TUMPAT, 6 Mac (Hrkh) - Beberapa buah bas yang dipercayai membawa penumpang tidak dikenali termasuk 18 orang dari Sabah dikatakan berada di sini termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Pekan.
==>> Lagi berita klik disini
Bas yang membawa penumpang yang diragui itu dikatakan berada di Darul Hanan sejak semalam, di mana penumpangnya ditempatkan di sebuah dewan di situ.
Ketika tinjauan ke lokasi terbabit didapati dewan yang dikatakan menempatkan penumpang mencurigai itu kelihatan berkunci rapat, malahan bas yang membawa mereka juga sudah tiada.
Seorang penduduk tempatan, Yusof Mamat, 62, ketika ditemui mengesahkan beliau melihat bas-bas tersebut berada di situ sejak semalam.
“Saya tengok sendiri dan rasa pelik dengan orang ramai di situ entah dari mana pula datangnya mereka dalam saat-saat begini.
“Apa yang lebih menarik orang dari Sabah juga ada bersama mereka iaitu seramai 18 orang,” ujarnya.
Beliau melahirkan rasa bimbang di atas perkembangan itu kerana dikhuatiri pihak tidak bertanggungjawab membawa pengundi dari luar untuk mengundi di Pasir Pekan.
Bagaimanapun katanya hari ini bas yang memuatkan penumpang penuh misteri itu didapati telah hilang dan penumpangnya juga telah tiada lagi di kawasan tersebut.
“Saya hairan ke mana pula dibawanya mereka, adakah turun untuk berkempen atau disimpan di tempat lain bagi tujuan untuk mengundi Sabtu ini,” ujarnya.
0 comments:
Post a Comment