KUALA LUMPUR (BebasBersuara) : BebasBersuara berkesempatan menonton satu rancangan lewat malam di Tv3 (09/07/08). Tertarik melihat kepetahan dan kebijaksanaan berkata-kata si comel ini. Ini lah antara kelebihan yang dimiliki oleh kanak-kanak genius ini. Dengan kebijaksanaan yang dimiliki oleh si anak ini, tersirat seribu macam persoalan di mata penonton dengan kata-kata si ayah yang penuh pengharapan. Mungkinkah si anak ini tiada pembelaan sewajarnya dari pihak kerajaan?
Bukan untuk menyalahkan pihak terbabit sebaliknya perlu ada satu sokongan penuh dan jitu agar anak genius seperti Adi Putra tidak dibiarkan menagih simpati yang akhirnya seperti hangat-hangat tahi ayam. Arah tujuan Adi Putra telah digenggam erat, dipeluk rapat iaitu ingin menjai pakar dalam ilmu sains angkasa. Malangnya seperti tiada sambutan dari pihak berkenaan. Jika para artis mendapat pujian dan publisiti yang melimpah -ruah, sebaliknya Adi Putra seolah sepi dari agenda akhbar dan media tempatan. Mengapa? Adakah kerana cita-citanya menjadi pakar ilmu angkasa berteraskan agama Islam? Fikir-fikirkanlah.
Diakhir rancangan dengan nada seolah-olah kecewa beliau menyeru agar pihak berkenaan membantu anaknya kerana Adi Putra bukan sahaja aset negara, malahan aset kepada bangsa dan agama.
Manakala si anak pula berpesan kepada seluruh umat Islam gar perbanyakkan beribadah dan sentiasa dekatkan hati dengan Yassin malahan kepada rakyat yang bukan beragama Islam tetapi mempunyai hati yang bersih terus mengamalkan kehidupan yang baik agar kekal aman.
Recent Posts
Recent comments
Posted by .::BebasBersuara::. at 10:38:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment