Recent Posts

Recent comments

SPR tipu rakyat Malaysia hidup-hidup

BACHOK, 5 Mac (Hrkh) – ‘Tipu hidup-hidup’ - lapor akhbar Siasah sebelum ini terhadap ‘main silap mata’ Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap cadangan penggunaan dakwat pada pilihan raya umum ini.

==>> Lagi berita klik disini

Akhirnya ia benar-benar menjadi kenyataan apabila Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat pada kuku atau jari pengundi semalam.

Sebelum ini SPR seperti tidak yakin dengan keputusannya sendiri bagi menggunakan dakwat, apabila tidak melakukan sebarang pindaan terhadap akta pilihan raya.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, SPR akhirnya terbukti tunduk terhadap desakan Umno dan Barisan Nasional setelah melihat gelombang kebangkitan rakyat tidak lagi berpihak kepada mereka.

“Tekanan yang begitu hebat terhadap Umno dan BN akhirnya menyebabkan SPR sebuah badan yang kononnya didakwa bebas terpaksa akur dengan kehendak pemerintah.

“Andaian yang dibuat banyak pihak sebelum ini termasuk Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) sudah menjadi kenyataan sekarang hanya dua hari lagi menjelang hari mengundi,” katanya di sini.

Semalam SPR mengumum membatalkan cadangan penggunaan dakwat pada kuku atau jari pengundi pada pilihan raya kali ini.

Pengerusinya, Abdul Rashid dilaporkan berkata, laporan keselamatan yang diterima SPR mendedahkan terdapat pihak tertentu di Malaysia telah membeli dakwat di luar negara untuk dicalit pada kuku pengundi di luar bandar.

Nasharuddin yang juga calon PAS di parlimen Bachok berkata, SPR membuat keputusan di saat-saat akhir selepas melihat mood rakyat semakin membara untuk menolak BN.

“Apa yang dilakukan SPR secara jelas terpaksa tunduk terhadap desakan pemimpin Umno dan BN. Ini sesuatu yang cukup memalukan bagi sebuah badan yang mendakwa dirinya sebagai bebas,” katanya.

Pengarah Mafrel Wilayah Timur, Dr Abdul Halim Yusof turut melahirkan rasa kecewa di atas keputusan terbaru SPR membatalkan penggunaan dakwat pada hari mengundi Sabtu ini.

Katanya, banyak pihak termasuk Mafrel cuba menyakinkan rakyat terhadap SPR, namun dengan pembatalan penggunaan dakwat masyarakat tambah mencurigai peranan badan itu.

“Sebelum ini pun sudah banyak pihak melahirkan tidak puas terhadap SPR yang kelihatan tidak telus dalam pengendalian perjalanan pilihan raya di negara ini.

“Dan dengan pengumuman membatalkan penggunaan dakwat semalam kepercayaan orang ramai terhadap SPR terus pudar,” katanya.

Menurutnya juga Matrel akan membuat sidang akhbar mengenai pembatalan penggunaan dakwat oleh pengerusinya, Abdul Malek Hussin di pejabat Jemaah Islam Malaysia di Kuala Lumpur jam 2 petang ini.

Bekas ketua pemuda Umno bahagian di Kelantan memberitahu alasan yang diberi SPR atas aspek keselamatan bagi membatalkan penggunaan dakwat langsung tidak masuk akal.

“Siapa sebenarnya dimaksudkan membeli dakwat di luar negara seperti dituduh pengerusi SPR. Rakyat mahu SPR mendedahkan nama-nama orang yang terlibat dan bukannya membuat kenyataan secara rambang.

“Orang ramai pun belum tengok lagi jenis dakwah yang dibeli SPR sebelum ini. Kalan bukan orang dalam siapa lagi yang terlibat dalam dakwaan sabotaj itu.

“Berdasar kepada kenyataan SPR seolah-olah mereka cuba menunding jari kepada pembangkang di atas kegagalan SPR dan kerajaan sendiri,” katanya.

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: