KUALA LUMPUR, 2 Mac (Hrkh) - Barisan Nasional (BN) tanpa segan silu dilihat menggunakan pegawai dan jentera kerajaan semasa kempen pilhan raya ini yang jelas melanggari peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
==>> Lagi berita klik disini
Malah pelbagai pihak telah membidas dan mengkritik betapa pertandingan di antara BN dan parti-parti alternatif yang bertanding berlawan di atas padang yang tidak sama rata kerana menggunakan tiga faktor utama iaitu jentera, wang dan media.
Terkini penglibatan seorang pegawai kerajaan yang secara terang-terangan dilihat berkempen bagi pihak BN.
Mengulas hal terbabit Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Ahmad Sabky Yusof kesal atas sikap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang turut terlibat secara langsung dalam kempen pilihan raya BN bagi Pilihan Raya Umum ke 12 di atas nama kementerian.
Kata Sabky mengikut laporan TV3 dalam Buletin Utama 27 Februari 2008, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna menghantar pegawainya, Zulkifli Ibrahim, Penolong Penguatkuasa KPDNDHEP berkempen di atas pentas Barisan Nasional (BN) di Parlimen Titiwangsa bersama calon BN, Dato' Abdul Aziz Jamaluddin.
"Kejadian sebegini menggambarkan sikap kementerian yang tidak mengambil peduli untuk mendokong pilihan raya yang adil dan telus sepertimana yang didakwa wujud oleh SPR dan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan media.
0 comments:
Post a Comment