Andai Anwar Ibrahim berjaya sampai ke Putrajaya, siapa bakal menteri yang akan dipilih terutamanya di kementerian yang penting seperti pertahanan, kewangan, dan lain-lain?
Berdasarkan sejarah penubuhan DAP, tidak mungkin rakyat membiarkan wakil dari DAP untuk memegang jawatan menteri pertahanan atau timbalan menteri pertahanan. Diyakini bahawa rakyat akan memberontak jika perkara sebegini berlaku.
Dikatakan kewujudan DAP adalah dari serpihan PAP (people action party) yang mana telah keluar dari Tanah Melayu untuk membentuk negara sendiri iaitu Singapura.
BebasBersuara ingin nyatakan disini pendirian bahawa walau siapa pun yang menjadi perdana menteri, jawatan menteri pertahanan dan timbalan, serta menteri kewangan mesti untuk orang Melayu! Sebarang tindakan luar dugaaan dengan melantik menteri dikalangan bukan orang Melayu beragama Islam sebagai menteri pertahanan dan menteri kewangan pasti akan mengundang bala yang besar!
Sungguhpun BebasBersuara mahukan perdana menteri baru untuk menggantikan perdana menteri sekarang, BebasBersuara tidak akan bersetuju dengan tindakan yang disebut sebagai melemahkan bangsa Melayu baik dari sudut ekonomi, pendidikan mahupun kesihatan dan pertahanan. Mari hayati lirik lagu ini bersama...
Lagu Warisan : bumi dipijak milik orang
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap diarus zaman.
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.
Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.
Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.
Kini sudah tiada masa,
Majulah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayukan gagah di nusantara,
Melayukan gagah di nusantara.
Recent Posts
Recent comments
Posted by .::BebasBersuara::. at 8:59:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment