TEMERLOH, 2 Mac (Hrkh) - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakub diminta mencuci jamban Umno sebelum memulakan kempen ‘cuci Anwar’.
Calon parlimen P.88 Temerloh, Ahmad Nizam Abdul Hamid berkata, umno/BN yang memerintah Pahang hampir 50 tahun itu penuh dengan keburukan, mungkar dan merosakkan rakyat.
Ia juga gagal meningkatkan ekonomi negeri menyebabkan Pahang hampir muflis.
"Pemimpin Umnolah yang menyebabkan Pahang berhutang lebih 1 billion ringgit kepada Kerajaan Pusat, sepatutnya Adnan, Umno dan para pemimpinya terlebih mencuci diri dahulu sebelum mencuci orang lain.
"Apa yang perlu dibersihkan oleh Adnan ialah dirinya, muhasabah diri, muhasabah umno, pentadbiran yang tunggang langgang, yang tidak bersih yang korup dan kayakan kroni dan sebagainya, itulah yang perlu dicuci Adnan," ujarnya.
Ditanya apakah kesan daripada pemgambilan 13 muka baru oleh Umno dalam pilihan raya umum ke -12 ini, Ahmad Nizam berkata ia tidak memberi apa-apa makna kerana calon-calon baru yang dipilih itu sama sahaja dengan bekas wakil rakyat yang dibuang.
"Misi calon baru ini tetap sama iaitu berjuang untuk mendapatkan kakayaan diri, korupsi," katanya.
Apa yang rakyat perlukan ialah wakil rakyat yang mempunyai tahap kepedulian yang tinggi terhadap rakyat, bukan wakil rakyat yang mengkayakan diri, keluarga dan rakan-rakanya," kata beliau.
Sementara itu, wakil calon P.88, Parlimen Temerloh, Hashim Abdullah berkata, pihaknya mahu Pegawai Daerah segera mengambil tindakan terhadap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang menggunakan bangunan awam dan balai raya sebagai markaz BN.
Beliau mengulas laporan yang dibuatnya kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) baru-baru ini.
"Kita sedang mengkaji dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana JKKK yang menyalahgunakan kemudahan awam sekiranya pihak berkuasa gagal mengambil tindakan atau terus berdegil.
"Kita akan saman pengerusi JKKK dan ahli jawatankuasanya, supaya mahkamah memutuskan, mereka berani buat mesti berani tanggung akibatnya," ujarnya.
Beliau berkata harta rakyat adalah hak rakyat, ia bukan harta BN maka tidak wajarlah ia disalahguna.
"Jika PAS menggunakan premis sendiri, BN juga wajar menggunakan premisnya sendiri, kerana pilihan raya ini adalah pertandingan di antara parti dengan parti bukan antara parti dengan kerajaan.
"Pilihan raya ini adalah untuk memilih kerajaan baru setelah kerajaan lama dibubarkan pada 13 Febuari lalu, mengapa pula ada parti politik boleh menggunakan kemudahan kerajaan dengan sewenang-wenangnya," katanya.
0 comments:
Post a Comment