TERKINI: Pagar dan lantai rumah Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Abdul Rashid Abdul Rahman di Bukit Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur, disimbah cat merah awal pagi ini (6 Mac) oleh orang ramai yang tidak berpuas hati berhubung isu dakwat kekal.
Pada 4 Mac lalu, Abdul Rashid mengumumkan SPR menarik semula rancangan untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam proses pengundian. Ketika ditanya wartawan, beliau berkata keputusan itu dibuat atas alasan ia mengganggu-gugat keselamatan negara; serta melanggar hak-asasi pengundi-pengundi yang tidak mahu jarinya dicop dakwat itu.
Penggunaan dakwat kekal dicadangkan bagi menangani gejala pengundian berulang-kali, penyamaran identiti dan penipuan undi.
Perbuatan menyimbah tiga tin kecil cat merah di depan pagar rumahnya di Lorong Bukit Pantai 7, Lembah Pantai itu dipercayai dilakukan tiga lelaki kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.
Sebagai respon kepada tindakan mengejut kerajaan itu, pegawai-pegawai kanan badan pemantau pilihanraya Mafrel bertindak menarik diri dari PRU-12. Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) mengkritik tindakan SPR itu, dan badan hak asasi manusia dunia, Human Rights Watch turut membidas SPR dan menjangka PRU-12 akan menjadi pilihanraya terkotor dalam sejarah.
0 comments:
Post a Comment