KOTA BHARU, 5 Mac (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat kekal pada kuku dan jari dalam pilihan raya umum kali ini boleh dianggap bertujuan memudahkan Barisan Nasional (BN) melaksanakan pengundian bertindih.
==>> Lagi berita klik disini
"SPR membuka jalan kepada BN untuk menang dengan cara yang sangat terdesak - membolehkan BN menggunakan apa jua cara untuk melintasi halangan kebangkitan rakyat," katanya.
Beliau mengingatkan SPR supaya jangan memperbodohkan rakyat dengan alasan "yang sangat tidak logik".
"Rakyat India boleh faham, takkan rakyat Malaysia di bawah kerajaan cemerlang, gemilang dan terbilang tak reti. Rakyat semakin cerdik, jangan diperbodohkan," katanya.
Bagi beliau, kalaupun benar dakwaan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman kononnya empat individu yang dikatakan sudah membeli dakwat khas dari luar negara untuk dicalit pada kuku pengundi sebelum hari pengundian, penggunaan dakwat kekal itu tidak sepatutnya dibatalkan.
"Kalau ada sekeping duit palsu, takkan bakar semua duit," katanya.
Sambil menyifatkan dakwaan kononnya ada pihak yang telah membeli dakwat khas dari luar negara sebagai imaginasi liar, Husam mempersoalkan mengapa SPR tidak memikirkan kemungkinan tersebut sebelum ini.
"Dulu tak fikir. Beli dakwat berjuta-juta, baru fikir. Macam (keputusan) membina jambatan bengkok (ke Singapura)," katanya.
Ketika ditanya apakah kejutan SPR yang seterusnya selepas pembatalan penggunaan dakwat kekal itu, Husam sekadar menjawab: "Mereka memerlukan viagra".
0 comments:
Post a Comment