KUALA LUMPUR (BebasBersuara) : Kenyataan biadap Kit Siang yang mewakili DAP untuk memboikot majlis perlantikan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin amat dikesali. Dengan menyatakan rasa tidak puas hati diatas perlantikan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, Kit Siang seolah-olah menjadikan institusi diRaja sebagai alat permainan untuk dengan mudah menolak perkenan Tuanku Sultan Perak yang diwakili oleh Raja Nazrin.
Kenyataan Kit Siang juga telah menaikkan kemarahan masyarakat Melayu khasnya di negeri Perak. Umum mengetahui bahawa jawatan Menteri Besar Perak hanya boleh diduduki oleh orang berketurunan Melayu dan beragama Islam seperti yang terkandung didalam perlembagaan.
Untuk rekod, sebelum ini DAP telah membuat tindakan melulu dengan membatalkan terus Dasar Ekonomi Baru(DEB). Dasar ini dibentuk rentetan daripada rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Pembatalan DEB telah menyebabkan kaum Melayu di Pulau Pinang merasakan kedudukan mereka semakin terancam. Ekoran tindakan DAP itu, BebasBersuara mengecam sekeras-kerasnya di mana tindakan seperti itu hanyalah mengundang kemarahan kaum Melayu dan bumiputera.
Bertindak daripada laporan media arus perdana dan alternatif, BebasBersuara menyarankan agar DAP menarik kembali pembatalan DEB. Seharusnya elemen negatif yang patut dikeluarkan dari DEB seperti amalan kronisme dan rasuah dan bukannya dengan tindakan melulu membatalkan terus tanpa perbincangan dan pendapat rakyat Malaysia!
Buat DAP, jangan dilupa bahawa pengundi anda juga adalah dari kalangan Melayu. Jangan semarakkan kemarahan masyarakat Melayu seterusnya meniup api ke dalam masyarakat!
[updated 14 March]
Lim Kit Siang said;
"My three-paragraph statement at 7 pm last night that the DAP Central Executive Committee emergency meeting on 9th March had not given approval for a PAS Mentri Besar to head a Perak coalition state government was not made out of disrespect to the Perak Sultan and Regent both whom I have always held in the highest regard and I apologise for any offence caused. The statement was on the party position at the time.
There have been further discussions and developments on the matter in the hours after the statement. Announcements of the latest position will be made."
0 comments:
Post a Comment