KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) - Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat celup jari semasa hari pembuangan undi 8 Mac ini disifatkan sebagai langkah untuk menyelamatkan Barisan Nasional (BN) semata-mata.
==>> Lagi berita klik disini
Dalam respons awal Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng mendesak Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang sering dipertikai integritinya meletak jawatan segera berikutan pembatalan itu.
Pengerusi SPR, membuat pengumuman tersebut dengan bersama-sama dengan Peguam Negara, Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan.
DAP katanya, mengecam keras tindakan itu kerana ia sekali lagi mengkhianati amanah rakyat, kerana SPR sebelum ini menyatakan bahawa badan itu benar-benar telus dan adil dalam mengendalikan proses pilihan raya.
Namun, segala kenyataan itu sebenarnya satu penipuan, selepas SPR sekali lagi membuat tindakan yang hanya akan memberi faedah besar kepada BN sahaja, kata Lim hari ini.
"Pembatalan awal ini membayangkan bahawa SPR sebenarnya tidak ada komitmen untuk menjalankan proses pilihan raya di negara ini secara telus, adil dan wibawa," katanya.
Beliau juga mengutuk alasan SPR berhubung pembatalan penggunaan dakwat itu di saat akhir, selain mempersoalkan pembaziran RM2 juta wang rakyat untuk membeli 47,000 botol dakwat tersebut.
Beliau seterusnya menggesa masyarakat negara ini serta antarabangsa mengutuk dan memprotes tindakan SPR ini yang hanya mengesahkan bahawa badan itu sebenarnya dipergunakan sebagai jentera memenangkan BN.
Sementara itu, Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) dalam satu kenyataan awal kepada penyokong berkata, berikutan dengan pengumuman SPR untuk membatalkan penggunaan dakwat kuku, semua penyokong Bersih diminta bertenang.
Tindakan Rashid mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat kuku empat hari sebelum hari mengundi dilihat sebagai satu unsur provokasi yang boleh membangkitkan kemarahan penyokong-penyokong parti pembangkang dan Bersih.
Sebelum ini, Bersih mendapat laporan bahawa t-shirt badan itu telah dicetak sebanyak 2000 helai di Klang , Selangor oleh pihak yang disyaki penyokong BN.
Baju berkenaan dikatakan akan digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan huru-hara yang boleh merosakkan imej pembangkang.
Jesteru itu, penyokong-penyokong Bersih diminta agar tidak terpengaruh dengan sebarang tindakan provokasi dan menunggu kenyataan rasmi daripada pimpinan Bersih.
0 comments:
Post a Comment