Recent Posts

Recent comments

RPK dihantar ke Kamunting

|

KUALA LUMPUR (BebasBersuara): Penulis blog Raja Petra Kamaruddin dihantar ke Kamunting selama 2 tahun.

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar telah menandatangani perintah penahanan tanpa bicara Raja Petra malam tadi.

Raja Petra telah ditahan di bawah ISA kerana didakwa boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam pada 12 September lalu.

Pada 6 September lalu, Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor Malaysia Today itu mungkin ditahan dibawah ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.
Mereka mendakwa komen beliau dalam artikel yang bertajuk "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.
Raja Petra juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam lamanwebnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk "Not all Arabs are descendants of the Prophet".

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Kali pertama, beliau ditangkap di bawah ISA pada 11 April 2001 ketika gerakan reformasi di mana sembilan orang telah ditahan. Pada masa itu, beliau merupakan webmaster lamanweb FreeAnwar.com ketika itu.

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: