KUALA LUMPUR (BebasBersuara) : Mengikut sumber dari pihak dalaman, Idris Jusoh bukanlah calon yang sesuai untuk jawatan Menteri Besar Terengganu. Pihak istana dikhabarkan memohon tiga nama, termasuk Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said dan Ajil, Datuk Rosol Wahid.
Desas-desus mengatakan bahawa salah satu syarat untuk menjadi MB Terengganu ialah mestilah pandai memberi khutbah. Benarkah itu syaratnya? Jika benar bagai dikhabarkan, mungkin Idris belum cukup layak untuk memberi khutbah. Semoga Tuanku dapat memilih calon yang paling sesuai untuk jawatan MB tersebut.
Recent Posts
Recent comments
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
7:20:00 PM
KUALA LUMPUR (BebasBersuara) : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti dari PKR, Muhammad Fairuz Khairuddin dan Adun Perai dari DAP, P Ramasamy sebagai timbalan ketua menteri.
Muhammad Fairuz dilantik sebagai timbalan ketua menteri 1 manakala Ramasamy timbalan ketua menteri 2. Lim yang mengangkat sumpah semalam berkata, keputusan melantik dua timbalan ketua menteri adalah untuk mewujudkan kepimpinan yang mewakili semua kaum.
Ini adalah kali pertama seorang wakil dari kaum India dilantik ke jawatan tinggi seumpama itu di Malaysia.
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js" type="text/javascript">
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
7:16:00 PM
Kuala Lumpur, 11 Mac - Agenda ekonomi KeADILan telah jelas terbukti menerima mandat rakyat, dan dengan kuasa yang telah diberi di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, pakatan parti pembangkang akan melaksanakan dasar-dasar pasaran bebas yang mesra-perniagaan, demi menggalakkan pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan asing dan melahirkan ketelusan dan kepertanggungjawaban yang lebih tinggi dalam urusan perniagaan.
Inilah yang disampaikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KeADILan, dalam kenyataan medianya yang diperoleh SuaraKeadilan.com hari ini.
Jelas beliau, pada 8 Mac yang lalu, rakyat Malaysia telah mengundi dan menambah empat kali ganda bilangan kerusi Parlimen yang dipegang parti pembangkang, justeru memberikan mereka 50% kerusi Parlimen di Malaysia Barat.
“Selepas sedekad tadbirurus ekonomi yang lemah, inflasi yang tidak terkawal dalam beberapa tahun yang lepas, dan daya saing yang semakin merosot berbanding negara-negara jiran kita, kami yakin bahawa di bawah kepimpinan kami, bersama-sama berganding bahu dengan pasangan-pasangan kami, kami akan dapat melaksanakan dasar-dasar baru untuk menjamin ekonomi Malaysia yang jauh lebih kuat dan bertenaga tinggi,” tegas beliau.
Beliau menerangkan bahawa salah satu prioriti mereka dalam minggu-minggu yang akan datang ini adalah untuk mula berdialog dengan para pelabur asing yang sudah bertempat di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Jelas beliau lagi, ini akan memastikan bahawa keyakinan para pelabur kekal kukuh dalam tempoh peralihan ini, di samping mengenalpasti masalah-masalah yang perlu ditangani kerajaan-kerajaan baru dalam meningkatkan lagi prestasi operasi pelabur asing di negeri-negeri mereka.
Menurut Dato’ Seri Anwar, dasar toleransi sifar kami terhadap rasuah akan dapat memberi kesan yang besar dari segi mengurangkan kos urus niaga dan membina keyakinan dalam perusahaan kecil dan sederhana.
Beliau turut menerangkan bahawa mereka juga merancang untuk menyekat kakitangan kerajaan daripada berurusniaga dengan kerajaan, seterusnya mengurangkan insentif untuk kronisme dan perjanjian dalaman yang begitu membelenggu kerajaan sekarang.
Kata beliau lagi, Agenda Ekonomi Malaysia, yang merupakan salah-satu titik-tolak janji pilihanraya KeADILan, akan dapat dilaksanakan di peringkat negeri demi mengurangkan impak dasar bertunjangkan kaum, seterusnya memperkenalkan sistem berdasarkan merit yang akan lebih berdaya-saing.
Menurut beliau, ini akan serta-merta meningkatkan pelaburan asing, menambahkan hasil percukaian negeri, seterusnya mengurangkan jurang pendapatan dan sosio-ekonomi.
“Kami juga akan menunaikan janji kami untuk melindungi mereka yang tersisih dari semua komuniti etnik di Malaysia,” kata Dato’ Seri Anwar.
Beliau juga menjelaskan bahawa tahap kemenangan pakatan pembangkang yang tidak terjangka sememangnya agak mengejutkan negara dan rantau ini. Justeru itu, penyesuaian jangka pendek di BSKL dan ringgit yang lebih lemah memang telah dijangka.
Namun begitu, pada hemat beliau, situasi tersebut tidak akan melarat kecuali jika Barisan Nasional memilih untuk cuba menghukum rakyat dengan menyekat dana pembangunan yang sepatutnya pergi ke negeri-negeri yang kini telah tumbang kepada pembangkang.
“Akan tetapi, kami memberi amaran kepada Barisan Nasional: tindakan sebegitu akan hanya memburukkan lagi kedudukan mereka dalam pandangan rakyat Malaysia.”
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
10:33:00 PM
On Saturday night, the initial count for the Rembau parliament constituency in Negri Sembilan showed that PKR had taken the seat by a razor-thin majority of 141 votes.
A recount however saw a complete reversal - Khairy Jamaluddin, son-in-law of premier Abdullah Ahmad Badawi, won by a staggering difference of 5,000 votes.
==>> Click here for more news
For opposition party PKR, this stark gap came in as a shock and consequentially became a solid basis for suspicion.
Rembau’s PKR candidate Badrul Hisham Shaharin is today considering a legal challenge against the result.
Speaking at a press conference held at the Chinese Assembly Hall in Kuala Lumpur today, Badrul (photo) said he was far from satisfied with the final outcome.
In the final results, Khairy bagged 26,525 votes against Badrul's 20,779, with a majority of 5,746.
In the 2004 elections, BN had retained its Rembau stronghold with a whopping 18,656 majority.
Had Badrul won the seat, it would have been considered one of the major upsets in Saturday's elections.
“There were (also) irregularities in the vote counting procedure. The Election Commission (EC) did not issue the ‘Form 14' to us when it was compulsory to do so,” said Badrul, a former teacher and member of PKR supreme council.
Elaborating, Badrul said that Form 14 was an extremely important procedure as the document was one of the many measures that was in place to prevent vote-rigging.
Form 14 contains the number of total voters for a particular polling station and once the vote counting has been finalised, the form will be the official indicator of the number of votes designated for each candidate.
If the form was not issued, the results could not be considered as an official one but most importantly, it gave way for manipulation as the number of votes may be added in favour of a particular candidate.
It is compulsory for the form to be issued from each polling stations to each of the candidates’ polling agents stationed there.
BN’s acts of hooliganism
“We will talk to our lawyers and will consider issuing a petition to challenge the results and call for a re-election,” said Badrul.
One of Badrul supporters then added that the matter of Form 14 not being issued itself was enough to nullify the Rembau election results and they will definitely be looking into the possibility of doing so.
Besides allegations of electoral fraud, Badrul also took a shot at Khairy and BN by claiming that the constituency’s campaigning period was marred with BN hooliganism.
“There were various instances where our posters, banners and supporters were harassed by Khairy’s supporters,” he said, adding that there were more than 20 police reports lodged by him and his supporters as a result of alleged BN aggression.
He also alleged that Khairy’s campaigning cost had exceeded the quota allowed by the EC and also accused the latter of using government machineries like schools to campaign.
Posted by
.::BebasBersuara::.
at
10:31:00 PM
