Recent Posts

Recent comments

AUKU - Kekangan dan halangan

|

Ipoh (BebasBersuara): AUKU - Akta Universiti dan Kolej Universiti atau Akta Untuk Kekalkan Umno? Akta ini dilihat sebagai suatu kekangan bagi mahasiswa merialisasikan pandangan serta kebijaksanaan yang ada pada mereka. Kekangan AUKU ini sudah tentu bagi melemahkan kuasa mahasiswa yang dikatakan mampu menumbangkan sesebuah kerajaan.

Dengan wujudnya AUKU ini, diyakini bahawa semangat perjuangan mahasiswa akan terbantut. Secara teorinya apabila mahasiswa diasak dan "diugut" dengan pelbagai peraturan kampus termasuk digantung atau dibuang dari pengajian pasti akan membuatkan mahasiswa befikir berkali-kali untuk bersama pembangkang yang juga dikenali sebagai Pakatan Rakyat! Malangnya mengikut suasana politik semasa, para mahasiswa sebenarnya semakin kuat. Inilah senjata untuk para penyokong Pakatan Rakyat, kerana golongan mahasiswa ini kebanyakannya berjuang didalam senyap. Rata-rata mereka yang bencikan semangat perjuangan mahasiswa berusaha meletakkan pelbagai peraturan dan malangnya para mahasiswa sedikitpun tidak gentar malahan api perjuangan terus membara.

BebasBersuara berpendapat perjuangan memansuhkan AUKU ini perlu diteruskan demi mengembangkan pemikiran dan ideologi yang bernas dikalangan para mahasiswa. Semoga Pakatan Rakyat dapat merialisasikan perjuangan ini demi Malaysia tercinta.

1 comments:

Anonymous said...

Aku sangat benci AUKU!! ini untuk kepentingan parti mereka saja... bukan kepentingan rakyat.. dulu kita tgk macam mana Mahathir lawan pemimpin UMNO sebelum ni.. Guna apa? bukankah guna kuasa mahasiswa? sebeb itu mereka takut... Selamatkan Malaysia!!

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: