementara itu, demonstrasi yang diserta 5,000 orang Masjid Negara berjalan aman tanpa sebarang kekecohan atau gangguan daripada pihak keselamatan.

Dalam pada itu, baju T Geramm berwarna merah turut dijual di perkarangan Masjid Negara dan mendapat sambutan orang ramai.

Protes Harga Minyak Berakhir di Sogo

BebasBersuara (SOGO) : Akhirnya perarakan yang dicadangkan dari Masjid Kg Baru ke KLCC telah beralih arah ke Sogo. Kelihatan para pemimpin Pemuda parti politik terbabit. Juga kelihatan orang ramai menyertainya disamping para hadirin yang sedia menunggu di sepanjang jalan menuju ke Sogo turut serta bersama rakyat yang mahukan harga minyak diturunkan.

[Lagi update akan menyusul]

Protes Kenaikan Minyak Tanggungjawab Anda?

Kenaikan harga minyak ini bukan kenaikan semata-mata malahan boleh mengakibatkan penderaan emosi dikalangan rakyat.

1) bagaimana rakyat boleh meneruskan kehidupan seharian dengan aman jika ibubapa terpaksa bekerja lebih masa utk menampung perbelanjaan seharian keluarga? Tiada masa melihat anak didepan mata..
2) Bagaimana anak-anak kecil boleh study dlm keadaan yang selesa sbg seorang pelajar jika terpaksa membantu ibu menjual kuih-muih dan mungkin sesetengahnya terpaksa bekerja lepas sesi persekolahan?
3) Bagaimana rakyat boleh pertahanan kan harta benda peribadi dan keluarga jika pencerobohan, ragut dan rompakan berleluasa di sekitar rumah dan kejiranan?

dan akhirnya...... bagaimana menteri-menteri yang berfikirian minda kelas pertama (kononya) menghina rakyat dengan tindakan2 yang tidak berperikemanusiaan ini? demi pangkat dan periuk nasi sendiri ramai menteri yg menyokong kenaikan ini bahkan tidak kurang yg membisu (agaknya tidak bersetuju dgn kenaikan).

walau apapun fikirkan mengenai kesan kepada keselamatan negara, sosial negara dan perkara ini seiring dengan kenaikan harga minyak domestik..

wahai menteri bn di sabah dan sarawak.. sudah bersediakah anda untuk bersama rakyat?

Debat Salahuddin-Shahril tentang harga minyak di TV1 esok

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub akan muncul di kaca televisyen menerusi rancangan "Bersemuka" TV1 bagi mendebatkan isu kenaikan harga minyak, esok.

Salahuddin akan berbalas hujah dengan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahril Samad berhubung rasional kerajaan menstrukturkan semula harga bahan api sehingga mengakibatkan kenaikan mendadak harga runcit petrol dan diesel 5 Jun lalu.

Rancangan "Bersemuka" itu akan disiarkan secara langsung oleh TV1 mulai jam 9.30 malam.

Demonstrasi rakyat 13 Jun, laksanakan tanggungjawab anda

Pemuda Pakatan Rakyat seluruh negara akan hadir dan memimpin Demontrasi Rakyat yang akan diadakan pada 13 Jun 2008 di ibu negara.

Program ini pada asalnya bermula dari kalangan pemudawilayah diangkat ke peringkat nasional sebagai membuktikan keseriusan Pemuda PAKATAN dalam menghadapi isu kenaikkan harga minyak dan tarif elektrik.

Program ini akan berlangsung selepas solat Jumaat. Cadangan asal, perhimpunan akan bermula dari Bangunan Citibank. Walaubagaimana pun, bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai rakyat maka tapak mula perhimpunan aman ini ditukarkan ke Masjid Kg. Baru hingga ke Bangunan Suria KLCC.

Bagi mereka yang bukan muslim, disarankan menunggu di sepanjang laluan yang ditetapkan.

Para peserta perhimpunan digalakkan membawa sepanduk atau bahan-bahan demontrasi yang tidak membahayakan dan tidak menggangu ketenteraman awam. Para peserta juga dinasihatkan membawa air mineral bagi persediaan awal agar tidak terlalu letih dan kehausan.

Diharapkan golongan belia dan seluruh rakyat dari serata pelusuk negara dapat sama hadir bagi menunjukkan bantahan dan protes terhadap kenaikkan harga minyak yang melampau kali ini. Inilah masa untuk kita bergandingan tangan menunjukkan bahawa kuasa dan suara rakyat itu wajib didengar dan diambil perhatian.

Sekarang buka masa untuk kita berpeluk tubuh dan redha begitu sahaja. Hari ini Kerajaan BN naikkan 78sen untuk petrol dan RM1 untuk diesel, tapi jika kita tidak keluar membantah, kemungkinan besar pada bulan Ogos, Kerajaan akan menaikkan lagi kepada suatu harga yang kita tidak mampu untuk miliki.

Selain itu, bantahan kali ini lebih penting kerana ianya akan memberikan satu tekanan agar Kerajaan menilai semula keputusan menaikkan harga minyak dan tarif elektrik yang berkuatkuasa pada 1 Julai nanti.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Hadirlah beramai-ramai untuk kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat yang berdaulat dan memiliki hak yang wajar diperjuang dan dihormati.

Oil Price / Harga Petrol

This is real-time oil price (USD) :

Harga petrol sebenar berdasarkan keadaan semasa (USD) :

[dd/mm/yyyy] [hh:mm] [price] [note] increase/decrease
04/06/2008 22:40 EDT 122.30 kenaikan yang diumumkan PM
04/06/2008 23:09 EDT 121.95 v 0.35 0.29%
08/06/2008 20:52 PM EDT 138.14
09/06/2008 21:23PM EDT 135.28
12/06/2008 04:34 AM EDT 135.42
12/06/2008 22:44 PM EDT 136.68
13/06/2008 05:27 AM EDT 136.26

13/06/2008 22:57 PM EDT 134.40
16/06/2008 22:44 PM EDT 134.30

18/06/2008 06:14 AM EDT 134.64
18/06/2008 22:44 PM EDT 136.16

29/06/2008 11:18 AM EDT 140.66
29/06/2008 11:54 AM EDT 140.57

Pemimpin Menipu.. Rakyat Ditipu

KUALA LUMPUR (BebasBersuara): Kenaikan yang melampau! Pemimpin menipu, rakyat ditipu! Itulah ungkapan yang boleh diluahkan berikutan kenaikan harga minyak yang melampau.

Kenaikan petrol RM2.70 seliter berbanding RM1.92 sebelum ini manakala diesel Rm2.58 amat membebankan dan rakyat seolah-olah ditipu para pemimpin kerajaan yang mana mengatakan tiada kenaikan sehingga Julai atau Ogos. Datuk Shahril, menteri yang bertanggungjawab juga berulang kali membayangkan kenaikan hanya sekitar Ogos sebaliknya Pak Lah menaikkannya tanpa sebarang tanda-tanda awal.

Tinjauan BebasBersuara ke stesen-stesen minyak mendapati kenderaan berpusu-pusu dan kesesakan yang agak panjang berlaku. Lebih dikesali ada pengusaha stesen minyak menutup beberapa pam dan hanya membuka 2 atau 3 pam sahaja dengan alasan kehabisan minyak.

Bayangkan jika rakyat di Sabah yang agak miskin menikmati harga petrol baru, kita akan melihat kemungkinan ada keluarga yang akan makan bukan saja ubi kayu sebaliknya siput babi juga.

Para pemimpin Sabah yang sayangkan anak bangsa mu, diharapkan terus memberikan "nasihat" kepada pemimpin BN pusat agar tidak memperbodohkan rakyat dengan tindakan ini.

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: