Kelana Jaya (BebasBersuara): Anwar dalam ucapannya menyatakan bahawa beliau sanggup bersumpah dan mengikut segala undang-undang syariah jika dicabar oleh pihak yang menuduh (Saiful). Sumpah itu juga mesti dibuat oleh kedua-dua pihak dan pihak yang menuduh pula mesti kemukakan segala bukti. Bagaimana pun menurut mufti Perak dan bekas mufti Wilayah Persekutuan, tertuduh tidak perlu bersumpah memandangkan ia hanya membabitkan hukum kazaf dan bukannya li'an. Untuk li'an biasanya digunakan terhadap suami isteri yang menghadapi masalah kepercayaan terhadap rumah tangga.
Tambah beliau lagi, tertuduh mesti membawa bukti dan saksi ke mahkamah dan sekiranya didapati tidak benar maka pihak yang menuduh boleh dikenakan 80 kali sebatan.
Menjelaskan tuduhan yang dibangkitkan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamid Albar sambil berseloroh ini jawapannya. "Kepada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamid Albari, kamu dengar baik-baik ya... Jika tak faham bahasa Melayu, kita cakap bahasa arab". Nada seloroh itu disambut dengan sorakan gemuruh dari hadirin. Tambah beliau "pada hari tersebut jika kamu dapat membuktikan aku membuat satu panggilan telipon atau menghantar surat kepada Amerika, aku sedia menerima segala segala hukuman. Tapi, jika kamu gagal membuktikan bahawa aku ejen Amerika, aku saman kamu!" sorakan dari hadirin terus menggamatkan keadaan.
Kelihatan seperti Anwar yakin dengan apa yang diungkapkan. "Selama 6 tahun saya dipenjara, adakah politik baik, rasuah turun dan harga minyak turun?" Beliau menambah politik negara sudah tidak terkawal, dan Pakatan Rakyat mahu memulihkan keyakinan pelabur.
Kira-kira 10.50 malam keadaan bersuarai dengan aman. Tiada sebarang rusuhan atau keganasan. Kelihatan helikopter PDRM juga menutup lampu limpah dari helikopter sekitar jam 11 malam.
Recent Posts
Recent comments
Posted by .::BebasBersuara::. at 10:08:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment