Recent Posts

Recent comments

Kenaikan sewa rumah

|

Hari ini, BebasBersuara terima satu sms mengatakan sewa rumah akan dinaikkan. Dalam menerima kenaikan itu sms dijawab dengan pertanyaan "kenapa perlu naik?" dihantar terus kepada seorang ejen berbangsa Tion Hua untuk rumah tersebut. Dengan mudah dia menjawab "semua benda naik, bil elektrik, air semua naik. Takkan u nak selamanya harga macam ni"

Banyak persoalan cuba diungkapkan berkaitan kenaikan harga ini. Malangnya ejen ini bertegas mahu tetap dinaikkan juga. Sudahlah harga barang dapur naik, tambang bas bakal naik, elektrik, air semua akan naik. "Penat" sungguh melayan kenaikan malah hampir 'fedup' dengan keadaan ini. Hampir setiap hari ada saja kenaikannya.

Ejen ini pulak tidak diketahui samada bersifat individu atau dari mana-mana syarikat ejen hartanah yang berdaftar. Umum mengetahui penguatkuasaan keatas ejen ini tiada langsung sedangkan terdapat akta untuk mengawal ejen yang tidak berdaftar ini.

Dengan sikap kerajaan yang mendiamkan diri adalah amat tidak wajar memandangkan kerosakan ekonomi yang amat teruk, ditambah beban kenaikan harga segala macam benda yang akhirnya pasti akan menyebabkan rakyat marhaen terus hilang kepercayaan terhadap kerajaan.

Dicadangkan segala kerja sewaan apartmen oleh pemilik kepada penyewa diberikan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) agar lebih tersusun dan mudah dipantau.

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: