Recent Posts

Recent comments

Penarik Beca dilanjutkan tahanan satu malam lagi

|

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Blogger Penarik Beca atau nama penuhnya Abu Bakar Mohd Rashid yang ditahan semalam, dilanjutkan tahanan satu hari lagi.

[Lagi berita klik disini]

Perkara ini disahkan isteri beliau, Salwa Abdul Samad kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Menurut Salwa, suami beliau ditahan sepasukan empat orang anggota polis sejak kira-kira jam 11 malam semalam di kediaman mereka di Taman Koperasi Polis dekat sini.

Peguam beliau, Mohamed Hanipa Maidin mengesahkan, Abu Bakar dibawa ke pejabat Bahagian Jenayah Perdagangan untuk disoalsiasat di bawah Akta Hasutan.

"Suami menghubungi saya, memberitahu beliau dilanjutkan tempoh tahanan untuk satu malam lagi, katanya polis hendak bersembang-sembang.

"Beliau dibawa ke mahkamah untuk dilanjutkan tahanan reman, tetapi ramai kawan-kawan yang menunggu tidak dapat berjumpa dengannya," kata Salwa.

----------------------------------------------------------------------------
[versi kosmo! klik disini]
Blogger'Penarik Beca' masuk lokap.

KUALA LUMPUR - Penulis blog 'Penarik Beca', Abu Bakar Mohd. Rashid, 50, ditahan polis malam kelmarin berikutan artikelnya berkaitan dengan polis dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Pegawai Penyiasat Siasatan Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Supt. Victor Sanjos berkata, Abu Bakar ditahan pada pukul 10 malam kelmarin di rumahnya di Taman Koperasi Polis di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)© Akta Hasutan 1948.

Abu Bakar dalam blognya menyiarkan artikel yang memaparkan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah diubah suai serta komennya mengenai kredibiliti Musa, termasuk dakwaan "Musa dikawal kumpulan kongsi gelap Cina," kata Sanjos kepada Bernama di sini semalam.

Sanjos berkata, polis turut merampas satu unit komputer riba untuk siasatan lanjut.

Penulis itu yang ditahan selama dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi akan dibebaskan hari ini, katanya.

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: