Recent Posts

Recent comments

KDN haram buku Sisters in Islam

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Hrkh) - Kementerian Dalam Negeri mengharamkan dua buah buku kerana mengandungi fakta yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenarnya.

[Lagi berita klik disini]

Bernama melaporkan, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Abdul Razak Abdul Latif berkata buku yang diharamkan itu bertajuk, "Pelik Tapi Benar Dalam Solat" karya Ustaz Abdul Rahman Mohamed terbitan Telaga Biru Sdn Bhd, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur dan dicetak oleh FDZ Design & Communications, beralamat Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur.

Sebuah lagi buku yang turut diharamkan bertajuk, "Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism" oleh Norani Othman, terbitan Sisters in Islam, Petaling Jaya dan dicetak oleh Vinlin Press Bandar Baru Seri Petaling.

"Kedua-dua buku ini dikenakan perintah larangan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan mana-mana individu yang didapati menghasilkan semula, mencetak, mengeluar atau memiliki bahan larangan tersebut boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-duanya,"kata Abdul Razak dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sekiranya penerbitan berkenaan dibiarkan, ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam serta dikhuatiri memudaratkan masyarakat.

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: