Recent Posts

Recent comments

Jangan beri warna positif kepada Dr M

Saudara Pengarang,
Assalamualaikum,

Saya ingin memberi sedikit pandangan berkenaan keadaan semasa. Akhir-akhir ini saya melihat banyak kenyataan bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir berkenaan keburukan Pak Lah dan kerajaan.

==>> Lagi berita klik disini

Itu memang jelas dan tidak memerlukan kepada kenyataan Dr. Mahathir untuk buktikan Pak Lah dan Umno-BN memang teruk. Itu memang kita sedia maklum.

Tapi, apa yang saya kurang senang ialah tanpa disedari kita memberi gambaran bahawa Tun Dr Mahathir ialah seorang yang teraniaya dan merupakan pemimpin yang tulen dan baik.

Ingin bersihkan Umno daripada rasuah, kronisme dan segala macam penyakit yang ada di dalamnya? Kritikannya disiarkan dalam Harakah, wajahnya muncul pula di dalam Kelantan TV dan sebagainya. Tidak, kita tidak perlukan dia!

Tun, sedarkah Tun, bahawa segala macam kerosakan yang berlaku dalam Umno-BN dan lebih luas lagi kepada rakyat Malaysia seluruhnya adalah hasil peninggalan Tun?

Segala macam ketidakadilan dan penyakit yang berleluasa sekarang adalah hasil daripada benih yang Tun semai dan bajai sekian lama.

Pak Lah cuma sambung kekejaman Mahathir

Dan sekarang Pak Lah hanya menyambung apa yang yang telah Tun semai dan suburkan dalam Umno-BN dan negara keseluruhannya. Bapa borek anak rintik. Guru yang kencing berdiri, anak muridnya pula kencing berlari.

Kemudian Najib pula akan menyambung, seterusnya Khairi, dan seterusnya entah siapa lagi? Tetapi, keadaannya tetap akan menjadi semakin parah.

Kami tidak akan lupa segala kezaliman yang Tun telah lakukan kepada pembangkang atau pun siapa sahaja yang tidak sealiran dengan Tun sama ada secara langsung atau pun tidak.

Hasil kezaliman Tun selama lebih 20 tahun itulah munculnya orang seperti Pak Lah, yang sekarang cuma teruskan 'tugas' yang Tun tinggalkan.

Setelah Tun disekat, dilayan sedikit hina, barulah Tun sedar, dan Tun pun mula membuat bising.

Wahai Tun, apa yang Tun rasai sekarang tak sampai satu peratus pun daripada kezaliman yang pernah Tun lakukan kepada orang yang dikira musuh Tun.

Apa yang Tun hadapi sekarang sama dengan apa yang Tun pernah lakukan terhadap kami sekian lama.

Jangan beri gambaran baik kepada Dr M!

Oleh itu, janganlah kita memberi gambaran yang baik kepada manusia ini, melainkan jika beliau telah berubah.

Tapi, saya rasa tidak berubah. Lupakah kita insan inilah yang sekian banyak menghina hukum Islam, melakukan pebagai kezaliman atas setiap lapisan rakyat khasnya pembangkang.

Lupakah dengan Memali, ISA dan pelbagai lagi penganiayaan dan kemungkaran yang disuburkan di negara ini? Beliau masih lagi Dr. Mahathir yang sama. Bezanya, sekarang beliau tidak mempunyai kuasa.

Justeru, dalam kita memperjuangkan kebenaran, janganlah kita ambil apa saja yang kita rasa menguntungkan kita, tanpa mengambil kira perasaan mereka yang telah dizalimi Dr. Mahathir secara langsung.

Agak-agaknya, kalaulah beliau dulu tidak meletak jawatan, apakah beliau akan bercakap seperti sekarang?

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: