Recent Posts

Recent comments

DPMM anjur seminar perniagaan

|

Orang ramai yang berminat dalam bidang perniagaan dijemput menyertai seminar anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang dijadualkan berlangsung pada 8 hingga 10 Ogos depan, bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Difahamkan, penganjuran kali kelima seminar bertajuk ‘Enterprize Asia Kuala Lumpur 2008’ itu tidak mengenakan sebarang bayaran kepada orang ramai dan peserta diminta mendaftar awal bagi memudahkan pihak DPMM menyediakan kemudahan yang diperlukan.

Selain acara utama iaitu pameran perdagangan, seminar itu bertujuan memberi maklumat terkini mengenai projek yang dibangunkan, peluang perniagaan, cabaran, wujudkan perkongsian idea serta jaringan perniagaan oleh usahawan kepada orang ramai.

Seminar itu akan menyediakan peluang perniagaan menyeluruh untuk semua wilayah antaranya Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Wilayah Pembangunan Iskandar (SCER), dan Wilayah Pembangunan Utara (NCER).

Seminar berkenaan juga akan mengetengahkan peluang perniagaan berasaskan penanaman pokok jarak yang akan diseliakan oleh Industri Bio Diesel dan Perniagaan Cacing , Lintah dan Belut.

Orang ramai atau usahawan yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi pihak urusetia DPMM di talian: 0320962233/1011 atau faks pertanyaan di 0320951314 atau e-melkan ke izad.damia@gmail.com.

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: