Recent Posts

Recent comments

Selepas Radzi, lebih ramai pemimpin Umno akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Hrkh) - Selepas perletakan jawatan bekas Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad sebagai Setiausaha Agung Umno dan Setiausaha Agung Barisan Nasional, dijangka lebih ramai lagi pemimpin parti itu akan meletakkan jawatan. -->-->
Sekaligus, perletakan jawatan ini dilihat, bukan sahaja kekecewaan yang zahir akibat digugurkan malah ianya mengugat kredibiliti Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

==>> Lagi berita klik disini

Selepas digugurkan dalam senarai Kabinet Abdullah semalam, Radzi dengan nada yang tidak selesa memberitahu beliau sudah tidak boleh bekerja di bawah Abdullah sama ada dalam parti mahu pun kerajaan.

"Saya rasa saya tidak boleh lagi bekerja. Pertamanya saya tidak lagi berada dalam kabinet jadi saya tidak boleh bekerja dengan berkesan sebagai Setiausaha Agung ... saya tak boleh kerja," katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Masalah besar yang ditimbulkan orang-orang Umno adalah, Abdullah membentuk Kabinetnya sendiri, mengetepikan Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak tanpa tidak mengambil kira sensitiviti dalaman parti yang semakin rapuh akibat kekalahan memalukan dalam Pilihan Raya Umum 8 Mac lepas.

Jika perletakan jawatan pemimpin utama Umno berlarutan, Umno dijangka mengalami kesukaran untuk menghadapi pemilihan pucuk pimpinan dalam Perhimpunan Agungnya yang dijadualkan tahun ini.

Masalah sebenarnya ditakuti mereka ialah, jika Abdullah terus menerajui Umno, masa depan parti itu dijangka bertambah gelap.

"Selepas rakyat menolak Abdullah pada pilihan raya lepas, beliau enggan meletak jawatan, kini giliran ahli parti pula untuk menjatuhkannya.

"PM kini dilanda krisis kepercayaan yang amat teruk, banyak langkah yang dibuatnya tersilap," kata sumber yang rapat dengan seorang bekas menteri.

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: