Recent Posts

Recent comments

Jika BN menang, Harga barang, Petrol naik lepas P’raya

|

Kuala Lumpur 6 Mac - Jika Barisan Nasional terus diberi peluang berkuasa, harga petrol dan tarif pengguna seperti elektrik dan telekomunikasi lain akan naik sebaik sahaja mereka membentuk kerajaan. Ini akan diikuti dengan kenaikan mendadak harga barangan keperluan harian lain seperti minyak masak, susu, gula, barangan pasar dan lain-lain.

Menurut seorang pensyarah ekonomi universiti tempatan, harga Petrol sepatutnya dinaikkan awal tahun ini, tetapi kerajaan menangguhkannya kerana ianya terlalu hampir dengan pilihanraya umum. “Kenyataan pemimpin-pemimpin kerajaan tidak pernah membayangkan untuk me-ngekalkan harga bahan bakar itu. Malah menyatakan negara akan ban-krup sekiranya harga minyak diturun-kan. Oleh itu ia pasti akan dinaikkan selepas pilihanraya ini,” kata beliau yang tidak mahu namanya disiar.

Malah pakar-pakar ekonomi berpendapat ia akan mencecah 50 sen seliter, kenaikan tertinggi setakat ini.

Manakala tarif elektrik, telekomunikasi serta air juga akan naik kerana pemilik syarikat-syarikat tersebut akan menuntut kembali pampasan kerana jasa baik mereka kepada kerajaan Barisan Nasional ketika kempen pilihanraya.

Iklan-iklan kempen Barisan Nasio-nal melalui TV, Radio, Astro, akhbar-akhbar, papan tanda dan kain pemidang seluruh negara dalam tempoh kempen dianggar mencecah ratusan juta ringgit dan kebanyakan ditaja oleh syarikat-syarikat tersebut.
Oleh itu, selepas pilihanraya mereka akan menuntut kembali habuan dan rakyat sekali lagi akan dipaksa membayar melalui kenaikan bil.

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: