ALOR STAR, 4 Mac (Hrkh) - 'BN Kedah Menyokong Penuh Kempimpinan YAB Dato' Seri Mahdzir Khalid'. Melihatkan banyaknya sepanduk itu yang dipasang di merata simpang jalan di bandar ini, ia mengesahkan desas desus berlakunya perpecahan dalaman BN negeri ini.
==>> Lagi berita klik disini
Amat pelik BN Kedah untuk menyatakan sokongan sedemikian rupa, sedangkan Mahdzir sendiri adalah pengerusi BN, apa perlunya menzahirkan rasa sokongan tidak berbelah bahagi di atas sepanduk dan dipasang untuk tatapan umum.
Adakah selama ini komponen BN tidak pernah menyokong Mahdzir atau Mahdzir sendiri mahu rakyat tahu bahawa dia mendapat sokongan semua komponen BN?
Khabar yang bertiup kencang bahawa berlaku keretakan dalaman BN Kedah sudah lama kedengaran, kemuncaknya dengan tindakan keluar parti oleh Adun Derga, Cheung Khai Yan, yang juga bekas Naib Pengerusi Gerakan Kedah di atas beberapa alasan antaranya berlaku diskriminasi kepada parti itu.
Khai Yan telah tiga penggal sebagai Adun Gerakan di Derga, bertindak meninggalkan Gerakan dan BN bukan kerana namanya tidak disenaraikan sebagai calon untuk kali ini, tetapi telah lama beliau meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perjalanan BN Kedah.
Jika soal mendapat gelaran Dato' diambil kira, Khai Yan sepatutnya sejak 10 tahun lalu sudah bergelar Dato', tetapi tidak dicadangkan sedemikian oleh Pengerusi BN Kedah terdahulu, bagi beliau, Dato' bukan impian, tetapi berbeza dengan layanan kepada Adun MCA, baru sepenggal, dilantik sebagai Exco, terus dapat gelaran Dato'.
Khai Yan juga pernah berjawatan Exco, tetapi itu lah nasib Adun dan pemimpin Gerakan di Kedah, MCA lebih segala-galanya, pembahagian kerusi juga mengatasi Gerakan, untuk pilihan raya kali ini Gerakan hanya tendapat dua kerusi Dun iaitu di Derga dan Sidam sementara MCA mendapat dua kerusi Parlimen iaitu Alor Star dan Padang Serai serta tiga kerusi Dun di Kota Darulaman, Gurun dan Kulim.
Bila melihat sepahan sepanduk bergambar Mahdzir tanda sokongan BN Kedah itu juga, ia sebenarnya untuk menggantikan kekurangan ketara bendera MCA dan Gerakan di negeri ini.
Di Alor Star sendiri, boleh kepak jari untuk mencari di mana tergantungnya bendera kedua parti kaum Cina itu, ini satu protes yang amat ketara kali ini.
Sepanduk yang cuba membeli hati pengundi Cina tertulis, "Kami masyarakat Cina Menyokong Dato' Seri Abdullah Badawi" yang terpapar gambar Perdana Menteri melambai tangan juga telah diturunkan, bertahan hanya selama dua hari dipasang berdekatan pekan Simpang Kuala, dekat sini.
Mahdzir memang terdesak sekarang, bukan sahaja tidak mendapat sokongan padu dari masyarakat Cina, malah pengundi Umno sendiri juga telah berpecah dengan pelbagai rasa tidak puas hati.
Pemilihan calon yang tidak memenuhi kriteria ahli Umno di cawangan-cawangan antara punca utama BN mahu ditolak oleh Umno sendiri.
Tidak pernah terbayang Umno akan keluar berdemonstrasi membantah calon, ini berlaku di Pekan Sik, pada 21 Februari lalu, waktu yang hampir sama ketika Mahdzir mengumumkan nama calon BN di Alor Star.
Rata-rata pos atau bilik gerakan Umno gagal dibuka, dibuka dan ditutup, dibuka tetapi tiada petugas, dibuka ada petugas tetapi tak buat kerja, ini suasana sebenar yang berlaku di Kedah sekarang ini.
Insiden calon BN dihalau oleh pengundi Cina berlaku saban hari di serata Parlimen, insiden pengundi Umno menyatakan tidak akan memberi undi kepada BN juga telah kedengaran, ini memberi satu tamparan kuat untuk Mahdzir.
Antara dialog pengundi Cina kepada calon BN dalam sesi lawatan rumah ke rumah berbunyi," Haiya lu ada mali lagi ka, dulu empat tahun sudah lu ada mali, lu menang, sekalang lu balu mali, kalau lu menang lagi, itu empat atau lima tahun lagi lu balu mau datang laki kan?"
Bagaimanapun, pimpinan PAS dan KeADILan di Kedah yang menyedari suasana ini menyatakan, sekalipun apa yang berlaku ini mampu mengubah warna politik Kedah, tetapi mereka tetap bimbang dengan taktik kotor dan jahat BN.
"Kita tahu, akhir sekali wang akan digunakan, politik ugut juga akan berlaku, ini yang membimbangkan kita, kita harapkan rakyat boleh meneruskan momentum ini, jangan mudah dipergunakan oleh Umno dan BN dalam pilihan raya 8 Mac ini," jelas Timbalan pesuruhjaya PAS Kedah, Haji Mahfuz Omar.
0 comments:
Post a Comment