Recent Posts

Recent comments

Kenyataan PM hina kastam dan polis, gambarkan manifesto BN lemah

|

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) - Pengakuan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa pembatalan penggunaan dakwat celup jari oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas alasan soal keselamatan dan faktor penyeludupan bahan itu hanya menghina pasukan polis dan kastam.

==>> Lagi berita klik disini

Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, kenyataan itu seolah-olah menuduh dua pihak berkuasa ini seperti tidak boleh mengawal keselamatan sehingga ia terpaksa dibatalkan kerana aspek keselamatan.

Kenyataan bahawa adanya unsur seludup dakwat itu dan ia dibatalkan kerana soal keselamatan sekaligus juga menafikan ikrar BN dalam manifestonya 'Selamat Aman Makmur', katanya.

"Kedua-dua badan ini (kastam dan polis) adalah agensi di bawah kementerian yang dikepalai Abdullah.Ini bermakna Abdullah menghina kakitangan kementeriannya, selain mengesahkan bahawa keselamatan di bawah BN tidak terjamin," kata Mahfuz.

Kata Mahfuz, rakyat dan anggota keselamatan perlu melihat bahawa sebenarnya kerajaan Umno/BN tidak mampu mengotakan manifestonya terutamanya soal keselamatan.

Justeru rakyat perlu menolak kerajaan pimpinan Abdullah ini yang sudah ternyata tidak mampu mengotakan ikrar dalam manifestonya terutama dalam soal keselamatan.

Beliau turut mengutuk pembatalan penggunaan dakwat oleh SPR itu disaat akhir.

Beliau menyifatkan pengumuman ini adalah menunjukkan usaha terdesak Umno/BN untuk menyelamatkan mereka dari kekalahan.

SPR semalam memutuskan penggunaan dakwat pada kuku semasa pengundian pada pilihan raya umum 8 Mac ini dibatalkan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman membuat pengumuman itu pada sidang akhbar di sini yang turut dihadiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: