Recent Posts

Recent comments

Kenderaan milik Pegawai IT PAS dicuri

|

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Hrkh) - Kereta Proton Wira milik Pegawai IT Pejabat Agung PAS, Abdullah Atan dicuri tempat letak kereta di Stesyen Komuter Sungai Buloh malam tadi.

Abdullah memberitahu kehilangan kereta berwarna merah hati dengan nombor plat WJE 2413, disedari sebaik tiba di stesyen tersebut kira-kira jam 7.40 malam.

Katanya, laporan polis mengenai kehilangan kenderaan beliau telah dibuat di IPD Gombak malam tadi.

"Barangsiapa yang terlihat kereta saya, sila hubungi saya ditalian 013-3403454 atau pegawai penyiasat Mohd Aziz Kashimiri ditalian 013-3692655," ujarnya.

Menurut Abdullah, akibat kehilangan kenderaan beliau mengalami kesukaran untuk menjalankan tugasnya di Pejabat Agung PAS dengan sempurna.

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: