KUALA TERENGGANU, 18 Mac (Hrkh) - Siapa bakal Menteri Besar yang akan mengetuai kerajaan negeri Terengganu masih dalam dilema dan menjadi teka-teki sejak Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu.
==>> Lagi berita klik disini
Majlis angkat sumpah Menteri Besar (MB) dan Ahli Exco Kerajaan Negeri yang sepatutnya diadakan pada 10 Mac lalu di Istana Maziah pula dibatalkan di saat akhir.
Maka, akhirnya pecahlah 'tembelang' bahawa pihak Istana kurang senang dengan calon MB Terengganu yang sebelum ini disandang oleh Dato� Seri Idris Jusoh.
Berikutan itu, sebanyak 60 keping kain rentang (banner) yang dipasang 'warga kota' (rakyat) dan disokong oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu 'hilang' hanya beberapa jam tergantung.
Antara slogan yang tertera pada kain rentang berkenaan berbunyi 'Daulat Tuanku, Patik Rakyat Terengganu Berdiri Teguh Di belakang Tuanku', 'Daulat Tuanku, Selamatkan Terenggnau Darul Iman' dan 'Jangan Lo' Patrick Lim Mengatur Kuasa Politik Dan Harta Rakyat Terengganu' dipasang di seluruh lokasi utama di ke pusat Bandaraya ini.
Harakahdaily difahamkan, kain rentang tersebut bagi menyatakan sokongan serta pendirian rakyat berdiri teguh di belakang Tuanku Sultan yang turut dipasang oleh beberapa NGO di negeri ini, semalam.
Bahkan, menurut sumber yang boleh dipercayai terdapat juga di kalangan pemimpin dan pengikut Umno/BN Terengganu cukup 'meluat' dengan kepimpinan Idris tetapi tidak berani bersuara secara berdepan.
Mereka (Umno) hanya berani 'di belakang' dan menyatakan kesediaan memprotes secara 'senyap' kerana dibimbangi tindakan dari Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato� Seri Idris Jusoh.
Ini kerana, kata sumber terbabit bekas Menteri Besar itu dikatakan telah 'mengamanahkan' kepada Pemuda Umno Terengganu bagi mengawasi serta memantau perkembangan isu perlantikan MB.
Difahamkan juga, sebarang poster, kain rentang (bennar) atau apa-apa sebaran am berkaitan isu MB dengan pihak Istana Tuanku akan dirampas, dicuri serta dihilangkan dari pengetahuan orang ramai.
Pemuda Umno didakwa menjalankan operasi khas tersebut 24 jam agar berita gelombang pihak Istana dan rakyat menolak kepimpinan Idris Jusoh sebagai MB Terengganu tidak heboh.
Namun begitu, ibarat kata pepatah Melayu bahawa Umno Terengganu cuba menutup 'bangkai gajah dengan sehelai daun' yang pasti akan diketahui akhirnya.
Sumber Harakahdaily memaklumkan sehingga petang ini (18 Mac) tarikh perlantikan Menteri Besar Terengganu itu masih menjadi teka-teki di kalangan rakyat kerana belum mendapat lampu hijau dari pihak Istana.
0 comments:
Post a Comment