Recent Posts

Recent comments

Usaha gambarkan kerajaan Kedah tidak stabil bukan baru - Amiruddin

|

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Ada pihak cuba untuk melemahkan kerajaan Kedah di bawah teraju kepimpinan baru selepas berjaya menumbangkan kerajaan Umno-BN dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.

==>> Lagi berita klik disini

Terbaru, laporan stesen televisyen TV3 24 Mac lalu mendakwa bahawa kerajaan Kedah terlepas projek bernilai RM500 juta yang sepatutnya diperolehi hasil usaha sama sebuah syarikat di luar negara dengan anak syarikat kerajaan negeri itu disebabkan oleh pertukaran kepimpinan kerajaan negeri tersebut.

Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Ir Amiruddin Hamzah, perkara tersebut belum dibincangkan secara terperinci oleh pihak Kerajaan Negeri Kedah, serta tiada sebarang bukti menunjukkan bahawa wujudnya hubungan dengan syarikat di Doha tersebut.

"Kesemua yang berlaku ini adalah bermotif untuk mendakwa kerajaan negeri yang baru ini berada dalam keadaan yang tidak stabil kerana bertukar tampuk pemerintahan," ujar Ir Amiruddin Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perdagangan dan Industri, Sains dan Inovasi Negeri Kedah ketika dihubungi Harakahdaily.

Jelasnya, pihak kerajaan negeri masih belum memperincikan malah belum mengusulkan kertas cadangan perlaksanaan projek tersebut kepada pihak yang akan menguruskannya.

"Hairannya, kenapa tiba-tiba sahaja laporan tersebut muncul di kaca televisyen sedangkan kami di pihak kerajaan negeri masih belum membincangkannya dan setakat ini tiada maklumat penuh mengenainya," katanya.

Pada masa sama, Adun Anak Bukit itu menjelaskan bahawa projek tersebut telah ditawarkan kepada kerajaan Negeri Kedah untuk diusahakan.

"Kami baru sahaja hendak membincangkannya," katanya lagi.

Walau apapun, beliau tidak menafikan wujudnya pihak yang sengaja membuat cerita-cerita yang bertujuan menggambarkan keadaan kerajaan negeri yang tidak stabil.

"Saya percaya banyak lagi 'serangan' dan perkara yang akan terjadi selepas ini.

"Kita tunggu dan lihat sahajalah, apapun kami akan terus berusaha memberi khidmat terbaik dengan mandat dan kepercayaan yang telah diberikan rakyat kepada kami," ujarnya.

Sebelum ini, ujarnya kerajaan Kedah telah dituduh bertanggungjawab menghalau pelajar tadika Kemas sedangkan perkara tersebut tidak benar.

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: