Dear friends and supporters,
Join us for the moment that we've waited 10 years for - the campaign to return Datuk Seri Anwar Ibrahim to Parliament.
At 9:00 PM at the Tapak Ekspo Pertanian in Seberang Jaya, Penang, YB Husam Musa, YB Azmin Ali, YAB Lim Guan Eng, Dato' Seri Dr. Wan Azizah will join Datuk Seri Anwar Ibrahim in the kickoff event for his campaign to win in Permatang Pauh.
We'll have highlights of the event to share with you soon.
Office of Anwar Ibrahim
Recent Posts
Recent comments
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
12:09:00 AM
After deliberating with my family, the Keadilan party leadership and our partners in the Pakatan Rakyat, I have officially submitted my resignation as Member of Parliament of Permatang Pauh to the Speaker of Parliament YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Hj. Mulia today to make way for my husband, Anwar Ibrahim, to contest as a candidate for Pakatan Rakyat in a by-election as soon as possible.
This is consistent with our goals towards securing a Parliamentary majority and forming a new government within this year.
This decision is the right decision for Malaysia.
The nation now faces some of the greatest challenges it has encountered since gaining independence. The UMNO-led Barisan Nasional government has mismanaged the economy and steered the nation towards a catastrophe. It has allowed the integrity of the justice system to fall into deeper infamy. It has stroked the flames of racism and driven a wedge of mistrust between Malays, Chinese and Indians, while thoroughly neglecting the needs of the indigenous peoples of Sabah and Sarawak.
Anwar Ibrahim has articulated a vision for Malaysia that has brought hope to the people. He has the experience and intelligence to reinvigorate our economy, and the charisma and integrity to unite the Malaysian people and restore credibility to our institutions of governance.
I will continue to serve as president of Parti Keadilan Rakyat and as chairperson of the Yayasan Aman (Peace Foundation).
I whole-heartedly thank my supporters in Permatang Pauh who have stood by me in the most difficult of times since September 1998 and have shared in the joy of victory we all experienced on March 8th. The future of our nation lies in the dedication and commitment to justice and freedom that I have experienced as your representative in Parliament and I look forward to many more years of serving you with sincerity and with humility.
DATO' SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
President Parti Keadilan Rakyat
[Versi Bahasa Malaysia]
Selepas berbincang dengan keluarga saya, kepimpinan Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, saya dengan ini secara rasminya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada YB Tan Sri Speaker Dewan Rakyat Datuk Pandikar Amin Bin Hj. Mulia hari ini, memberi laluan kepada suami saya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil secepat mungkin.
Ini adalah konsisten dengan matlamat kami untuk mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan baru dalam tahun ini.
Keputusan ini adalah yang terbaik buat Malaysia.
Negara ini sedang berhadapan dengan cabaran yang paling getir semenjak mencapai kemerdekaan.
Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO terbukti telah gagal mengurus ekonomi negara ini dan membawa negara ini menuju kehancuran. Kerajaan ini telah menyebabkan integriti sistem keadilan hancur ke tahap yang memalukan. Ia membiarkan api perkauman semakin bernyala-nyala dan membuatkan etnik Melayu, Cina dan India saling tidak mempercayai satu sama lain di samping sengaja mengabaikan keperluan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.
Anwar Ibrahim telah mengungkapkan visi untuk Malaysia yang telah pun membenihkan harapan buat rakyat. Beliau mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan untuk membangunkan kembali ekonomi negara ini, juga karisma dan integriti untuk menyatukan rakyat Malaysia serta mengembalikan kewibawaan institusi-institusi kenegaraan.
Saya akan terus berkhidmat sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat dan pengurusi Yayasan Aman.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyokong saya di Permatang Pauh yang selama ini sentiasa teguh di belakang saya di dalam melalui saat-saat sukar semenjak dari September 1998 dan saat-saat manis kemenangan 8 Mac 2008. Masa depan negara kita bergantung kepada dedikasi dan komitmen terhadap keadilan dan kebebasan yang saya lalui selaku wakil anda semua di Parlimen dan saya akan sentiasa berkhidmat untuk anda pada masa depan seikhlas mungkin.
DATO' SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
12:06:00 AM
KOTA BHARU, 31 Julai (Hrkh) - Pastinya parlimen akan bergegar lagi dengan kehadiran tokoh yang begitu digeruni Barisan Nasional (BN) sekiranya memenangi pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.
Oleh itu dalam tempoh dua bulan dari sekarang kemungkinan besar Dato� Seri Anwar Ibrahim akan menjadi anggota baru Dewan Rakyat.
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, sekiranya kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat sudah tentu akan mewujudkan tekanan baru kepada kepemimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Niatnya sebelum ini hendak berpaut kepada PAS bagi melanjutkan penerimaan kepimpinannya dalam Umno sebaliknya berhadapan dengan situasi baru pula," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Presiden KeADILan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini menghantar surat meletak jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Wan Azizah berkata, beliau meletak jawatan bagi memberi laluan kepada suaminya (Anwar) bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil yang bakal diadakan secepat mungkin.
Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, pilihan raya kecil Permatang Pauh akan berlangsung lebih awal daripada pemilihan pucuk pimpinan Umno pada Disember depan.
"Pengosongan kerusi oleh Dato' Seri Dr Wan Azizah hari ini membolehkan Pakatan Rakyat mewujudkan perpaduan. Segala serangan media oleh Barisan Nasional dalam masa dua minggu kebelakangan ini terkubur dengan sekelip mata.
"PAS InsyaAllah akan memberi sokongan dan bantuan sebaiknya," katanya.
Oleh itu beliau berkata, sekiranya ditakdirkan Anwar memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh sudah tentu akan menggugatkan kedudukan Abdullah.
Menurutnya ketika itu ahli Umno dapat membuat keputusan sama ada kepimpinan Abdullah masih diperlukan atau tidak releven lagi.
"Kemasukkan Dato' Seri Anwar ke Dewan Rakyat adalah perlu ketika ekonomi negara dijangka lebih merudum.
"Agenda reformasi yang didokong bersama Pakatan Rakyat bagi kesejahteraan Malaysia keseluruhannya memerlukan Anwar di Parlimen," katanya
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
2:03:00 AM
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim dijangka akan ditahan dalam tempoh 48 jam berhubung kes dakwaan meliwat bagi menyekat beliau bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua berkata KeADILan tidak menolak kemungkinan Anwar ditahan dalam tempoh terdekat.
"Kelihatannya mereka merancang mendakwanya (di mahkamah) pada Isnin depan," kata Tian Chua seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
"Mereka mungkin menangkapnya dalam tempoh 48 jam akan datang. Ia bertujuan menyekatnya bertanding dalam satu pilihanraya kecil," tegasnya.
Hari ini, polis telah melengkapkan siasatan dakwaan liwat Anwar Ibrahim dan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Sebelum itu, pada jam tiga petang tadi isteri Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai ahli parlimen kawasan tersebut untuk memberi laluan kepada beliau bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi itu.
Wan Azizah bagaimanapun memberitahu beliau kekal sebagai Presiden KeADILan dan Pengerusi Yayasan Aman Malaysia.
Dalam sidang media di Ibu Pejabat KeADILan di Petaling Jaya jam 3 petang tadi, Wan Azizah juga memberitahu beliau telah menghantar surat perletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.
Pada pilihan raya baru-baru ini, Wan Azizah mendapat majoriti sebanyak 13,388 di Permatang Pauh menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail yang hanya memperolehi 16,950 undi.
Beberapa hari lalu, Anwar disebut-sebut akan bertanding di kerusi Kulim Bandar Baru, Kedah, selain beberapa kerusi di Lembah Klang termasuk Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Gombak
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
2:01:00 AM
