Recent Posts

Recent comments

Arahan buang bendera BA, akhirnya 'memakan diri' calon BN

|

KEPALA BATAS, 2 Mac (Hrkh) - Arahan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (Dun) Pinang Tunggal, Dato' Roslan Saidin akhirnya memakan diri apabila seorang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terpaksa membuang bendera BN apabila diarahkan oleh sepasukan polis ekoran desakan petugas Barisan Alternatif (BA) dalam laporan kepada mereka.

==>> Lagi berita klik disini

Semasa kejadian baru-baru ini, petugas BA dihalang daripada memasang bendera di hadapan rumah mewah Dato' Roslan dan lebih meningkat kemarahan petugas BA, apabila JKKK bertindak mengoyak serta membuang bendera Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan) dan PAS kerana 'pedih mata' melihat bendera hijau putih bulan purnama dan biru muda berlambangkan mata itu.

Ketua Bahagian KeAdiLan Kepala Batas, Zaini Awang ketika menceritakan detik itu pada Harakahdaily menambah, sungguh memalukan seorang veteran berbuat demikian di hadapan petugas pemuda BA.

Malam itu hampir jadi pergaduhan berpunca arahan daripada calon BN yang tidak senang melihat kibaran bendera parti dalam pakatan BA.

"Kenapa beliau berfikiran sempit dalam hal ini. Sepatutnya dalam suasana pilihan raya di mana sahaja petugas boleh lekatkan bendera calon yang bertanding, " ujarnya.

Beliau menyeru rakyat di Pinang Tunggal menolak calon BN yang panas baran, berfikiran sempit serta memperkayakan peribadi sahaja, sedangkan, rakyat menderita terbiar dan sengsara.

0 comments:

Submit your feedback

Your e-mail address:

Subject:

Comments: