Recent Posts

Recent comments

Pembaziran Rosmah, Dr. M Kerajaan Perlu Jelaskan

| 0 comments

Parlimen, 28 Mei (SK) – Kementerian Luar hari ini diminta menjelaskan soal pemberian cek bernilai USD1.2 juta kepada sebuah pertubuhan American International Centre yang mempunyai hubungan rapat dengan pelobi agen Yahudi, Jack Abramoff.

Difahamkan bahawa bukti cek bertarikh 6 Mac 2002 tersebut dikeluarkan Kedutaan Malaysia di Washinton DC semata-mata bertujuan mengatur pertemuan antara Dr. Mahathir dengan George W. Bush suatu ketika dahulu.

Persoalan ini ditimbulkan Mohamed Azmin Ali (KeADILan-Gombak) semasa membahaskan peruntukkan tambahan melalui pindaan Rang Undang-Undang, Akta Perbekalan Tambahan Tambahan (2007) 2008 bagi Kementerian Luar.

Azmin turut meminta Kementerian Luar menjelaskan tentang beberapa aduan menyalahgunakan peruntukkan kementerian tersebut khususnya oleh pemimpin negara yang bercuti di luar negara di samping menguruskan hal isteri-isteri mereka.
Antara aduan yang banyak diterima adalah mengenai isteri Timbalan Perdana Menteri, Rosmah sewaktu lawatannya ke Bandaraya London. Dilaporkan beliau berbelanja dengan begitu mewah dengan beberapa kos terpaksa ditanggung kedutaan Malaysia di London dan MAS berikutan keengganan membayar cukai.

Pembangunan Tanah UM Adik Najib Terlibat?

Parlimen, 27 Mei (SK) – Soalan mengenai pembangunan 11 hektar tanah di Universiti Malaya oleh syarikat yang punyai kaitan dengan adik Timbalan Perdana Menteri, Mohd Johari Abdul Razak enggan dijawab Kerajaan hari ini.



[Lagi berita klik disini]

Soalan tersebut tidak dijawab Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Idris Haron sebaliknya memesongkan jawapannya mengenai beberapa langkah penarafan Institusi Pengajian Tinggi di negara ini.

Isu tersebut dibangkitkan Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) daripada soalan asal beliau mengenai langkah-langkah kerajaan meningkatkan kedudukan universiti awam dalam ranking universiti dunia.

Menurut Mohd Nasir, tindakan membangunkan 11 hektar tanah di institusi berkenaan secara tidak langsung menyebabkan universiti hilang fokus terhadap ‘core-business’ untuk melahirkan graduan kelas pertama yang sekaligus boleh menjatuhkan ranking universiti itu di peringkat antarabangsa.

Mohd Nasir turut meminta penjelasan mengenai tindakan kerajaan memendekkan tempoh perkhidmatan Naib Cancelor daripada tiga tahun kepada 6 tahun sebagaimana yang berlaku di Universiti Malaysia dan UNIMAP.

“Adakah tindakan itu dibuat terhadap Naib Cancelor yang tegas menjalankan keputusannya yang boleh menyebabkan golongan yang punyai hubungan rapat dengan parti pemerintah tergugas”, kata beliau dalam soalannya.

Usul Pulau Batu Puteh yang dibawa Salahuddin ditolak Speaker Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Usul tergempar di bawah Perkara 18 (1) yang dibawa Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) ke Dewan Rakyat mengenai kes Pulau Batu Puteh ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meskipun beberapa kali ditegaskan Salahuddin supaya ia dibahaskan.



[Lagi berita klik disini]

Salahuddin yang bangun membacakan usul itu tidak berpuas hati dengan alasan Pandikar yang enggan membenarkan usul itu untuk dibahaskan.

Bagi Salahuddin perkara itu perlu dibahaskan kerana ia adalah soal kedaulatan dan keselamatan negara.

"Saya bangun merayu dan menggunakan pelbagai peraturan mesyuarat di bawah perkara 18 (1) 3B, saya merayu demi rakyat Malaysia, demi maruah dan kedaulatan negara supaya usul ini diambil perkiraan oleh Dewan Rakyat.

"Biarlah negara mencacatkan sejarahnya sendiri apabila Parlimen hari ini membincangkan soal kedaulatan negara yang terlepas kepada Singapura ini, ini soal kedaulatan saya tidak akan duduk selagi ia tidak dibincangkan," ujarnya dengan nada yang tegas.

Menurut Salahuddin, perbahasan usul ini amat penting bagi Parlimen merakamkan penjelasan bagaimana kegagalan dan kelemahan pasukan pembela kerajaan dalam menyediakan bahan bukti dalam membawa kes Batu Puteh ke Makhamah Antarabangsa (ICJ).

Beliau mahu pengajaran dalam kes Pulau Batu Puteh diambil iktibar oleh kerajaan kerana kes yang serupa (tuntutan sempadan dengan Singapura) juga akan berulang selepas ini.

Bagaimanapun Speaker Dewan Rakyat enggan membenarkan Salahuddin meneruskan usul itu untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

Timbul kekecohan sebelum itu apabila Salahuddin beberapa kali bangun mendesak budi bicara Speaker Dewan Rakyat meluluskan usul tersebut untuk dibahaskan.

Beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat bangun untuk menyokong usul itu apabila Salahuddin meminta sekurang-kurangnya 15 orang ahli Dewan Rakyat bangun bagi menyokong permintaannya di bawah Perkara 18 (1) 3B.

Antara yang bangun semua ahli Parlimen PAS termasuk, Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena); Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) dan Pakatan Rakyat yang lain antaranya dari DAP dan KeADILan.

Kedengaran suara-suara sinis dari ahli Parlimen Pakatan Rakyat memperli ahli-ahli Parlimen BN yang enggan bangun menyokong usul itu untuk dibahaskan.

Namun akhirnya usul itu tetap ditolak Speaker Dewan Rakyat dari dibahaskan.


[Sambungan]

BN bakulsampahkan usul Batu Puteh

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Rakyat yang mempunyai semangat patriotisme boleh menilai dan menghakimi sendiri sikap dan gelagat Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional ketika usul mengenai kehilangan Pulau Batu Puteh dibentangkan di Dewan Rakyat pagi ini.

[Lagi berita klik disini]

"Ketika saya menggunakan peraturan yang memerlukan sekurang-kurangnya 15 Ahli Parlimen bangun untuk menyokong supaya usul itu dibahaskan, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) bangun beramai-ramai sebagai tanda sokongan.

"Malangnya, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), khususnya yang mewakili Umno Johor, enggan bangun untuk menyokong supaya usul itu dibahaskan. Hebat Umno Johor.

"Saya sangat kagum dengan semangat patriotisme mereka sehingga enggan menyokong supaya isu kehilangan Pulau Batu Puteh dibincangkan!" kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang membentangkan usul tersebut.

Hakikat bahawa usul tersebut tidak dibentangkan bukan untuk kepentingan PAS atau PR, sebaliknya demi kedaulatan negara, menambahkan kekaguman Ahli Parlimen Kubang Kerian itu kepada semangat patriotisme ahli-ahli Parlimen BN itu.

"Usul itu tidak bersifat politik kepartian dan yang pertama mengenai Pulau Batu Puteh dalam sesi Parlimen kali ini. Sepatutnya semua ahli Parlimen BN menyokong usul itu," kata Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Mat Ramli.

Tetapi, kata Ahli Parlimen Kuala Krai itu, sikap divisif yang memandang pembangkang sebagai lawan menyebabkan isu tersebut sekalipun menjadi isu yang dibakulsampahkan.

"Kalau ahli-ahli Parlimen BN bangun untuk menyokong supaya usul itu dibahaskan tadi, saya yakin keputusan Yang DiPertua dewan boleh berubah," kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar yang juga amat kagum dengan semangat patriotisme ahli-ahli Parlimen BN itu.

Lebih mengkagumkan, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, ialah sikap ahli-ahli Parlimen BN yang hanya menjadi tukang angguk walaupun dalam isu membela kedaulatan negara yang telah tercalar dengan kehilangan Pulau Batu Puteh.

Walaupun mengakui semua pihak bersedih atas kecuaian yang berlaku sehingga negara kehilangan Pulau Batu Puteh tetapi Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tetap dengan keputusannya menolak usul Salahuddin untuk membincangkan kehilangan Pulau Batu Puteh.

Beliau sebelum itu menolak usul tersebut kerana berpendapat usul tersebut tidak perlu disegerakan kerana Malaysia telahpun bersetuju dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Setelah usul itu ditolak untuk dibahaskan, Salahuddin kemudiannya menggunakan peruntukan dengan meminta sekurang-kurangnya 15 ahli Dewan Rakyat untuk bangun menyokong usul tersebut.

Kesemua Ahli Parlimen PR bangun untuk menyokong usul itu supaya dibahaskan.

Ketika itu, Mahfuz berkata kepada ahli-ahli Parlimen BN "sebelah sana tak bangun!"

Terdengar juga suara Ahli Parlimen PR yang berkata "takutkah, larikah?".

Meskipun begitu, Yang Dipertua dewan tetap dengan keputusannya yang menolak usul itu dibahaskan.

Ketika itu, beliau ditanya "macam mana tak puas hati?"

Sambil membangkitkan keputusan ICJ itu telah dipersetujui oleh kerajaan Malaysia, Pandikar Amin menjawab: "Ada kala saya puas hati (untuk dibahaskan) umpamanya dalam isu beras".

Ketika itu, Salahuddin terus merayu agar usul itu dibahaskan kerana usul tersebut adalah isu keselamatan dan kedaulatan negara.

"Saya menghormati, saya merayu, saya merayu atas nama negara, saya merayu atas nama rakyat, saya merayu atas nama kedaulatan ngara, saya merayu agar dibahaskan.

"Ini bukan isu PR, ini isu negara!" Ahli Parlimen Kubang Kerian itu merayu.

Ketika itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat menyatakan beliau juga merasa sedih dengan kehilangan Pulau Batu Puteh itu.

"Perasaan Yang Berhormat adalah perasaaan kita semua, saya setuju kita ambil iktibar.

"Kalau itu kesilapan kita semua, kita ambil iktibar, di masa akan datang simpan rekod dengan cara baik.

"Mohon maaf kerana tidak dapat layan," kata beliau sambil mencadangkan Salahuddin mengemukakan usul di bawah Peraturan 43 Dewan Rakyat.

Salahuddin menjawab, kalau dibahaskan di bawah peraturan 43 akan hilang kesegeraan.

"Apa salahnya Parlimen yang mulia merakamkan apa sebab kita kalah?" tanya beliau sambil menekankan jawapan menteri mengenai kekalahan di dalam ICJ itu sepatutnya dirakamkan oleh Dewan Rakyat.

Pandikar Amin kemudiannya menerangkan bahawa sebelum beliau menolak usul itu, beliau telah "ambil kira dengan baik" dan kalau dibahaskan sekalipun, katanya lagi, hanya iktibar sahaja yang boleh diambil.

Salahuddin mencelah, "kita ada banyak lagi pulau yang kita berhadapan dengan Singapura!"

Yang Dipertua dewan kemudiannya bertanya, tidak cukupkah dengan mengambil iktibar kerana "kalau bahas pun keputusannya juga ambil iktibar".

"Kita ambil iktibar bahawa perkara seperti ini tidak harus berlaku, saya cukup bersimpati, saya faham perasaan Kubang Kerian. Kita semua mempunyai perasaan yang sama seperti Kubang Kerian," katanya.

Memandangkan Yang Dipertua dewan bersungguh-sungguh merayu dan menyarankan pula Salahuddin agar membahaskannya dalam perbahasan tambahan, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu akhirnya beralah.

Ketika membentangkan usulnya, Ketua Pemuda PAS itu menekankan bahawa keputusan ICJ melenyapkan kedaulatan negara ke atas pulau tersebut.

Hakikat bahawa pulau itu diserahkan kepada British dengan kebenaran Sultan Johor ketika itu, kata beliau, menunjukkan Pulau Batu Puteh milik Malaysia.

Memandangkan begitu banyak isu tertunggak dengan Singapura termasuk isu pembekalanair ke pulau itu, isu Pulau Api di Pulau Pisang dan lain-lain, beliau mahu kehilangan kedaulatan negara itu menjadi pengajaran yang amat besar bagi menjaga kedaulatan negara.

Beliau menyarankan Dewan Rakyat membahaskan apakah punca kekalahan Malaysia di ICJ.

Adakah kekalahan itu akibat "kelemahan hujah" atau "kelemahan persediaan".

"Rakyat Malaysia amat meragui kemampaun pasukan yang diketuai oleh Peguam Negara," kata beliau sambil menekankan perlunya usul itu dibahaskan kerana ia melibatkan kedaulatan negara.

Selangor haramkan Islam Hadhari - Dr Hassan Ali

SHAH ALAM, 27 Mei (Hrkh) - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang pertama selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat mengumumkan langkah mengharamkan sebarang program yang ada kaitan dengan konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di negeri itu.



[Lagi berita klik disini]

"Kita haramkan Islam Hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup.

"Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah ImageSelangor ini dan bukannya Islam Hadhari," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dato' Dr Hassan Mohamed Ali semasa menggulung perbahasan di hari akhir sidang DUN itu di Shah Alam Isnin.

Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program, termasuk khutbah yang menyentuh atau ada hubung kait dengan Islam Hadhari.

Kopi tongkat ali kurang khasiat kesihatan


Agak menarik apa yang BebasBersuara terjumpa secara tidak sengaja di internet. Ketika masyarakat sibuk menyatakan keinginan mencuba "kuasa" tongkat ali didalam kopi pracampuran, sedangkan "tiada" khasiat yang terkandung didalam kopi tersebut malahan tidak keterlaluan jika dikatakan sebagai sia-sia. Beralihlah kepada tongkat ali "original"
Petikan akhbar penuh sila baca [disini]

Bukan Batu Puteh saja, maruah juga lama digadai

KUALA LUMPUR, 24 Mei - Bukan Pulau Batu Puteh sahaja yang terlepas kepada Singapura malah maruah dan kedaulatan negara ini juga telah lama tergadai kepada pulau itu, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

[Lagi berita klik disini]

"Umno tidak perlu lagi bercakap mengenai kedaulatan negara, maruah negara, hak istimewa Melayu, Dasar Ekonomi Baru atau apa sahaja. Hampir kesemuanya telah dipersembahkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) kepada konco-konco Lee Kuan Yew," kata beliau ketika diminta menngulas keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan pulau itu adalah milik Singapura.

Sebelum ini, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, kerajaan BN telah menggadaikan maruah dan kedaulatan negara kepada Singapura dengan pembatalan jambatan bengkok dan pembukaan wilayah Malaysia kepada pulau sempit itu di Wilayah Pembangunan Iskandar.

"Kalau Pulau Batu Puteh direntap oleh keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), maruah dan kedaulatan negara ini dipersembahkan sendiri oleh kerajaan Barisan Nasional kepada Malaysia.

Gadai maruah

"Keputusan mahkamah kita hormati. Tetapi bolehkah kita hormati keputusan membatalkan pembinaan jambatan bengkok yang sekaligus merupakan penyerahan maruah dan kedaulatan negara kepada Singapura?" beliau mempersoalkan.

Tidak ada siapa pun atau mana-mana mahkamah pun yang menyatakan Malaysia tidak berhak membina jambatan itu, tetapi kerajaan Umno dan BN telah membatalkannya kerana takut berhadapan dengan tekanan Singapura.

"Walaupun kita menghormati keputusannya, kita masih lagi berhak untuk merasa tidak puas hati kepada keputusan ICJ yang menyerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura semata-mata kerana surat Penolong Setiausaha kerajaan Johor pada 1953 kepada Singapura yang tidak menuntut hak milik ke atas pulau itu dan kesilapan kerajaan Malaysia yang tidak tidak berbuat apa-apa untuk menunjukkan haknya ke atas pulau itu selama lebih 100 tahun. Sedangkan, kita baru 50 tahun merdeka dan Singapura pula pernah menjadi sebahagian dari Malaysia walaupun keluar pada tahun 1965.

Paling malang

"Tetapi, hari yang lebih malang dan paling malang kepada kita sebagai rakyat negara ini ialah apabila kerajaan Umno dan BN mempersembahkan maruah dan kedaulatan negara ini kepada Singapura," katanya.

Menurut beliau, Malaysia terlalu banyak memberi kepada Singapura.

"Tidak megapa kita hanya mendapat batu yang tenggelam bila air pasang dan hanya boleh dilihat bila air surut (Batuan Tengah dan Tubir Selatan) kerana itu keputusan ICJ, walaupun Pulau Batu Puteh terletak hanya kira-kira 12.8 kilometer (km) dari Pengerang, Johor dan 64 km ke timur Singapura," kata Mahfuz yang pernah berusaha memasang bendera Malaysia di Pulau Batu Puteh ketika beliau menjadi Ketua Pemuda PAS dahulu setelah menyedari kerajaan Umno dan BN mendiamkan diri apabila Singapura mengibarkan benderanya di pulau sejak 1977 lagi.

Percubaan itu dihalang oleh polis Malaysia atas sebab keselamatan.

Tetapi, katanya lagi, dalam perkara yang tidak ada keputusan mahkamah pun Malaysia sentiasa mengalah kepada Singapura.

Tidak masuk akal

"Air kita dijual kepada mereka dengan harga yang tidak masuk akal dan memalukan. Adakah kita tidak malu kepada masyarakat antarabangsa kalau kiranya kita dituduh menjual air kepada Singapura dengan harga yang tidak akan diberikan oleh sesiapa sahaja yang siuman?

"Tidak cukup dengan itu, kerajaan yang ada sekarang tidak henti-henti tunduk dan patuh kepada Singapura dan baru-baru ini Maybank yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membeli pula Bank Internasional Indonesia (BII) dengan harga yang dilaporkan empat kali ganda lebih tinggi dari harga pasaran dari Sorak Financial Holdings yang dimiliki Fullerton Financial Holdings (75 peratus) dan dan Kookmin Bank (25 peratus). Fullerton ialah anak syarikat Temasek Holdings.

"Sukar dipercayai Maybank bertindak sendiri membuat keputusan tidak berhemah itu," katanya.

'Apa perlu saya jadi ahli parti Abdullah, bukan lagi parti Umno'

| 0 comments

Oleh Dr Mahathir Mohamad

Saya kurang faham dakwaan pemimpin-pemimpin tertentu Umno bahawa mengkritik atau mendesak Presiden Umno berhenti bermakna tidak setia kepada Umno.

Tun Razak dan beberapa pemimpin Umno yang lain telah tidak bersetuju dengan yang di-Pertua Umno Dato Onn Jaafar berkenaan dengan cadangannya untuk buka Umno kepada semua kaum sehingga Dato Onn terpaksa berundur.

Apakah sikap dan perbuatan Tun Razak dan rakan-rakannya ketika itu bermakna mereka tidak sayang dan tidak setia kepada Umno?

Pada 1969-71 Tun Razak dan lain-lain pemimpin Umno secara tidak langsung tidak bersetuju dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tunku telah undur diri.

Apakah Tun Razak kerana menolak kepimpinan Tunku, iaitu tidak setia kepada Tunku sebagai Presiden Umno maka dianya tidak setia kepada parti?

Pada tahun-tahun 1986-7 [Tun] Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan DATO' SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI bertindak untuk menjatuhkan saya sebagai Presiden Umno. Mereka jelas tidak setia kepada saya.

Apakah saya tuduh mereka tidak setia kepada parti? Apakah mereka dilarang berjumpa ahli-ahli Umno? Apakah mereka ditegah berkempen untuk memburukkan nama saya, tidak undi saya? Apakah tentangan terhadap saya dianggap oleh saya dan oleh mereka sebagai tidak setia ada parti?

Sepatutnya setelah Dato' Seri Abdullah kalah dia tidak diterima masuk Umno Baru kerana tidak setia kepada saya.

Tetapi dia diterima masuk dan dibenar bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi dan kemudian Naib Presiden.

Jika saya pegang kepada tafsiran sesiapa yang tidak setia kepada saya tidak setia kepada parti, apakah akan saya lantik sekali lagi Dato' Seri Abdullah sebagai Menteri dan kemudian sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan seterusnya.

Saya tak suruh ahli Umno sokong apa yang saya lakukan.

Tetapi fikirkanlah akan kewajaran dakwaan sesiapa yang tidak setia kepada Dato' Seri Abdullah adalah tidak setia kepada parti Umno.

Apakah Umno adalah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah Umno?

Jika Abdullah Ahmad Badawi dengan Umno adalah sama dan satu, maka parti ini bukan lagi Umno. Apa perlunya saya jadi ahli dalam parti Abdullah Ahmad Badawi?

Hanya mereka yang berkepentingan sahaja yang menyebar dan mendokong konsep Umno adalah Dato' Seri Abdullah dan tanpa kesetiaan kepada Dato' Seri Abdullah maka ahli tidak setia kepada Umno. - www.chedet.com

Rakyat Pahang akan untung besar jika Pakatan Rakyat memerintah

| 0 comments

TEMERLOH, 22 Mei (Hrkh) - Rakyat Pahang telah mengalami kerugian besar kerana tidak memilih PAS dan parti dari Pakatan Rakyat memerintah negeri menyebabkan mereka ketinggalan daripada menikmati arus kebajikan sebagaimana rakyat di negeri lain, kata Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad.

[Lagi berita klik disini]

Sebaliknya kata Suhaimi, rakyat Pahang kini dibebankan dengan pelbagai isu dan konflik politik kepimpinan negeri atas perbalahan terbuka kepimpinan Umno negeri termasuk membabitkan Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob dengan bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pahang, Dato' Tajuddin Sulaiman atas isu penjualan tanah balak kepada bukan Melayu.

Pada ceramah anjuran PAS Temerloh, di Darul Amin, Sungai Gau, dekat sini, baru-baru Suhaimi menambah, selagi Umno diberikan kekuasaan bermakna semakin jauh rakyat menikmati kebajikan kerana amalan kronisme dan kepuakan dalam Umno terlalu menebal.

"Kalau pemimpin Umno kata nak bela Melayu, nak bela rakyat itu satu pembohongan. Kita tengok di Pahang ini pemimpin Umno perintah negeri dia beri tanah pada parti dia tak bagi pada rakyat. Kita perintah negeri, kita tak bagi pada parti kita bagi pada rakyat. Umno susah nak bagi pada rakyat.

"Kita boleh tengok berapa banyak tanah milik Umno. Sekarang ini dia berbalah kita dapat tengok dengan jelas berapa banyak tanah Umno. Kalau tak kroni tak dapat, dia bagi harta pada puak dia," katanya.

Menurut Suhaimi, perbezaan ketara dalam corak pemerintahan antara kerajaan yang dikuasai Umno BN dengan kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat atas isu memberikan kebajikan perlu dinilai rakyat dengan bijak.

"Di Selangor rakyat Selangor dapat air percuma bulan Jun ini tetapi pemimpin Umno kata itu satu pembaziran. Kita tak tahu macam mana otak pemimpin Umno bila kita bantu rakyat dia kata pembaziran. Ini pasal tak ada dalam otak dia nak bantu rakyat.

"Di Kedah, bila kita, PAS dan Pakatan Rakyat perintah, Menteri Besar Kedah umumkan penurunan cukai tanah 25-75 peratus. Di Pulau Pinang guru agama naik gaji sebab itu kita katakan rakyat akan untung besar jika berani buat perubahan," katanya.

AUKU - Kekangan dan halangan

Ipoh (BebasBersuara): AUKU - Akta Universiti dan Kolej Universiti atau Akta Untuk Kekalkan Umno? Akta ini dilihat sebagai suatu kekangan bagi mahasiswa merialisasikan pandangan serta kebijaksanaan yang ada pada mereka. Kekangan AUKU ini sudah tentu bagi melemahkan kuasa mahasiswa yang dikatakan mampu menumbangkan sesebuah kerajaan.

Dengan wujudnya AUKU ini, diyakini bahawa semangat perjuangan mahasiswa akan terbantut. Secara teorinya apabila mahasiswa diasak dan "diugut" dengan pelbagai peraturan kampus termasuk digantung atau dibuang dari pengajian pasti akan membuatkan mahasiswa befikir berkali-kali untuk bersama pembangkang yang juga dikenali sebagai Pakatan Rakyat! Malangnya mengikut suasana politik semasa, para mahasiswa sebenarnya semakin kuat. Inilah senjata untuk para penyokong Pakatan Rakyat, kerana golongan mahasiswa ini kebanyakannya berjuang didalam senyap. Rata-rata mereka yang bencikan semangat perjuangan mahasiswa berusaha meletakkan pelbagai peraturan dan malangnya para mahasiswa sedikitpun tidak gentar malahan api perjuangan terus membara.

BebasBersuara berpendapat perjuangan memansuhkan AUKU ini perlu diteruskan demi mengembangkan pemikiran dan ideologi yang bernas dikalangan para mahasiswa. Semoga Pakatan Rakyat dapat merialisasikan perjuangan ini demi Malaysia tercinta.

Siapa sebenarnya "duri dalam daging"?

oleh Dr Mahathir Mohamad

Saya telah ikuti laporan berkenaan keputusan saya keluar dari Umno yang disiarkan RTM 1, 8 malam, 19 Mei. Komen oleh dua pemimpin Umno amat menggelikan hati saya.

Tun Musa Hitam dakwa saya adalah 'duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.'

Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging Umno tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden Umno. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.

Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.

Akhirnya pecahlah Umno dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada Umno Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun. Syabas Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli Umno atau tidak.

Satu lagi pemimpin Umno ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar Umno, jadi calon bebas dan lawan dengan Umno, dalam Pilihan raya Kecil dengan simbol kunci.

Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato' dibenar kembali ke pangkuan Umno, Dato' akan jadi duri dalam daging Umno lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihan raya kecil saya bersetuju Dato' masuk balik Umno.

Saya ucap tahniah kerana Dato' dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.

Tepuk dulang paku serpih,
Katakan orang awak yang lebih. - chedet.com

Surat kepada Ehud Barak: Penjelasan Tun Mahathir

| 0 comments


Ini adalah surat yang diperolehi dan hangat diperkatakan oleh masyarakat politik. Kini Tun telah memberikan penjelasan berhubung surat ini. Samada surat ini benar dihantar oleh Tun atau tidak, tidak dapat dipastikan oleh BebasBersuara. Anda nilaikan sendiri. Berikut adalah penjelasan Tun didalam blog beliau:

1. There is a letter being circulated purporting to be from me when I was Prime Minister, to Ehud Barak, Prime Minister of Israel congratulating him on his appointment and requesting for the “Clinton Fund”, for “the purpose of withstanding the onslaught of Islamic Fundamentalist in Malaysia”.

2. This letter is not from me or from my office. Firstly, the font used is not the same as the type in all my letters from the Prime Minister’s office.

3. The Malaysian Coat of Arms at the top is not similar to the one on all my letters from the Prime Minister’s office.

4. The address at the side of the Coat of Arms is not the same as on my official paper. Often no address is printed, only “Prime Minister Malaysia” on the top right-hand corner.

5. The contents of the letter is totally different from the one I sent to Ehud Barak. Unfortunately, the Government of Abdullah Ahmad Badawi refuses permission to reproduce my letters to Israeli Prime Ministers condemning them for their oppression of the Palestinians. This action by the Abdullah Government will lend credence to the letter that is being circulated.

6. I deny categorically that the letter which is being circulated with annotation “Sumbangan kakitangan JPM untuk Rakyat Malaysia” originated from me. This is the kind of dirty tricks that my detractors have to resort to because they have found nothing to blacken my name with.

Sikap kerajaan terhadap syarikat Halliburton dipersoal

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) hari ini menimbulkan persoalan adakah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memikirkan perasaan orang Islam di negara ini, berhubung syarikat Halliburton Manufacturing and Technology (M) Sdn Bhd yang membuka kilang di Johor, sedangkan ia merupakan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Zionis, yang meluaskan penjajahan di Iraq, Palestin dan Mesir.


[Lagi berita klik disini]

Beliau ketika mengemukakan soalan tambahan, di Dewan Rakyat, turut membangkitkan persoalan adakah kerajaan menerima tekanan dari Amerika Syarikat untuk membenarkan kilang syarikat itu dibuka.

"Adakah kementerian menerima tekanan dari AS atau tidak mempunyai pilihan lain dalam urusan pelaburan negara, sedangkan syarikat ini berkait dengan penjajahan Zionis di Iraq, Plstin dan Mesir?" soal beliau.

Menjawap soalan tersebut, Timbalan Menteri, Dato' Jacob Dunggau Sagan, berkata kerajaan memang sentiasa mementingkan prinsip-prinsip yang dijalankan untuk membangunkan negara ini termasuk prinsip Islam dan etika.

Bagaimanapun katanya, kerajaan juga ingin melihat negara ini dibangunkan supaya industri yang berteknologi tinggi ini diadakan di negara ini dengan meluluskan beberapa syarikat lain dari Perancis, Norway, Ireland, dan negara-negara lain.

Dalam soalan asal, Dato' Mukhriz Tun Mahathir (BN-Jerlun) meminta kementerian terbabit menyatakan sama ada kerajaan sedar bahawa syarikat Halliburton itu adalah pembekal senjata yang terbesar bagi tentera AS di Iraq, sekali gus melibatkan mereka dalam pembunuhan lebih 1 juta rakyat Iraq yang tidak bersalah dan bagaimana ia dibenarkan membuka kilang di Johor.

Jacob, dalam jawapannya berkata adalah menjadi dasar kerajaan untuk menarik dan menggalakkan pelaburan, termasuk pelaburan asing dalam industri-industri yang terpilih dan berteknologi tinggi.

Beliau juga berkata keputusan kerajaan untuk membenarkan syarikat terbabit membuka kilang di Johor merupakan satu keputusan yang dibuat berasaskan faedah terkumpul yang boleh diperolehi dari pelaburan tersebt.

"Kementerian juga telah dimaklumkan bahawa Halliburton sudah tidak terlibat lagi dengan apa-apa perkhidmatan dan peralatan yang dikaitkan dengan ketenteraan sejak awal 2007, iaitu sebelum kelulusan lesen pengilang diberikan," jelas Jacob lagi.

Mahathir keluar UMNO

KUALA LUMPUR (BebasBersuara): Tun Mahathir telah mengumumkan keluar dari parti UMNO sebagai tanda protes terhadap kelemahan kepimpinan Pak Lah. Beliau yang juga ahli seumur hidup mengumumkannya pada 19 Mei ditanah kelahirannya sendiri.

Pengumuman ini sudah pasti melegakan KJ yang dilihat sebagai punca keretakan dan kerosakan dalam UMNO itu sendiri malahan mungkin dengan keretakan ini akan memberikan peluang yang sebenarnya cukup besar buat KJ untuk terus menguasai mentuanya. Dengan keluarnya Mahathir untuk "sementara waktu" maka rakyat perlulah bersedia menghadapi kemungkinan pilihanraya umum dalam waktu terdekat.

Dikhabarkan juga Mahathir membuat pengumuman keluar dari UMNO atas cabaran oleh seorang peserta dalam majlis tersebut. Dengan keluarnya Mahathir dari UMNO, BebasBersuara melihat bahawa beliau sudah bosan dan fed-up dengan tingkah laku serta kelemahan Pak Lah. Pak Lah bukan sahaja melemahkan parti sebaliknya melemahkan negara ini termasuk dari segi keselamatan negara, ekonomi dan juga imej di peringkat antarabangsa.

Dengan ini, maka Mahathir bukanlah keluar dari UMNO berseorangan sebaliknya para pengikut yang setia di peringkat bawahan (rakyat jelata) kemungkinan akan turut serta. Bagaimanapun arah tujuan para pengikut yang turut serta tidak dapat dipastikan samada bersikap tidak menyertai mana-mana parti pembangkang atau kemungkinan akan menyertai parti pembangkang. Rakyat melihat dengan keluarnya Mahathir dari UMNO adalah kemuncak kebencian dan protes yang tinggi malahan mungkin senjata terakhir untuk menuntut agar Pak Lah turun dari "singgahsana" itu kerana kegagalannya memimpin dengan baik menyebabkan berlakunya kekacauan dan ketidakstablilan terhadap parti dan ekonomi negara.

Pita Lingam: Bocor! Bocor! Bocor!

KUANTAN (BebasBersuara) :Apa yang dapat digambarkan lagi? Kebocoran maklumat memang telah dijangka. Siapa yang dedahkannya? Kumpulan NSTP iaitu Berita Harian dan News Straits Times. Persoalannya bagaimana mereka memperolehi maklumat tersebut? Jawapan yang mudah, Tun Mahathir pernah 'bising' berkenaan perlantikan Datuk Kalimullah Hassan sebagai Ketua Kumpulan NSTP. Kemungkinan jawapan terhadap persoalan bagaimana keputusan hasil siasatan pita Lingam ada disitu.

Walaubagaimanapun apakah tujuan penyebaran berita tersebut? Adakah untuk mengenakan Tun Mahathir? atau Najib? yang disebut-sebut sebagai proksi kepada bekas perdana menteri itu. Apapun tujuannya sudah tentu kita boleh mengandaikan bahawa terdapat unsur-unsur sabotaj dan kepentingan politik individu-individu didalam UMNO.

[Nantikan sambungan serta kupasan isu ini dalam masa terdekat. BebasBersuara akan memikirkan apa sebenarnya serta kemungkinan yang boleh dikaitkan.]

Perjuangan UMNO Jauh Tersasar

KUALA LUMPUR (BebasBersuara): Ulang tahun kelahiran UMNO yang ke 62 disambut dalam keadaan UMNO telah gagal dalam perjuangan. Bukan sekadar gagal mempertahankan kerusi dan negeri malahan kegagalan yang lebih besar iaitu mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Pelbagai pihak dilihat mengambil siap berhati-hati dalam perkara yang berkaitan dengan UMNO. Ini dilihat sebagai cara untuk "memahami" sikap pemimpin parti tersebut yang lebih banyak agenda peribadi daripada memperjuangkan matlamat bangsa dan agama.

Selama 50 tahun UMNO menerusi gabungan Perikatan dan Barisan Nasional begitu enjoy dengan pemerintahan serta kuasa yang dimiliki sehingga membuatkan mereka lupa asal usul perjuangan, menjadikan parti ini semakin nazak ditelan masa. Sambutan yang sepatutnya diadakan dalam keadaan yang mengembirakan kemungkinan terbantut akibat tindakan mereka sendiri yang alpa dengan kuasa!

Memang benar mereka menguasai Malaysia tetapi kini dengan kemenangan dari Pakatan Rakyat pasti akan membuatkan mereka lebih menghargai rakyat khasnya golongan bawahan yang begitu dahagakan kebajikan yang bukan sekadar menerusi pemberian subsidi malahan lebih menjurus kepada penambahbaikan kehidupan secara keseluruhannya. Ini bermakna kesinambungan dari kebijaksanaan dan keprihatinan pemerintah amat dituntut dalam memberikan perkhidmatan kelas pertama walaupun penerima tersebut dari kelas ketiga.

Sedarlah wahai UMNO bahawa rakyat semakin bijak menilai dan tinda-tanduk anda diperhatikan dengan penuh kesabaran dan kesilapan anda kini dibalas dengan undi rakyat. Wahai rakyat yang dihormati, senario pada hari ini bukanlah kerana umat Melayu kehilangan kuasa sebaliknya umat UMNO lah yang kehilangan kuasa. Masih ramai pemimpin Melayu yang begitu tegar memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air. Mereka ini boleh dilihat dari pihak Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan Keadilan. Kuasa Melayu sebenarnya masih berpihak kepada Melayu walaupun bukan UMNO yang menjadi tonggak pemerintahan negara!

Beras oh Beras!


Beras melambung naik, seiring kenaikan seluruh dunia. Agaknya apakah yang tidak akan naik? Apabila barangan asas naik, maka secara teorinya barangan lain akan turut naik. Harga makanan siap untuk dimakan juga akan meningkat seiring kos operasi. Jika dua bulan lalu di sekitar Lembah Klang, harga sebungkus nasi putih ialah RM1 kini kenaikan sehingga Rm1.50 pasti akan berlaku.

Tindakan menyalahkan kerajaan dalam hal ini bukanlah sesuatu yang bijak sebaliknya golongan pendesak mesti mendesak kerajaan agar mengurangkan malahan menyekat terus kemasukan pekerja asing ke bumi bertuah ini. Alasannya cukup mudah, dengan kebanjiran warga asing tidak kira dari India, Bangladesh, Myanmar, Nepal, Vietnam yang bekerja secara sah mahupun haram maka kekurangan bekalan makanan domestik pasti berlaku. Apa yang pasti ialah kira-kira 1.5 juta warga asing turut sama berkongsi barangan harian, makanan, mahupun kemudahan seolah-olah Malaysia mempunyai lebihan sumber!. Akan tetapi benarkah akibat dari pembelian dari pihak warga asing tersebut menyebabkan bekalan kurang seterusnya harga melambung naik? Soalan sebegini wajar dijawab oleh pihak kerajaan memandangkan kebanjiran warga asing seolah-olah tidak dapat dibendung dan semacam ada keseronokan di pihak terbabit atas kemasukan warga asing ini atau ada pihak yang mengaut keuntungan diatas kebanjiran warga asing ini.

Jika diamati dengan lebih teliti, kekurangan bekalan makanan atau lebih tepat kenaikan harga di pasaran, pasti akan menyebabkan kenaikan index jenayah. Ini disebabkan oleh teori manusia perlu terus hidup dan untuk terus hidup manusia perlu mendapatkan makanan. Jika harga terus meningkat, tekanan terus meningkat dan kuasa membeli semakin kurang sudah pasti berlakunya jenayah kecurian, ragut, rompakan, pecah rumah. Lebih memburukkan keadaan apabila pencuri tersebut juga terlibat dalam kegiatan mencuri barangan awam seperti besi penutup longkang, kabel elektrik atau telekomunikasi dan sebagainya. Secara kebetulan di Sabah juga berlaku kehilangan besi penyokong menara elektrik yang menyebabkan rakyat Sabah bergelap beberapa hari lalu.

Pihak kerajaan diharapkan agar lebih prihatin terhadap rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan bukan sahaja sekadar menyarankan rakyat berpada-pada dalam berbelanja dalam erti kata lain berbelanja mengikut kemampuan! Prihatin yang dimaksudkan bukan juga sekadar memberi bantuan beras, susu, tepung dan lain-lain sebaliknya mencari punca kekurangan bekalan domestik yang menjadi asas kehidupan rakyat Malaysia seterusnya bertindak agar rakyat tidak terus tertindas menghadapi kemelesetan ini.

Beras oh beras!

| 0 comments

Beras melambung naik, seiring kenaikan seluruh dunia. Agaknya apakah yang tidak akan naik? Apabila barangan asas naik, maka secara teorinya barangan lain akan turut naik. Harga makanan siap untuk dimakan juga akan meningkat seiring kos operasi. Jika dua bulan lalu di sekitar Lembah Klang, harga sebungkus nasi putih ialah RM1 kini kenaikan sehingga Rm1.50 pasti akan berlaku.

[Petikan penuh disini]

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: