Recent Posts

Recent comments

Beras oh Beras!

|


Beras melambung naik, seiring kenaikan seluruh dunia. Agaknya apakah yang tidak akan naik? Apabila barangan asas naik, maka secara teorinya barangan lain akan turut naik. Harga makanan siap untuk dimakan juga akan meningkat seiring kos operasi. Jika dua bulan lalu di sekitar Lembah Klang, harga sebungkus nasi putih ialah RM1 kini kenaikan sehingga Rm1.50 pasti akan berlaku.

Tindakan menyalahkan kerajaan dalam hal ini bukanlah sesuatu yang bijak sebaliknya golongan pendesak mesti mendesak kerajaan agar mengurangkan malahan menyekat terus kemasukan pekerja asing ke bumi bertuah ini. Alasannya cukup mudah, dengan kebanjiran warga asing tidak kira dari India, Bangladesh, Myanmar, Nepal, Vietnam yang bekerja secara sah mahupun haram maka kekurangan bekalan makanan domestik pasti berlaku. Apa yang pasti ialah kira-kira 1.5 juta warga asing turut sama berkongsi barangan harian, makanan, mahupun kemudahan seolah-olah Malaysia mempunyai lebihan sumber!. Akan tetapi benarkah akibat dari pembelian dari pihak warga asing tersebut menyebabkan bekalan kurang seterusnya harga melambung naik? Soalan sebegini wajar dijawab oleh pihak kerajaan memandangkan kebanjiran warga asing seolah-olah tidak dapat dibendung dan semacam ada keseronokan di pihak terbabit atas kemasukan warga asing ini atau ada pihak yang mengaut keuntungan diatas kebanjiran warga asing ini.

Jika diamati dengan lebih teliti, kekurangan bekalan makanan atau lebih tepat kenaikan harga di pasaran, pasti akan menyebabkan kenaikan index jenayah. Ini disebabkan oleh teori manusia perlu terus hidup dan untuk terus hidup manusia perlu mendapatkan makanan. Jika harga terus meningkat, tekanan terus meningkat dan kuasa membeli semakin kurang sudah pasti berlakunya jenayah kecurian, ragut, rompakan, pecah rumah. Lebih memburukkan keadaan apabila pencuri tersebut juga terlibat dalam kegiatan mencuri barangan awam seperti besi penutup longkang, kabel elektrik atau telekomunikasi dan sebagainya. Secara kebetulan di Sabah juga berlaku kehilangan besi penyokong menara elektrik yang menyebabkan rakyat Sabah bergelap beberapa hari lalu.

Pihak kerajaan diharapkan agar lebih prihatin terhadap rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan bukan sahaja sekadar menyarankan rakyat berpada-pada dalam berbelanja dalam erti kata lain berbelanja mengikut kemampuan! Prihatin yang dimaksudkan bukan juga sekadar memberi bantuan beras, susu, tepung dan lain-lain sebaliknya mencari punca kekurangan bekalan domestik yang menjadi asas kehidupan rakyat Malaysia seterusnya bertindak agar rakyat tidak terus tertindas menghadapi kemelesetan ini.

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: