Recent Posts

Recent comments

'Mangsa Liwat' angkat sumpah

Kuala Lumpur (BebasBersuara): 'Mangsa liwat' Mohd Saiful Bukhari Azlan telah menunaikan janjinya untuk mengangkat sumpah mengikut syariat Islam bahawa beliau bercakap benar diatas dakwaannya di liwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini semalam.

Ada sesetengah pihak menanyakan kenapa dilakukan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya? Ada pula yang musykil samada al-quran itu sendiri samaada 'ada isi' atau kosong? walauapapun jika benar semua syarat telah dipenuhi amat wajar untuk rakyat menunggu respon daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Barangkali jika benar perkara liwat ini berlaku diantara mereka dan dengan sukarela, wajar diambil tindakan demi maruah Islam. Persoalannya dipaksa atau direla? dan persoalan paling besar ialah benarkah terjadi liwat tersebut? atau sekadar gimik politik untuk menghancurkan seorang Melayu yang berpotensi? Jika ini adalah fitnah semata-mata, sesungguhnya orang Melayu bakal kehilangan seorang pemimpin!

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: