KUALA LUMPUR (BebasBersuara) : Laporan Kosmo! [5 April 2008] menyebut seorang wanita telah ditipu oleh Ah Long atau ceti haram sebanyak RM5000. Dimanakah hero UMNO yang selama ini dikatakan mampu menerima sebarang laporan tak kira apa kes sekali pun? Ini satu lagi episod seorang wanita meminta bantuan dari Michael Chong dari Biro Aduan MCA.
Menceritakan semula kejadian, mangsa memberitahu, dia mula berurusan dengan ah long penghujung tahun lalu selepas lebih 10 pinjaman peribadi yang dibuat di bank tidak diluluskan.
Menurut Lina, dia mula tertarik untuk membuat pinjaman dengan ceti haram itu selepas melihat satu iklan di rumahnya di Setiawangsa.
“Selepas menghubungi seorang lelaki bernama Lee untuk membuat pinjaman sebanyak RM5,000, dia kemudian meminta saya menunggu panggilan daripada rakannya bagi membantu saya mendapatkan pinjaman tersebut,” katanya di Wisma MCA semalam.
Beberapa hari kemudian, seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Ah Seng menghubunginya dan meminta dia memasukkan wang duti setem sebanyak RM1,000 ke dalam satu akaun.
“Sehari kemudian, seorang lelaki bernama Kenny menghubungi saya dan meminta saya memasukkan lagi wang sebanyak RM3,000 ke dalam satu akaun lain,” katanya.
Menurut Lina, dia yang mula curiga bagaimanapun tenang sebaik dimaklumkan bahawa wang tersebut adalah sebagai deposit.
“Saya kemudian memasukkan jumlah yang diminta tetapi wang yang saya perlukan masih belum dimasukkan ke dalam akaun saya.
Malangnya dia gagal menghubungi Kenny tetapi sebelum seorang lagi lelaki yang bernama Henry bertemu saya di sebuah restoran makanan segera dan memberikannya wang RM250 sebagai pendahuluan.
“Bagaimanapun, Henry juga meminta saya memasukkan wang RM1,600 sebagai deposit ke dalam satu akaun bank sebelum memberikan pinjaman sebanyak RM10,000.
“Saya kemudian memasukkan jumlah tersebut selepas meminjam dari rakan-rakan terdekat,” katanya.
Lina berkata, dia berasa takut dan seolah-olah tertipu selepas menyedari wang yang dipinjam tidak dapat sebaliknya dia pula yang meminjam daripada rakan-rakan untuk ceti haram tersebut.
Persoalan disini bukanlah berapa kerugian yang dialami oleh mangsa atau apa punca ditipu oleh Ah Long sebaliknya dimanakah tempat yang sepatutnya mangsa hubungi? Sepatutnya Biro Umno yang menerima laporan ini kononya UMNO adalah parti yang memperjuangkan Melayu dalam segala hal. Malangnya inilah tambahan satu lagi episod seorang wanita Melayu meminta pertolongan dari MCA. Bukankah UMNO hero segala hal?
0 comments:
Post a Comment