Recent Posts

Recent comments

Laman Web Rasmi Pilihanraya kecil Permatang Pauh


Permatang Pauh kini menjadi perhatian diseluruh dunia. Dari timur ke barat dan dari Utara ke selatan. Disini bakal terciptanya satu sejarah didalam dunia politik tanah air dan menjadi penentu kepada pembentukan sebuah kerajaan rakyat.

Pada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk hadir ke Permatang Pauh, anda bolehlah melayari www.permatangpauh.com untuk mendapat berita-berita terkini dari sini. Juga disediakan mukasurat untuk mendaftar sebagai sukarelawan.

Merdeka 51 - Merdekakah kita?

BebasBersuara: Merdekakah anda, mereka dan kita?Malaysia bakal menyambut kemerdekaan yang ke 51 tetapi persoalan tersebut wajar diutarakan kepada semua pihak. Merdeka dalam erti kata memperlihatkan jiwa yang matang, hati yang tenang serta perlakuan yang tidak sumbang.

Dalam seharian kita melakukan pelbagai aktiviti, adakah perlakuan kita tersebut mencerminkan kematangan dan kemerdekaan kita?

Dalam pembukaan sukan Olimpik 2008 di Beijing, agak menarik untuk diperkatakan apabila President China menggunakan sepenuhnya bahasa ibunda walaupun pembukaan itu ditontoni oleh berbilion penduduk dunia. Mungkin dua kali saja digunakan bahasa inggeris iaitu "Welcome to Beijing" dan "Olympics".

Merdekakah para pegawai kerajaan kita? Fikir-fikirkanlah.

Majlis Peguam diarahkan henti forum 'Memeluk Islam'

Kuala Lumpur(BebasBersuara): Pihak polis mengarahkan Majlis Peguam menghentikan forum 'Memeluk Islam' demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat pada jam 10 pagi ini.

[Lagi berita menyusul]

10:08am
Menurut ACP Mohd Zulkarnain Abdul Rahman, pihak Majlis Peguam bersetuju utk menghentikan forum tersebut selepas mendapat nasihat dari pihak polis.

PRESS STATEMENT - Pakatan Rakyat will secure fundamental liberties

Saya berjanji sebuah kerajaan yang diperintah Pakatan Rakyat, rakyat Malaysia tidak perlu lagi takut kepada penahanan dan perbicaraan yang wewenang. Pegawai polis dan pendakwaraya yang berkonspirasi untuk memfitnah dan memalukan orang yang tidak bersalah akan dihukum. Setiap rakyat Malaysia pasti akan mendapat perbicaraan yang adil, di mana seseorang itu tidak bersalah selagi adanya bukti yang jelas untuk membuktikan sebaliknya. Penggunaan kuasa polis dan Peguam Negara untuk menghukum musuh politik akan diharamkan bagi memastikan demokrasi yang sihat, di mana sebarang perbezaan pendapat bukan sahaja di benarkan malah digalakkan.

Dengan ini setiap hak rakyat Malaysia akan dianggap sebagai suci dan akan dilindungi oleh kehakiman yang bebas dipandui oleh prinsip-prinsip yang selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Perbicaraan bermotifkan politik yang dibuat ke atas saya, dengan izin Allah merupakan yang terakhir.

Apa yang berlaku semalam membuktikan saya sememangnya tidak bersalah dari sebarang pertuduhan yang muncul baru-baru ini. Laporan perubatan dan akuan bersumpah oleh Dr Osman yang muncul pada hari Khamis seharusnya menghilangkan sebarang keraguan dan pertanyaan yang masih timbul samada kejadian itu berlaku ataupun tidak. Kenyataan Dr Osman juga mengesahkan apa yang kami nyatakan sebelum ini berkenaan usaha memualkan pihak polis untuk memalsukan bukti di dalam kes ini, dengan cara yang sama di dalam memanipulasikan kes saya pada tahun 1998. Kredibiliti pihak polis pasti rosak dengan tiadanya penyiasatan yang teliti terhadap wujudnya salah tata urus penyiasatan kes saya.

Keselamatan doktor tersebut ternyata menjadi kebimbangan kami. Saksi utama kes berprofil tinggi di Malaysia sering hilang pada masa lalu seperti PI Balasubramaniam. Saya memuji individu-individu berani yang mempamirkan komitmen mereka kepada kebebasan dan keadilan dengan melangkah ke hadapan membawa bukti penting. Saya mahu pihak berkuasa memastikan keselamatan mereka.

Semalam di mahkamah, kita sedar kejelikan kes yang dibawa oleh pihak pendakwaraya ternyata mempunyai persamaan dengan kegagalan perbicaraan 1998, pendakwaan sudah pun bertukar dari aksi yang memaksa kepada aksi sukarela. Ini semua terjadi kerana konspirasi yang dicipta pada minggu terakhir bulan Jun sudah mulai retak dan berkecai. Ada usaha yang terburu-buru dari pihak polis untuk menutup sebarang kelemahan pengakuan petuduh. Usaha mereka pastinya gagal kerana bukti yang ada sangat jelas menunjukkan sebaliknya serta adanya rakyat Malaysia yang berani ke hadapan untuk membuktikan bahawa saya tidak bersalah.

Perdana Menteri telah secara cuai melibatkan dirinya dengan kes ini, dalam usaha untuk menggagalkan sebarang proses perubahan di Malaysia dan untuk menghindari kejatuhan kareer politik beliau. Penglibatan beliau dalam kes ini pasti mengakibatkan krisis tenat di dalam pentadbirannya. Penyokong kuat beliau di kalangan orang Melayu sendiri mulai muak dengan perkara ini. Tambahan lagi Perdana Menteri Abdullah Badawi sedang berhadapan dengan penyiasatan Badan Pencegah Rasuah berkenaan penglibatan beliau di dalam korupsi dan politik wang.

Bayangan korupsi dan salah urus ekonomi menjadi legasi pentadbiran beliau. Perdana Menteri Abdullah masih gagal memberikan sebarang penjelasan yang meyakinkan berkenaan keuntungan besar yang diraih oleh keluarga beliau hasil dari penglibatan keluarga beliau dalam skandal Minyak untuk Makanan yang melibatkan rakyat Iraq yang terdesak dan di ambang kematian.

Saya menasihati mereka di sekeliling beliau untuk menjauhi bahtera kepimpinan beliau yang bakal tenggelam itu selagi mereka mempunyai peluang.

Agenda Reform Pakatan Rakyat kembali ke landasan yang tepat dan Harapan Baru untuk Malaysia sudah semakin dekat. Kami akan memastikan kempen yang bersepadu untuk memenangi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti besar meliputi penduduk yang pelbagai latar dan etnik dari kawasan tersebut. Saya berhasrat untuk memasuki Parlimen pada 27hb Ogos 2008 dengan sokongan rakan-rakan saya di dalam pakatan sebagai pemimpin mereka yang baru.

ANWAR IBRAHIM
8hb OGOS 2008, PETALING JAYA, MALAYSIA

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: