Recent Posts

Recent comments

Umno takutkan rakyat, cadang Majlis Peguam didakwa ISA

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Hrkh) - Forum 'Conversion to Islam: Article 121 (1A) of the Federal Constitution, Subashini & Shamala Revisited' (Masuk Islam: Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, Subashini & Shamila perlu dilihat semula' anjuran Majlis Peguam sepatutnya diadakan secara tertutup kerana ia melibatkan perbincangan isu sensitif yang telah mencetuskan provokasi.

[Lagi berita klik disini]

Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, sebelum forum itu diadakan Majlis Peguam sepatutnya membuat tindakan awal seperti mengadakan hubungan dengan pihak tertentu bagi mengelaknya disalah erti oleh umat Islam.

Ini kerana katanya, dalam bentuk usaha yang dilakukan bagi mendapat kefahaman suatu isu dan permasalahan terutama yang menyentuh urusan orang ramai adalah merupakan usaha murni.

Sepatutnya kata beliau, usaha yang dilakukan oleh Majlis Peguam bagi membincangkan permasalahan memeluk Islam patut boleh menjernihkan pelbagai masalah sekitar topik tersebut.

"Sebab itu ia perlu dilakukan secara tertutup," katanya mengulas forum itu yang akhirnya mencetuskan provokasi.

Dalam pada itu beliau kesal dengan cadangan pimpinan Umno-BN supaya pihak Majlis Peguam perlu didakwa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau berkata, cadangan itu menunjukkan kerja mudah oleh pimpinan Umno yang ternyata tidak bertamadun bagi menakutkan rakyat.

Menurut beliau, pimpinan Umno mesti menginsafi bahawa berlaku kekeliruan dan kegawatan dalam sistem masyarakat sekarang kerana sikap pimpinan Umno yang gagal mengurus permasalahan umat Islam khususnya mengikut undang-undang Islam ditetapkan oleh Allah SWT.

Katanya, akibat kedegilan pimpinan Umno yang diamanahkan oleh Allah untuk menerajui pentadbiran negara tetapi tidak mahu melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya berlakulah sistem undang-undang yang amat mengelirukan orang bukan Islam.

Nuridah menegaskan pimpinan Umno terus mahu menakutkan rakyat dengan perang saraf iaitu jika Umno tidak kuat atau tidak diterima rakyat maka perkara yang menyentuh agama Islam dan orang Melayu serta kaum lain akan terancam.

"Ini semua adalah antara kerja urusan Umno bagi mendapat balik sokongan rakyat kepadanya," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua pihak agar bertenang dan melaksanakan aktiviti secara bersama agar kententeraman rakyat dan negara dapat diutamakan.

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: