KUALA LUMPUR (BebasBersuara) : Rakyat di beritakan bahawa kerajaan akan mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar bagi penumpang yang duduk dikerusi belakang. Ini adalah satu langkah yang dibuat oleh kerajaan bagi mengurangkan kemalangan maut di negara ini.
Sebenarnya tindakan menguatkuasakan penggunaan tali pinggang keledar belakang bukanlah satu tindakan yang tepat. Ia lebih kepada tindakan politik demi meraih sokongan agar orang-orang politik ini kelihatan seperti bekerja untuk rakyat.
Alasannya sangat mudah, ramai kematian akibat kemalangan dimana penumpang belakang tercampak ke depan dan adakalanya tercampak keluar. Ini bukan lah persoalannya. Mungkin kerajaan tidak faham isu yang ditimbulkan oleh rakyat. Sebenarnya memakai tali pinggang keledar belakang bukanlah cara menguragnkan kemalangan maut. Tetapi bagi BebasBersuara, mengurangkan kemalangan maut adalah dengan mengajar pemandu cara pemanduan berhemah.
Kenapa kereta menteri- menteri di Malaysia kurang terlibat dengan kemalangan? Jawapannya mudah iaitu mereka di eskot oleh pihak polis dan keduanya kerana pemandu mereka sangat cekap memandu walaupun dalam pemanduan yang laju. Ketiga kerana keadaan kenderaan yang diselenggara dengan baik.
Penekanan harus diberikan kepada pemandu dan bukannya kepada penumpang dibelakang. Bolehkah menteri terbabit memakai tali pinggang keselamatan belakang sepanjang perjalanan mereka? Pernahkah anda (rakyat jelata) ternampak menteri terbabit menggunakan tali pinggang samada di depan atau dibelakang? Kerajaan harus peka terhadap punca masalah dan bukannya sekadar menguatkuasakan demi politik diri sendiri.
Jika dibolehkan menegur kerajaan, BebasBersuara ingin membangkitkan isu perlanggaran kenderaan ini. Kenapa setiap kali kemalangan pemandu kenderaan belakang dipersalahkan? Bagaimana pula jika kemalangan berpunca dari kenderaan dihadapan sebelum kenderaan belakang melanggar kenderaan tersebut? Sistem telah mengatakan kenderaan belakang yang harus dipersalahkan. Perkara seperti ini harus difikirkan dan bukan sekadar bertindak demi mencari glamour yang akhirnya memakan diri.
Recent Posts
Recent comments
Posted by .::BebasBersuara::. at 10:40:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment