Recent Posts

Recent comments

Mukriz menggesa Abdullah letak jawatan

KUALA LUMPUR (BebasBersuara): Mukriz menggesa Pak Lah meletak jawatan berikutan kekalahan teruk kepada BN khususnya UMNO yang kehilangan banyak kerusi di Parlimen dan Negeri.

Dalam surat [lihat surat ini disini] yang dialamatkan kepada Pak Lah, Mukriz menyatakan bahawa kekalahan teruk BN adalah berpunca dari sikap dan pentadbiran Pak Lah yang lemah. Ini telah menyebabkan sebilangan pengundi Melayu hilang percaya seterusnya beralih angin kepada pembangkang.

Sebelum ini bapa Mukriz iaitu Tun Mahathir telah menyuarakan perkara yang sama agar Pak Lah meletak jawatan sekurang-kurangnya untuk mengembalikan kepercayaan pengundi-pengundi Melayu.

Dikatakan surat tersebut adalah surat peribadi yang dihantar kepada Pak Lah dan bukannya untuk edaran umum. Bagaimana surat ini jatuh ke tangan rakyat tidak pula diketahui. Walaubagaimanapun surat ini telah pun sampai ke tangan pengendali laman web dan juga bloggers.

[lihat surat ini disini]

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: