Recent Posts

Recent comments

Majlis Peguam harus hentikan kebiadaban terhadap Islam

Saya melihat akhir-akhir pihak-pihak bukan Islam bertambah biadap didalam tindak-tanduk mereka dalam hal berkaitan Islam dan bangsa Melayu.

[Lagi berita klik disini]

Bermula dengan menggunakan kes murtadnya Azlina Jailani menjadi Lina Joy. Tindakan Gereja Fatimah Brickfield membaptiskan Azlina tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan membuatkan mereka besar kepala.

Kemudian muncul Penerbitan Herald menuntut hak menggunakan nama ALLAH, yang tuntutan ini disokong pulak oleh Persatuan Gurdwara (Punjabi) Malaysia.

Ini diikuti oleh tuntutan Sidang Injil Borneo menuntut hak membawa masuk penerbitan Kristian Bahasa Melayu dari Indonesia.

Muncul pula Majlis Peguam mengadakan seminar berkaitan Hak Istimewa Melayu.

Kebiadapan mereka khususnya Majlis Peguam makin ketara bila mereka berkeras mahu menganjurkan Seminar Masuk Islam dengan fokus kepada mempertikaikan Artikel 121A yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah.

Mahkamah Persekutuan dalam kes Azlina Jailani telah membuat keputusan bahawa persoalan murtad dan convert adalah dibawah bidangkuasa mutlak Mahkamah Syariah.

Malahan Mahkamah Persekutuan memperjelaskan bahawa persoalan murtad/convert hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Syariah mengikut undang-undang Islam.

Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut dibuat setelah menafsir Artikel 121A dan Artikel 11 Perlembagaan.

Malahan kedua-dua pihak Islam dan bukan Islam diberi peluang sepenuhnya untuk mengemukakan hujah.

Tindak-tanduk Majlis Peguam seolah-olah mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Sebagai badan Peguam, sepatutnya mereka lebih arif menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan.

Mempertikaikan keputusan Mahkamah bererti menghina Mahkamah.

Saya melihat tindakan Majlis Peguam memperkudakan kes Shamala dan Subashini sebagai bahan seminar adalah jalan pintu belakang untuk mempertikaikan keputusan Mahkamah.

Lebih serius daripada itu, tindakan mengadakan seminar ini jelas menghina Islam.

Saya menyeru pembentang kertas kerja beragama Islam supaya menarik diri daripada menyertai seminar tersebut.

Saya juga nenyeru para peguam Muslim supaya kita segera membuka mata mempertahankan Islam. Mungkin sudah tiba masanya kita peguam Islam berusaha mengambil alih Majlis Peguam.

Bulan Oktober ini adalah bulan pemilihan ahli Majlis Peruam. Kita harus mengatur strategi yang jelas. Saya cabar peguam-peguam Islam supaya menyatakan pendirian kita dengan jelas.

Saya juga memberi amaran kepada Majlis Peguam khasnya dan golongan bukan Islam umumnya supaya jangan mencabar hak umat Islam. Kesabaran umat Islam ada batasnya.

Kamu mungkin melihat umat Islam di Malaysia ini kelihatannya lemah. Mungkin kamu sedang mengambil kesempatan melihat kedudukan umat Islam yang kelihatannya lemah akibat percakaran politik sesama kami.

Tetapi ingatlah disana ada umat Islam yang sedang memerhati gelagat kamu. Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap kamu sekiranya kamu terus-menerus dengan sikap provokatif kamu.

Saya menyeru kepada umat Islam supaya bersatulah kita diatas tali Allah. Ketepikan sentimen politik sempit dan rakus.

Pertahankan maruan agama kita. Dan marilah kita buktikan kesatuan ummah kita dengan turun dalam Himpunan Umat di hadapan bangunan Majlis Peguam pada pagi Sabtu 9 Ogos di Lebuh Pasar Besar, KL (sebelah Pasar Seni/Bank Pertanian).

Mari kita adakan perhimpunan aman dihadapan Majlis Peguam sekiranya mereka berkeras mahu meneruskan seminar biadap tersebut.

Let us be counted by Allah. Islam is under attack..Islam needs you..buktikan kecintaan kita kepada Islam. Turun ramai-ramai pada masa & tarikh yang disebut diatas. Allah hu akbar.

(Penulis adalah seorang peguam yang juga merupakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah - Editor)

Blogger Penarik Beca dibebaskan sebentar tadi

| 0 comments

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Hrkh) - Blogger Penarik Beca, Abu Bakar Mohd Rashid, 50, dibebaskan polis sebentar tadi setelah dua hari ditahan reman pihak polis.

[Lagi berita klik disini]

Beliau yang dihubungi Harakahdaily sebentar tadi mengesahkan pembebasannya.

Menurut beliau, sepasukan anggota polis yang diketuai pegawai penangkap, ASP Kamarulzaman Mohd Salleh, pegawai penyiasat ASP Hazizi Abdul Samad beserta lima pegawai berpangkat inspektor mengambilnya rabu lepas, kira-kira jam 11 malam.

Katanya, beliau terus dibawa ke Bukit Aman dan ditunjukkan pegawai polis terhadap posting di laman blognya yang didakwa menghina pasukan polis.

Posting tersebut berkaitan artikel yang bertajuk "Kenapa tak usik Raja Petra" bertarikh 14 Julai memaparkan logo polis yang telah diubahsuai dengan lambang seekor binatang ditengahnya.

Menurut Abu Bakar, beliau tetap mempertahankan artikel yang ditulisnya mengenai Raja Petra, tetapi mengakui pemaparan logo yang didakwa menghina polis itu suatu kesalahan.

"Tindakan tersebut (memaparkan logo) amat saya kesali dan sesiapa sahaja yang tersinggung, saya memohon maaf," ujarnya.

Menurutnya beliau sendiri tidak tahu mengubahsuai logo, tetapi memperolehinya dari sumber lain.

"Walaupun saya 'copy and paste', pihak polis tetap anggap ianya suatu kesalahan," katanya.

Katanya, beliau ditahan selama dua hari dan komputer ribanya masih dirampas polis

Demo bantah Majlis Peguam jam 8 pagi esok

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Hrkh) - Pelbagai pihak mendesak penganjuran forum awam bertajuk 'Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam yang akan diadakan di Auditorium Majlis Peguam esok dihentikan.

[Lagi berita klik disini]

Sehubungan itu, umat Islam yang pritahin untuk mempertahankan kesucian Islam diajak beramai-ramai membuat bantahan secara aman terhadap Majlis Peguam mulai jam 8 pagi esok.

Koordinator Majlis Bertindak Mempertahankan Akidah dan Syariah Islam, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya forum mengenai isu Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh soal memeluk Islam dan bidang kuasa Mahkamah Syariah itu.

Dalam kenyataan yang dipersetujui 18 Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu, beliau yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyatakan forum anjuran Jawatankuasa Undang-undang Keluarga Majlis Peguam itu menunjukkan Majlis Peguam cuba untuk memprovokasi masyarakat Islam.

Tegasnya, provokasi yang tidak perlu itu akan mencetuskan kemarahan masyarakat Islam kerana Majlis Peguam bukan pihak yang layak untuk membahaskan hal ehwal Islam.

"Kami mengingatkan agar Majlis Peguam jangan cuba bermain dengan api. Isu hal ehwal Islam adalah isu sangat sensitif kepada umat Islam.

"Tindakan ini jelas cuba menghidupkan semula usaha terdahulu yang dilakukan oleh beberapa kelompok dari Majlis Peguam bagi menubuhkan IFC dan kemudian diikuti pula oleh satu lagi usaha dari kumpulan yang menggelarkan dirinya sebagai Kumpulan Artikel 11,"katanya.

Tambahnya, usaha tersebut telah mendapat bantahan sebahgian besar masyarakat Islam dan dari pihak berkuasa sendiri.

Katanya, edaran surat jemputan mengenai pengenalan kepada forum tersebut jelas menunjukkan tujuan Majlis Peguam menganjurkan program tersebut adalah untuk mempersoalkan dan mencabar bidangkuasa Mahkamah Syariah yang termaktub dalam Artikel 121 (1A), yang mana Kes Subashini dan Shamala dijadikan asas untuk perbahasan ini diadakan.

"Kami menegaskan bahawa Majlis Peguam tidak ada hak untuk memandai-mandai dan cuba membahaskan hal yang berkaitan dengan undang-undang Islam secara terbuka.

"Kami mendesak supaya forum ini dihentikan oleh pihak berkuasa kerana ia boleh membawa kepada kemarahan masyarakat Islam yang tidak mahu undang-undang Islam dicabar oleh mana-mana pihak,"katanya yang mempersoalkan kenapa Majlis Peguam mahu mencampuri urusan yang bukan bidang kuasanya?

Mohamad Azmi menegaskan sebagai sebuah badan statutori sepatutnya menumpukan perhatian kepada memperkemaskan profesionalisme para peguam yang masih tidak diuruskan dengan sempurna.

Katanya, sebarang perbahasan yang berkaitan dengan urusan Islam hendaklah diutarakan kepada saluran khas.

Sehubungan itu katanya, Majlis Bertindak Mempertahankan Akidah dan Syariah Islam mencadangkan pihak kerajaan menubuhkan saluran khas ini supaya sebarang pandangan yang berkaitan dengan hal ehwal Islam didengari oleh mereka yang pakar dalam ilmu agama Islam .

Saluran khas tersebut katanya bertujuan untuk mengelakkan urusan Islam dibahaskan secara terbuka dan menimbulkan kekeliruan yang tidak perlu dikalangan masyarakat.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr Roslan Mohd Nor juga berpandangan sebarang perbahasan mengenai hukum-hukum Islam, perundangan, sistem dan hak-hak orang-orang Islam yang terkandung dalam perlembagaan tanpa merujuk kepada pihak yang berautoriti akan mengakibatkan kekeliruan dan salah faham terhadap Islam.

"Tindakan berkenaan adalah suatu usaha yang terancang yang disusun oleh pihak tertentu untuk secara berterusan mempertikaikan hak-hak yang terkandung dalam perlembagaan terhadap Islam.

"Kami memberi amaran kepada Majlis Peguam agar menghentikan segera penganjuran forum berkenaan atau menghadapi tindakan penentangan serius umat Islam di negara ini," katanya.

Sementara itu Pengerusi Badan Bertindak Anti Murtad (FORKAD), Ustaz Riduan Mohamad Nor turut sama menggesa umat Islam menghentikan keangkuhan golongan anti Islam di sebalik program Majlis Peguam.

Katanya, hak agama Islam yang harus diutamakan dan kontrak sosial tidak seharusnya dipertikaikan mana-mana pihak.

"Justeru kami mahu perbincangan terbuka persoalan yang sensitif ini dihentikan segera.

"Majlis Peguam angkuh kerana enggan mendengar nasihat Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta forum tersebut dihentikan," tegasnya.

Penarik Beca dilanjutkan tahanan satu malam lagi

| 0 comments

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Blogger Penarik Beca atau nama penuhnya Abu Bakar Mohd Rashid yang ditahan semalam, dilanjutkan tahanan satu hari lagi.

[Lagi berita klik disini]

Perkara ini disahkan isteri beliau, Salwa Abdul Samad kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Menurut Salwa, suami beliau ditahan sepasukan empat orang anggota polis sejak kira-kira jam 11 malam semalam di kediaman mereka di Taman Koperasi Polis dekat sini.

Peguam beliau, Mohamed Hanipa Maidin mengesahkan, Abu Bakar dibawa ke pejabat Bahagian Jenayah Perdagangan untuk disoalsiasat di bawah Akta Hasutan.

"Suami menghubungi saya, memberitahu beliau dilanjutkan tempoh tahanan untuk satu malam lagi, katanya polis hendak bersembang-sembang.

"Beliau dibawa ke mahkamah untuk dilanjutkan tahanan reman, tetapi ramai kawan-kawan yang menunggu tidak dapat berjumpa dengannya," kata Salwa.

----------------------------------------------------------------------------
[versi kosmo! klik disini]
Blogger'Penarik Beca' masuk lokap.

KUALA LUMPUR - Penulis blog 'Penarik Beca', Abu Bakar Mohd. Rashid, 50, ditahan polis malam kelmarin berikutan artikelnya berkaitan dengan polis dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Pegawai Penyiasat Siasatan Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Supt. Victor Sanjos berkata, Abu Bakar ditahan pada pukul 10 malam kelmarin di rumahnya di Taman Koperasi Polis di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)© Akta Hasutan 1948.

Abu Bakar dalam blognya menyiarkan artikel yang memaparkan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah diubah suai serta komennya mengenai kredibiliti Musa, termasuk dakwaan "Musa dikawal kumpulan kongsi gelap Cina," kata Sanjos kepada Bernama di sini semalam.

Sanjos berkata, polis turut merampas satu unit komputer riba untuk siasatan lanjut.

Penulis itu yang ditahan selama dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi akan dibebaskan hari ini, katanya.

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: