Recent Posts

Recent comments

Perjuangan UMNO Jauh Tersasar

|

KUALA LUMPUR (BebasBersuara): Ulang tahun kelahiran UMNO yang ke 62 disambut dalam keadaan UMNO telah gagal dalam perjuangan. Bukan sekadar gagal mempertahankan kerusi dan negeri malahan kegagalan yang lebih besar iaitu mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Pelbagai pihak dilihat mengambil siap berhati-hati dalam perkara yang berkaitan dengan UMNO. Ini dilihat sebagai cara untuk "memahami" sikap pemimpin parti tersebut yang lebih banyak agenda peribadi daripada memperjuangkan matlamat bangsa dan agama.

Selama 50 tahun UMNO menerusi gabungan Perikatan dan Barisan Nasional begitu enjoy dengan pemerintahan serta kuasa yang dimiliki sehingga membuatkan mereka lupa asal usul perjuangan, menjadikan parti ini semakin nazak ditelan masa. Sambutan yang sepatutnya diadakan dalam keadaan yang mengembirakan kemungkinan terbantut akibat tindakan mereka sendiri yang alpa dengan kuasa!

Memang benar mereka menguasai Malaysia tetapi kini dengan kemenangan dari Pakatan Rakyat pasti akan membuatkan mereka lebih menghargai rakyat khasnya golongan bawahan yang begitu dahagakan kebajikan yang bukan sekadar menerusi pemberian subsidi malahan lebih menjurus kepada penambahbaikan kehidupan secara keseluruhannya. Ini bermakna kesinambungan dari kebijaksanaan dan keprihatinan pemerintah amat dituntut dalam memberikan perkhidmatan kelas pertama walaupun penerima tersebut dari kelas ketiga.

Sedarlah wahai UMNO bahawa rakyat semakin bijak menilai dan tinda-tanduk anda diperhatikan dengan penuh kesabaran dan kesilapan anda kini dibalas dengan undi rakyat. Wahai rakyat yang dihormati, senario pada hari ini bukanlah kerana umat Melayu kehilangan kuasa sebaliknya umat UMNO lah yang kehilangan kuasa. Masih ramai pemimpin Melayu yang begitu tegar memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air. Mereka ini boleh dilihat dari pihak Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan Keadilan. Kuasa Melayu sebenarnya masih berpihak kepada Melayu walaupun bukan UMNO yang menjadi tonggak pemerintahan negara!

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: