Recent Posts

Recent comments

Bahana cinta warga asing

KUALA LUMPUR (BebasBersuara) : Usia baru mencecah 12 tahun tetapi sudah menjadi isteri seseorang. Bukan kah itu sesuatu yang memeranjatkan rakyat Malaysia?

Bahayanya rakyat Indonesia dari Lombok harus menjadi iktibar buat rakyat Malaysia. "Lanun-lanun" ini bukan setakat merompak harta rakyat Malaysia tetapi lebih teruk apabila berani "merompak" anak gadis kita. Dilarikan ke Lombok untuk dinikahi samada secara sukarela atau secara paksa itu sudah menjadi budaya dan adat masyarakat Lombok. Perbuatan ini amatlah bertentangan dengan nilai-nilai murni rakyat Malaysia tetapi apa yang penting ialah bagaimana untuk menghalang kejadian sebegini dari berterusan. Bukan seorang malahan hampir 20 orang menjadi "habuan" para lanun Lombok.

Ingatlah wahai anak-anak Malaysia, bahayanya bermain cinta bersama rakyat warga asing telah berulang kali digambarkan oleh media mahupun oleh para pemimpin negara. Usah sesekali menjadi mangsa yang kononnya menyintai sepenuh hati sebaliknya merempat di negara orang. Malahan ada yang menjadi pengemis dan hidup dalam kedaifan di negara orang akibat dari tindakan melulu diri sendiri.

Taktik yang mudah, bermain cinta sama ada secara sukarela atau "paksa-rela". Kemudiannya dijanjikan kehidupan yang bahagia lalu berjanji sehidup semati dan akhirnya merancang melarikan diri bersama para "lanun" tersebut. Kesudahannya dengan kehidupan yang tidak berkat akibat membelangi keluarga di tanah air maka jadilah anak-anak kita ini pengemis di negara orang. Lebih malang apabila suami yang dicintai tersebut meninggalkan isteri sesudah bernikah.

Sekadar peringatan buat anak-anak Malaysia, ingatlah bahawa negara kita ini penuh dengan kemewahan dan kebahagian buat seluruh anak Malaysia. Jadikanlah iktibar diatas apa yang sedang melanda anak-anak kita ketika ini.

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: